17/08/2026
KENALI MALAYSIA KITA: HARI MALAYSIA 🇲🇾
Tahukah anda? 16 September merupakan tarikh yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh inilah lahirnya sebuah negara yang kita kenali sebagai Malaysia.
Hari Malaysia menandakan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, menyatukan pelbagai negeri, kaum dan budaya di bawah satu nama dan satu bendera Malaysia.
Berbeza dengan Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Hari Malaysia meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Daripada Semenanjung, Sabah hingga Sarawak, kepelbagaian inilah yang membentuk identiti Malaysia yang unik. Walaupun berbeza latar, budaya dan adat, kita tetap berkongsi tanah air yang sama.
Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita terus menghargai sejarah pembentukan negara, memelihara keharmonian dan memperkukuh semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih sejahtera.