JBSN Pahang

JBSN Pahang Page terbaru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang

16/03/2026
BARISAN KEPIMPINAN BAHARU MBD MARAN TEKAD CEMERLANGKAN ORGANISASIMARAN, 16 Mac – Majlis Belia Daerah (MBD) Maran kini me...
16/03/2026

BARISAN KEPIMPINAN BAHARU MBD MARAN TEKAD CEMERLANGKAN ORGANISASI

MARAN, 16 Mac – Majlis Belia Daerah (MBD) Maran kini menampilkan barisan kepimpinan baharu selepas pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi sesi terkini dimuktamadkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-34 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Maran semalam. 📍

Mesyuarat tahunan ini merupakan platform penting bagi membincangkan hala tuju organisasi selain melaksanakan pemilihan kepimpinan baharu yang akan menerajui MBD Maran bagi sesi seterusnya. 📌

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh perwakilan daripada badan-badan gabungan, pemerhati jemputan serta wakil yang terlibat dalam perjalanan mesyuarat. 🤝🏻

Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran yang bertindak sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilantik oleh MBD Maran telah mengumumkan keputusan pemilihan AJK baharu yang memenangi jawatan masing-masing tanpa bertanding. 🗳️

Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohamad Haikal Zakaria atas pelantikan sebagai Pengerusi MBD Maran bagi sesi ini bersama barisan Ahli Jawatankuasa. 🎉

Diharapkan kepimpinan baharu ini akan terus memperkukuh peranan MBD Maran dalam memperkasa pembangunan belia serta melonjakkan kecemerlangan organisasi di daerah Maran. ✨ MBD Maran Menyinar! 🔥

"JBS Pahang, Number One"🥇

Disediakan oleh :
PBSD Maran


MAJLIS PERASMIAN MAT KE-34 MBD MARAN BERJALAN LANCAR DAN HARMONIMARAN, 16 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-34...
16/03/2026

MAJLIS PERASMIAN MAT KE-34 MBD MARAN BERJALAN LANCAR DAN HARMONI

MARAN, 16 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-34 Majlis Belia Daerah (MBD) Maran telah berjaya dilaksanakan dengan lancar bertempat di Dewan Jubli Perak, Maran. ✅

Mesyuarat tahunan ini diadakan setiap tahun sebagai platform penting bagi menyelaras gerak kerja organisasi selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Majlis Belia Daerah. 📝

Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Encik Saharudin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang merangkap wakil rasmi Presiden Majlis Belia Malaysia, bersama Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran serta Dr. Mohamad Haikal Zakaria, Pengerusi Majlis Belia Daerah Maran. 🎤

Dalam ucapan perasmian beliau, beberapa pesanan dan nasihat telah disampaikan kepada para belia di daerah Maran agar terus aktif dalam aktiviti berpersatuan serta memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti. 💬

Program ini turut menjadi platform bagi mengukuhkan hubungan antara badan gabungan serta memperkasa peranan belia di peringkat daerah. 🤝

✨ MBD Maran Boleh!

"JBS Pahang, Number One"🥇

Disediakan Oleh:-
PBSD Maran


UKHUWAH RAMADAN: MAJLIS IFTAR MBD JERANTUT SATUKAN PEMIMPIN DAN ANAK MUDA DI TEKAM PLANTATION RESORTJERANTUT, 16 Mac - D...
16/03/2026

UKHUWAH RAMADAN: MAJLIS IFTAR MBD JERANTUT SATUKAN PEMIMPIN DAN ANAK MUDA DI TEKAM PLANTATION RESORT

JERANTUT, 16 Mac - Dewan Tekam Plantation Resort menjadi saksi kemeriahan Majlis Iftar Majlis Belia Daerah (MBD) Jerantut yang diadakan pada Khamis, 12 Mac 2026 yang lalu. Program ini berjaya menghimpunkan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang dalam satu majlis yang penuh keberkatan sempena bulan Ramadan 1447H.👏

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah itu dihadiri oleh Tuan Mahadir Abdul Raffar, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pahang. Turut memeriahkan suasana ialah Haji Mohd Izzat Ilzam Dato' Haji Rosidi yang hadir mewakili Ahli Dewan Negeri Pahang, YB Tuan Haris Salleh Hamzah, bersama barisan kepimpinan badan gabungan MBD Jerantut.🤝

Kejayaan penganjuran ini adalah hasil usaha gigih Encik Muhammad Farizul Haiqal , Pengerusi MBD Jerantut dan seluruh jawatankuasa dalam memastikan agenda pemerkasaan belia di daerah ini terus subur menerusi aktiviti kemasyarakatan yang bermakna.✅

JBS Pahang, Number One🥇

Disediakan Oleh:-
PBSD Jerantut

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Wan Rosdy bin Wan Ismail
Fadzli Kamal
KBSMalaysia
JBSNegara
Majlis Belia Negeri Pahang





PENGARAH JBS PAHANG TURUN PADANG TINJAU PENTADBIRAN PBSD JERANTUTJERANTUT, 16 Mac  - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Neger...
16/03/2026

PENGARAH JBS PAHANG TURUN PADANG TINJAU PENTADBIRAN PBSD JERANTUT

JERANTUT, 16 Mac - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang terus komited dalam memastikan kecemerlangan tadbir urus di peringkat daerah melalui lawatan pemantauan rasmi oleh Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah JBS Negeri Pahang pada 12 Mac 2026 yang lalu.🤝

Lawatan pemantauan ini bukan sekadar tinjauan rutin, malah berfungsi sebagai platform perbincangan dua hala untuk menambah baik prosedur sedia ada. Antara perkara yang diberi penekanan adalah berkaitan pengurusan pejabat, selain memberi panduan dan nasihat berkaitan aspek pengurusan aset serta tatacara kutipan hasil yang lebih sistematik dan berkesan.✅

Dalam lawatan itu, beberapa perkara berkaitan penambahbaikan pengurusan dan pematuhan prosedur turut dibincangkan bagi memastikan setiap urusan pentadbiran dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh jabatan. Selain itu, beliau juga telah menyemak dan menandatangan buku AP309.👍🏻

JBS Pahang, Number One🥇

Disediakan Oleh:-
PBSD Jerantut

IMBASAN RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN ERAT UKHUWAH BELIA DAN INSTITUSI MASJID JERANTUT, 13 Mac  – Suasana bulan Rama...
16/03/2026

IMBASAN RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN ERAT UKHUWAH BELIA DAN INSTITUSI MASJID

JERANTUT, 13 Mac – Suasana bulan Ramadan di daerah Jerantut kian meriah apabila seramai 150 orang peserta berkumpul di Masjid As-Syafie, Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC) Kampus Jerantut yang berlangsung pada 12 Mac yang lalu.👍🏻

Program yang bermatlamat untuk menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan al-Mubarak ini berjaya menyatukan golongan muda menerusi aktiviti kerohanian, sekali gus memperkukuh peranan masjid sebagai pusat tumpuan komuniti belia.🕌

Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Turut hadir ialah Encik Hamdan Hashim, Pengarah ADTEC Kampus Jerantut, dan Encik Nasaruddin bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut.
Sepanjang program ini, peserta telah terlibat dalam pelbagai pengisian kerohanian termasuk sesi Tadarus Al-Quran yang berlangsung pada 5 hingga 10 Mac dan kemuncaknya Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa.📖🤲🏻

Penganjuran program ini telah menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan belia di samping menggalakkan mereka mendekati masjid dan mampu menjadi penggerak utama dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat akar umbi. 🤝

JBS Pahang, Number One🥇

Disediakan Oleh:-
PBSD Jerantut

Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
KBSMalaysia
Fadzli Kamal
Wan Rosdy bin Wan Ismail
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Jabatan Agama Islam Pahang
Majlis Belia Negeri Pahang

MAJLIS IFTAR PERDANA - BELIA MARAN RENTAS GENERASIMARAN,  14 Mac - Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia d...
15/03/2026

MAJLIS IFTAR PERDANA - BELIA MARAN RENTAS GENERASI

MARAN, 14 Mac - Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah hadir Majlis Iftar Perdana - Belia Maran Rentas Generasi anjuran Majlis Belia Daerah (MBD) Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. ✅

Tetamu jemputan disambut oleh Dr Mohamad Haikal Zakaria, Pengerusi MBD Maran. Kehadiran bersama YH Dato’ Jisshaelyz Hamzah, Penyelaras DÜN Luit turut memeriahkan majlis yang serba erat dengan pautan ukhwah. 🤝

Majlis ini juga membuka ruang untuk beramah mesra di kalangan ahli-ahli persatuan belia Maran khususnya bersama kepimpinan negeri Pahang. 👍🏻

“JBS PAHANG, Number One”🥇

Disediakan Oleh:-
UcOM JBS Pahang

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Fadzli Kamal
KBSMalaysia
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Majlis Belia Negeri Pahang


PENGHARGAAN RAKAN STRATEGIK 💐✨🤲Sekalung penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan bakti dalam menjayakan...
14/03/2026

