Angkasa Pahang I Timur

Angkasa Pahang I Timur “Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi”

09-513 7586 / https://angkasa.coop/

15/05/2026
Assalamualaikum w.b.t.,🔔 Makluman Penting ♻️Kepada semua Koperasi Anggota ANGKASA 🤝Dimaklumkan bahawa:📌 Mesyuarat Agung ...
16/04/2026

Assalamualaikum w.b.t.,

🔔 Makluman Penting ♻️
Kepada semua Koperasi Anggota ANGKASA 🤝

Dimaklumkan bahawa:

📌 Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) ke-40 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh : 27 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 9.00 pagi
💻 Kaedah : Secara Atas Talian (Hibrid)

‼️ PERHATIAN ‼️
📅 Tarikh Akhir Pendaftaran Perwakilan:
👉 13 Mei 2026 (Rabu)
🕔 Sebelum jam 5.00 petang

📄 Kaedah Pendaftaran:
✔️ Mengisi Borang 1
✔️ Sertakan Cabutan Minit Mesyuarat

🤝 Ayuh semua Koperasi Anggota, laksanakan tanggungjawab anda sebagai Anggota ANGKASA!

Terima kasih.

✨ NOTIS PENUTUPAN PEJABAT ANGKASA PAHANG TIMUR ✨Dimaklumkan bahawa pejabat ANGKASA Pahang Timur akan ditutup sementara s...
18/03/2026

✨ NOTIS PENUTUPAN PEJABAT ANGKASA PAHANG TIMUR ✨

Dimaklumkan bahawa pejabat ANGKASA Pahang Timur akan ditutup sementara sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M 🌙✨

📅 19 Mac 2026 (Khamis) hingga 24 Mac 2026 (Selasa)
📌 Pejabat akan dibuka semula pada 25 Mac 2026 (Rabu)
Sepanjang tempoh ini, segala urusan adalah ditangguhkan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
09-513 7586 / 016- 586 5415

Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih atas sokongan anda.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri
✨ Maaf Zahir & Batin ✨

Ikhlas daripada,
ANGKASA Pahang Timur

🌙 Sedikit Daripada Kita, Besar Maknanya Bagi MerekaJom rebut peluang beramal melalui Program Infaq ANGKASA Pahang Timur....
13/03/2026

🌙 Sedikit Daripada Kita, Besar Maknanya Bagi Mereka

Jom rebut peluang beramal melalui Program Infaq ANGKASA Pahang Timur.

Setiap sumbangan, walaupun kecil, mampu membawa senyuman & harapan kepada mereka yang memerlukan.

💝 Pakej Infaq:
✅ RM25
✅ RM35
✅ RM70

✨ “Sesungguhnya harta yang diinfaqkan di jalan Allah tidak akan berkurang, malah akan digantikan dengan keberkatan yang lebih besar.”

📦 Rebut peluang berinfaq sekarang — selagi stok masih ada!

📲 Tempahan / Pertanyaan:
Klik WhatsApp: www.wasap.my/60168819355/InfaqAngkasaPhgTimur

Alhamdulillah telah berlangsungnya Program Ihya’ Ramadan Gerakan Koperasi Pahang pada 23 Februari 2026 bertempat Padang ...
24/02/2026

Alhamdulillah telah berlangsungnya Program Ihya’ Ramadan Gerakan Koperasi Pahang pada 23 Februari 2026 bertempat Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1.

Turut hadir menyerikan program ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Amizar Abu Adam, yang memberikan sokongan padu terhadap usaha memperkasa gerakan koperasi di Negeri Pahang.

Semoga Program ini menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan semangat Ramadan dalam kalangan warga gerakan koperasi. Pelbagai pengisian bermanfaat telah diadakan bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran berlipat ganda serta memberi manfaat kepada masyarakat.

🕌 Salam Ramadan Al- Mubarak 1447H 🕌Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita meningkatkan amal iba...
19/02/2026

🕌 Salam Ramadan Al- Mubarak 1447H 🕌

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita meningkatkan amal ibadah, memperkukuh ukhuwah serta meraih keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. 🤲

Selamat Tahun Baharu Cina.Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada anda se...
16/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina.
Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada anda serta keluarga.

Gong Xi Fa Cai! ✴️

Assalamualaikum Warga Koperasi 🤝Pihak kami sedang menjalankan Kajian Pasaran bagi cadangan pembukaan ANGKASAMart di Kawa...
09/12/2025

Assalamualaikum Warga Koperasi 🤝

Pihak kami sedang menjalankan Kajian Pasaran bagi cadangan pembukaan ANGKASAMart di Kawasan Pahang Timur, dan kami amat menghargai penyertaan anda dalam menjawab soal selidik ini. Setiap maklum balas yang diberikan akan membantu kami memahami keperluan pengguna, menilai keperluan dan potensi pembukaan perkhidmatan ini serta merancang pembangunan yang lebih berkesan untuk komuniti setempat.

Sila jawab soal selidik di pautan di bawah selewat-lewatnya pada atau sebelum 10 Disember 2025.

https://forms.gle/LyHbnEy4Jf6QJc9b6

Terima kasih di atas masa, perhatian dan kerjasama yang diberikan.

09/12/2025

𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐏𝐓𝐀 / 𝐈𝐏𝐓𝐒.

Dapatkan pengalaman kerja yang berharga DI ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD dan tingkatkan kemahiran profesional anda!
SYARAT - SYARAT KELAYAKAN:

Pelajar Ijazah Sarjana Muda / Diploma yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang:

✅ Pentadbiran Perniagaan
✅ Kewangan
✅ Jualan dan Pemasaran
✅ Teknologi Maklumat
✅ Pengurusan Sumber Manusia
✅Perakaunan
✅Pertanian dan Perladangan
✅Boleh berkomunikasi dengan baik
✅ Boleh menerima dan melaksanakan arahan dengan teliti dan efisien
✅ Boleh bekerja dalam kumpulan

FAEDAH YANG DISEDIAKAN:
✅ Elaun disediakan
✅ Pengalaman praktikal dalam bidang yang berkaitan
✅ Peluang untuk membina rangkaian profesional

CARA MEMOHON:
✅ Permohonan dibuka sehingga DISEMBER 2026.
✅ Hantar resume, transkrip akademik dan surat universiti anda ke alamat emel

[email protected] / [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03 - 7800 9245 / 03-7884 6519.

📲 𝐋𝐢𝐤𝐞, 𝐟𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 & 𝐬𝐡𝐚𝐫𝐞:
👍🏻 𝐅𝐁: @𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
👍🏻 𝐗 (𝐓𝐰𝐢𝐭𝐭𝐞𝐫): @𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
👍🏻 𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞: 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐂𝐨𝐨𝐩
👍🏻 𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤: @𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐜𝐨𝐨𝐩
👍🏻𝐋𝐢𝐧𝐤𝐞𝐝𝐢𝐧: @𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐜𝐨𝐨𝐩
🌐 𝐰𝐰𝐰.𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚.𝐜𝐨𝐨𝐩
🌐 𝐰𝐰𝐰.𝐬𝐞𝐣𝐮𝐭𝐚𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐨𝐩

#𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 #𝐂𝐨𝐨𝐩 #𝐊𝐢𝐭𝐚𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 #𝐖𝐞𝐀𝐫𝐞𝐂𝐨𝐨𝐩𝐬
#𝐒𝐞𝐣𝐮𝐭𝐚𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤𝐂𝐨𝐨𝐩 #𝐂𝐨𝐨𝐩𝐂𝐚𝐫𝐞
#𝐈𝐘𝐂𝟐𝟎𝟐𝟓 #𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧𝐒𝐞𝐣𝐚𝐠𝐚𝐭
#𝐂𝐨𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐯𝐞𝐬𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐀𝐁𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 @ 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 *Ayuh Warga Kampung Cherok Paloh dan Warga Kampung Sg Ular ‼️Jom ke ...
02/12/2025

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 @ 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 *

Ayuh Warga Kampung Cherok Paloh dan Warga Kampung Sg Ular ‼️

Jom ke Program Jualan Rahmah Madani @ 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 (𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀) 2025 seperti butiran berikut;

📅𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟓-𝟔 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
📍𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐑, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐑, 𝟐𝟔𝟎𝟖𝟎 𝐁𝐀𝐋𝐎𝐊, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
🕘𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟖.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 – 𝗛𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗦𝘁𝗼𝗸 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀!

📅𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟔-𝟕 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
📍𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐎𝐊 𝐏𝐀𝐋𝐎𝐇 𝟐𝟔𝟔𝟏𝟎 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
🕘𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟖.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 – 𝗛𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗦𝘁𝗼𝗸 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀!

Pelbagai barangan keperluan asas seperti minyak masak ,ayam,daging,telur dan banyak lagi barangan keperluan asas lain turut dijual dengan 𝗽𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬% DAN lebih rendah dari harga pasaran tempatan.

Jadi, Jangan lepaskan peluang ini untuk kita manfatkan diskaun yang ditawarkan!

p/s: Segala perubahan akan dimaklum kemudian.

Address

B-268, Tkt 1, Jalan Darat Makbar
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095137586

Website

https://www.youtube.com/user/angkasanews, https://wa.me/60165865415

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkasa Pahang I Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkasa Pahang I Timur:

Share