Pulapol Kuching Official

Pulapol Kuching Official Ini adalah
LAMAN RASMI PULAPOL KUCHING
Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia Kuching Sarawak

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Saya ingin mengucapkan Selam...
30/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh warga PULAPOL Kuching, warga PDRM serta seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita terus berpegang teguh kepada nilai integriti, disiplin dan tanggungjawab, serta melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi demi memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara terus terpelihara.
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang teguh, harmoni dan berdaulat.

‘Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati’

YDH SAC ZULFIKAR BIN JENERAL (B) TAN SRI MOHD GHAZALI
Komandan PULAPOL Kuching
serta isteri
Puan Jennana Lynn Johnson
Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuching.

‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’

27/08/2026
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik”...
24/08/2026

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik”

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW.
2026 I 1448H.

‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’

TAHNIAH MIA GHAZALISUKMA Selangor I 23 Ogos 2026.Emylia ‘Mia’ Ghazali yang juga merupakan anak bongsu kepada YDH Tuan Zu...
23/08/2026

TAHNIAH MIA GHAZALI

SUKMA Selangor I 23 Ogos 2026.

Emylia ‘Mia’ Ghazali yang juga merupakan anak bongsu kepada YDH Tuan Zulfikar bin Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali,Komandan PULAPOL Kuching serta Isteri Ybhg Puan Jennana Lynn Johnson telah berjaya mengekalkan “Legasi Emas” keluarga beliau di Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor sebentar tadi.
Mia yang mewakili Negeri Sarawak telah berjaya mengalahkan fighter dari Johor,Damia Husna Azian dalam kategori 42-45 kilogram (kg).
Untuk rekod ketiga-tiga abang beliau juga telah memenangi emas pada edisi Sukma 2022 bagi Elias Ghazali dan Jojo Ghazali manakala Miki Ghazali menang emas di Sukma 2024 Sarawak.

Tahniah Daripada seluruh warga PULAPOL KUCHING

‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENGIRING RAPAT SIRI 1/202621 Ogos 2026 (Jumaat) | Padang Kawad, PULAPOL KuchingMajlis Penutupan...
21/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENGIRING RAPAT SIRI 1/2026

21 Ogos 2026 (Jumaat) | Padang Kawad, PULAPOL Kuching

Majlis Penutupan Kursus Pengiring Rapat Siri 1/2026 telah berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching dan disempurnakan oleh YDH SAC Zulfikar bin Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali, Komandan PULAPOL Kuching.

Turut hadir YDH ACP Hamka bin Mohamad, Ketua Juruiring kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Supt. Richard Akin, Timbalan Komandan (Latihan) dan DSP Norlaily binti Md Akhir, Timbalan Komandan (UT/KA).

Kursus selama 12 hari bermula 10 hingga 21 Ogos 2026 ini disertai seramai 20 peserta, terdiri daripada 2 PKP dan 18 PRP dari Unit Keselamatan Astana Negeri Sarawak.

Sepanjang kursus, peserta diberikan latihan dan pendedahan dalam aspek profesionalisme, disiplin, kesiapsiagaan, kecergasan fizikal, kemahiran pengiring rapat (bodyguarding) serta kerjasama berpasukan bagi memastikan tugas pengiring rapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan.

Dalam amanat penutupan, peserta diseru agar terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan kesiapsiagaan serta mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam penugasan serta memperkukuhkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan pengiring rapat.

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) KEPADA YDH KOMANDAN PULAPOL KUCHING18 Ogos 20...
18/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) KEPADA YDH KOMANDAN PULAPOL KUCHING

18 Ogos 2026 – Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Nasriman bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Keselamatan UNIMAS.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh YDH SAC Zulfikar bin Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali, Komandan PULAPOL Kuching, bersama DSP Norlaily binti Md Akhir, Timbalan Komandan (Urus Tadbir/Kepolisan Am) dan ASP Alexander Helin Anak John, