Pusat Operasi e-Lelong

Pusat Operasi e-Lelong POeL atau Pusat Operasi e-Lelong adalah satu unit di bawah Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya. Layari https://elelong.kehakiman.gov.my

POeL mengendalikan lelong awam harta tak alih di Mahkamah Tinggi Malaya yang dijalankan secara dalam talian.

Address

Pusat Operasi E-Lelong Aras 3, Kompleks Mahkamah
Kuantan
25200

General information

SISTEM e-LELONG # https://elelong.kehakiman.gov.my # 1)​ Sistem Lelong Awam Harta Tak Alih secara elektronik atau Sistem e-Lelong adalah merupakan inisiatif transformasi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) untuk mengubah proses kerja lelong awam harta tak alih (e.g rumah kediaman, bangunan kedai etc) secara manual kepada secara dalam talian (online) di 15 buah lokasi Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia. 2)​ Hasil kajian PKPMP mengenai proses lelong awam secara manual yang diamalkan sekarang, didapati mempunyai beberapa kelemahan utama. Antaranya keperluan pembida untuk hadir sendiri ke mahkamah, kewujudan sindiket yang mengganggu proses lelong awam, dan kurangnya maklumat, hebahan terhad dan medium pengiklanan konvensional. 3)​ Justeru itu, inisiatif Sistem e-Lelong ini diambil bagi menambah baik tahap penyampaian perkhidmatan Mahkamah, serta meningkatkan ketelusan dan efisiensi proses lelong awam harta tak alih di Mahkamah. 4)​ Sistem e-Lelong telah dilaksanakan secara berperingkat dan telah bermula “go-live” mulai 1 Jun 2017 di Kompleks Mahkamah Kuantan sebagai Projek Perintis (Pilot Project). Dan ianya akan melalui fasa pemerhatian sepanjang tempoh pelaksanaan projek perintis ini yang dijangka mengambil masa maksimum selama 9 bulan. 5) Sebuah Pusat Operasi e-Lelong (POeL) telah ditubuhkan dan beroperasi di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuantan. Lokasi berpusat ini bertanggungjawab mengendalikan semua transaksi lelong awam secara "online" bagi semua hartanah yang di lelong di 15 lokasi Mahkamah Tinggi Malaya. 6) ​Ciri-ciri utama perbezaan diantara Sistem e-Lelong jika dibandingkan dengan prosiding lelong awam secara manual ialah:- a) Pembida tidak lagi perlu hadir ke mahkamah pada hari lelong awam dijalankan. Semuanya akan dijalankan secara atas talian. Ianya pasti akan memudahkan dan menjimatkan dari segi masa serta kos para pembida yang berminat. b) Penetapan (prefix) Nilai Maksimum Bidaan (Maximum Bid Amount), iaitu nilai siling yang sanggup dibida oleh pembida tersebut, sebelum sesi bidaan dimulakan. Sebagai contoh, sekiranya anda sanggup dan mampu untuk mendapatkan sesuatu hartanah tersebut pada kadar nilai maksimum, sebagai contoh, RM300,000.00, maka anda boleh “prefix” dengan meletakkan jumlah Nilai Maksimum Bidaan anda pada nilai RM300,000.00. Dan sistem akan membida secara automatik (autobid) untuk pihak anda mengikut kadar kenaikan harga (incremental bid price) sehinggalah nilai bidaan mencapai siling yang ditetapkan oleh anda iaitu RM300,000.00. c) kerahsiaan maklumat pembida adalah teras utama sistem ini. Identiti pembida akan dirahsiakan. Sistem hanya akan memaparkan pada skrin pemuka setiap pembida nilai bidaan tertinggi terkini sahaja, tanpa mendedahkan identiti pembida dengan nilai bidaan tertinggi tersebut. 7)​ Buat masa ini, mereka yang berminat untuk menyertai sesi lelong awam, anda dikehendaki untuk menyediakan bank deraf di atas nama Plaintif dan seterusnya menyerahkan secara kediri ataupun pengeposan menggunakan perkhidmatan PosLaju ke Pusat Operasi e-Lelong di Kuantan selewat-lewatnya (1) hari sebelum tarikh lelong awam dijalankan. 8)​ PKPMP sedar kepentingan untuk menyediakan platform pembayaran deposit bidaan secara atas talian bagi melicinkan lagi transaksi sistem e-Lelong ini. Dimaklumkan bahawa perbincangan kerjasama strategik dengan beberapa buah Bank giat dijalankan supaya pembayaran deposit bidaan oleh pembida dapat dibuat secara atas talian. Perbincangan telah berada di peringkat akhir sebelum dimuktamadkan dan dapat direalisasikan sebelum sistem ini diperluaskan ke lokasi yang lain. 9)​Bagi mereka yang berminat untuk melayari laman sesawang Sistem e-Lelong ini ataupun mendaftar sebagai pembida, anda bolehlah melayari pautan seperti berikut: “https://elelong.kehakiman.gov.my” 10)​Adalah menjadi harapan PKPMP dengan pelaksanaan projek perintis Sistem e-Lelong ini, ianya akan dapat memberi dimensi baharu kepada proses lelong awam di Mahkamah Tinggi Malaya.

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6095707004

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Operasi e-Lelong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Operasi e-Lelong:

Share

SISTEM e-LELONG

Sistem lelongan awam secara dalam talian dikenali sebagai e-Lelong, adalah sistem dalam talian yang mengendalikan lelongan awam harta tak alih bagi prosiding halang tebus di Mahkamah Tinggi Malaya.

Perihalan hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong melalui Sistem e-Lelong ini adalah hartanah yang ditetapkan untuk dilelong oleh Mahkamah Tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sistem e-Lelong ini memudahkan aktiviti lelongan awam, meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Mahkamah dan menggantikan lelongan awam secara manual.

Sistem e-Lelong membolehkan pembida membuat bidaan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke Mahkamah. Melalui Sistem e-Lelong ini juga identiti pembida adalah dirahsiakan bagi mengelakkan kebocoran maklumat dan pembida juga boleh membuat bidaan tanpa sebarang campurtangan daripada pihak ketiga atau sindiket.