PENGHARGAAN RAKAN STRATEGIK 💐

✨🤲Sekalung penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan bakti dalam menjayakan pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 1447H/2026M :
Kerajaan Negeri Pahang
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Pejabat Daerah dan Tanah Raub
Ibu Pejabat Polis Daerah Raub
Majlis Daerah Raub
Pejabat Agama Islam Daerah Raub
Pejabat Pendidikan Daerah Raub
JPKK Kg. Durian Sebatang
Masjid Al-Ma’arof, Kg. Durian Sebatang
Pejabat Kesihatan Daerah Raub
SWCorp Cawangan Raub
Alam Flora
PAIP Daerah Raub
SMA Al-Ulum Addiniah D**g
SMA Al-Falah Batu Talam
Penghulu Mukim di Daerah Raub
Majlis Belia Negeri Pahang
Majlis Belia Daerah Raub
MAYC Kawasan Raub
Gerakan Persatuan Wanita Kg. Durian Sebatang
SRM UiTM Pahang Kampus Raub
Kelab Rakan Muda Al- Falah Batu Talam
Agensi Kerajaan & Swasta di Daerah Raub
Belia & Komuniti Setempat

Pihak penganjur memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan di dalam pelaksanaan program kali ini.

Jumpa lagi dalam program lain pada masa akan datang. 🤝✨👍

“JBS PAHANG, Number One”

📷 LENSA PENJURIAN 🏆✨🍲 PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 1447H | 2026M 🕌P...
14/03/2026

📷 LENSA PENJURIAN 🏆

✨🍲 PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 1447H | 2026M 🕌

Pertandingan Bubur Lambuk sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Negeri Pahang 1447H/2026M. 🍲✨

🗓️ 13 Mac 2026 (Jumaat)
📍 Masjid Al-Ma'arof,
Kg. Durian Sebatang, Raub

Terima kasih kepada barisan juri yang telah terlibat di dalam menentukan para pemenang pertandingan tersebut. 🤝

“JBS PAHANG, Number One” 🥇

📷 LENSA PARA PEMENANG 🏆✨🍲 PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 1447H | 2026...
14/03/2026

📷 LENSA PARA PEMENANG 🏆

✨🍲 PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 1447H | 2026M 🕌

Pertandingan Bubur Lambuk sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Negeri Pahang 1447H/2026M. 🍲✨

🗓️ 13 Mac 2026 (Jumaat)
📍 Masjid Al-Ma'arof,
Kg. Durian Sebatang, Raub
⏰ 9.00 pagi

Keputusan Pertandingan:
🥇Johan : Masjid Jamek D**g , Kg. Gali

🥈Naib Johan : Masjid Abu Bakar As-Siddiq, D**g

🥉Tempat Ketiga : Masjid Al-Ma'arof, Kg. Durian Sebatang

🏅Tempat Keempat : Masjid Kg. Lechar

🏅Tempat Kelima : Masjid Tengku Abdullah, Kg. Pamah Kulat

🏅Tempat Keenam : Masjid Kg. Bukit Pampong

Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. 😎

Hadir sama Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.✨👍

“JBS PAHANG, Number One” 🥇

✨🍲 PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 1447H | 2026M 🕌Pertandingan Bubur L...
14/03/2026

✨🍲 PERTANDINGAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 1447H | 2026M 🕌

Pertandingan Bubur Lambuk sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Negeri Pahang 1447H/2026M. 🍲✨

🗓️ 13 Mac 2026 (Jumaat)
📍 Masjid Al-Ma'arof,
Kg. Durian Sebatang, Raub
⏰ 9.00 pagi

Keputusan Pertandingan:
🥇Johan : Masjid Jamek D**g , Kg. Gali

🥈Naib Johan : Masjid Abu Bakar As-Siddiq, D**g

🥉Tempat Ketiga : Masjid Al-Ma'arof, Kg. Durian Sebatang

🏅Tempat Keempat : Masjid Kg. Lechar

🏅Tempat Kelima : Masjid Tengku Abdullah, Kg. Pamah Kulat

🏅Tempat Keenam : Masjid Kg. Bukit Pampong

Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. 😎

Hadir sama Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.✨👍

“JBS PAHANG, Number One” 🥇

✨PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 1447H | 2026M 🕌Pertandingan Tilaw...
13/03/2026

✨PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI PAHANG 1447H | 2026M 🕌

Pertandingan Tilawah Al-Quran sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Negeri Pahang 1447H/2026M. 🤍🖤

🗓️ 13 Mac 2026 (Jumaat)
📍 Masjid Al-Ma'arof,
Kg. Durian Sebatang, Raub
⏰ 3.00 petang

Keputusan Pertandingan:
🥇Johan : Muhammad Thaqif bin Mohd Ruzuki, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

🥈Naib Johan : Nur Syafiqah binti Kamaruzaman, UNITAR Kuantan

🥉Tempat Ketiga : Ahmad Nuruddin bin Nazri, Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. 😎

Hadir sama Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.✨👍

“JBS PAHANG, Number One” 🥇

Address

Jalan GAMBUT
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+95164354

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JBSN Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share