Gerakan Koperasi Negeri Sarawak

Gerakan Koperasi Negeri Sarawak Laman Facebook rasmi ini diselenggara oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak

28/07/2026
21/07/2026
𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—˜π— π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”π—”π—‘ π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ π—žπ—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ π—£π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—”π—”π—‘ π——π—œπ—šπ—œπ—§π—”π—Ÿ16 Julai 2026 – Program Pemerkasaan Aktiviti Koperasi Me...
17/07/2026

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—˜π— π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”π—”π—‘ π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ π—žπ—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π— π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨π—œ π—£π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—”π—”π—‘ π——π—œπ—šπ—œπ—§π—”π—Ÿ

16 Julai 2026 – Program Pemerkasaan Aktiviti Koperasi Melalui Perniagaan Digital telah berlangsung di Dewan Masyarakat Serian dengan penyertaan 35 buah koperasi dari Bahagian Serian, Samarahan dan Kuching, melibatkan seramai 74 orang peserta.
Program ini bertujuan memperkasakan koperasi melalui pendedahan kepada peluang pendigitalan perniagaan, akses kepada pembiayaan TMP, bantuan pembangunan serta jaringan kerjasama strategik bagi meningkatkan daya saing dan kemampanan koperasi.

Pengisian program merangkumi:
1. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) – Bantuan Pembangunan & Tabung Modal Pusingan (TMP)
2. Spay Global
3. MyKasih Foundation
4. Bank Rakyat
5. Sesi perkongsian pengalaman oleh usahawan industri burung puyuh

Pameran agensi dan rakan strategik:
1. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
2. Agrobank Ar-Rahnu
3. Bank Rakyat
4. Spay Global
5. MyKasih Foundation
6. Usahawan Industri Burung Puyuh

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

09/07/2026
KUCHING, 15 April 2026 – YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli da...
16/04/2026

KUCHING, 15 April 2026 – YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) Sarawak di Kuching.
MPKN merupakan satu platform penting yang menghimpunkan wakil Kerajaan Sarawak dan Persekutuan, agensi berkaitan serta gerakan koperasi bagi membincangkan perkembangan semasa dan hala tuju gerakan koperasi di Sarawak agar ianya dilaksanakan dengan lebih tersusun, inklusif dan berkesan, di samping memperkukuh kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan pembangunan koperasi.

MPKN komited untuk memperkukuh kapasiti dan daya saing koperasi melalui peningkatan pengurusan profesional, peluasan akses kepada pembiayaan serta penyediaan fasiliti perniagaan yang lebih komprehensif serta peluang promosi perdagangan antarabangsa khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Koperasi digalakkan memainkan peranan lebih aktif dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dengan merebut peluang dalam rantaian nilai dan bekalan yang ditawarkan melalui jumlah pelaburan yang tinggi di Sarawak. Dalam tempoh lima tahun lepas nilai pelaburan yang diluluskan di Sarawak adalah melebihi RM116 bilion dengan tahun 2025 berjumlah lebih RM16 bilion. Di samping itu, koperasi perlu meneroka sektor ekonomi baharu termasuk tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, semikonduktor, pendigitalan dan keterjaminan makanan.

Prestasi gerakan koperasi Sarawak sehingga 31 Disember 2025 menunjukkan perkembangan yang positif dengan 1,212 buah koperasi, 323,122 anggota, jumlah syer/yuran RM232.32 juta, aset RM718.59 juta dan perolehan RM486.92 juta, sekali gus mencerminkan kekuatan serta potensi besar sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi Sarawak.

MPKN terus berperanan sebagai platform penting untuk membincangkan cabaran serta merangka penyelesaian yang mampan, dengan sokongan berterusan daripada agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia.

Melalui kerjasama bersepadu semua pihak, gerakan koperasi diyakini mampu kekal relevan, berdaya saing dan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan di Sarawak.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)



Address

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SARAWAK, TINGKAT 10, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, Jalan SIMPANG TIGA, PETI SURAT 1368, KUCHING
Kuching
93728

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Koperasi Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share