Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan Bangunan Kompleks Penyayang, Jalan Pintasan Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.

07/09/2026

🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

‼️Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.

Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.

07/09/2026
07/09/2026

KUANTAN, 6 SEPTEMBER 2026 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj me...

07/09/2026
07/09/2026

Tahukah Anda?

Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2036. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan produktif mampu mengoptimumkan potensi diri dan menyokong peningkatan kesejahteraan hidup warga emas.

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan sosial warga emas melalui penglibatan aktif dalam komuniti.

Warga emas yang berminat menjadi ahli PAWE perlu mengisi borang pendaftaran di Pusat Aktiviti Warga Emas yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti rutin di PAWE. Namun, sumbangan mungkin diperlukan bagi program atau aktiviti tertentu yang dirancang.

Layari https://wargaemas.jkm.gov.my/komuniti/pawe/index untuk menyemak senarai lokasi PAWE berhampiran anda.





07/09/2026

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dengan keadaan jerebu ketika ini, terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan wanita hamil.

Lindungi diri dengan sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar. Anda juga diingatkan untuk minum air secukupnya dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala batuk, sesak nafas atau sakit dada yang berpanjangan.

Jaga diri, jaga kesihatan 😷.



07/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ πŠπ„-πŸ–πŸŽ π‰πŠπŒ (πŸπŸ—πŸ’πŸ”β€“πŸπŸŽπŸπŸ”)

"Menyantuni Rakyat, Memperkasa Masyarakat"

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Dato' Sabariah Saidan
Khairul Amri Hj Ahmad





07/09/2026
07/09/2026

πŸ”ŠPEMAKLUMAN PERPINDAHAN LOKASI
BAHARU PEJABAT KEBAJIKAN
MASYARAKAT DAERAH TEMERLOH

Makluman kepada semua pelanggan,
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh akan mula beroperasi di lokasi baharu mulai 27 OGOS 2026.

πŸ“Alamat premis baharu
90, 92, 96, Jalan Dagang 2, 28000 Temerloh,
Pahang (Dynaton, Bukit Angin).

πŸ“ž 09- 296 1760
(masih mengekalkan nombor telefon lama)

Kedudukan lokasi baharu ini adalah berhampiran dengan Masjid Daerah Temerloh (Masjid Bukit Angin) dan terletak di belakang bangunan Restoran D'Kilat.

Sila imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan arah pemanduan terus ke lokasi melalui aplikasi navigasi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Jabatan Kebajikan Masyarakat

28/08/2026

Ayuh warga Pahang! Bersama-sama kita meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… 31 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 8.00 Pagi
πŸ“ Padang MBK 4, Kemunting

Saksikan juga siaran langsung acara ini menerusi saluran Facebook, TikTok, dan YouTube Pahang Media serta Facebook Kerajaan Negeri Pahang.

Jumpa anda di sana!


Address

Bangunan Kompleks Penyayang, Jalan Pintasan Indera Mahkota
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:00
Tuesday 08:30 - 05:00
Wednesday 08:30 - 05:00
Thursday 08:30 - 05:00
Friday 08:30 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share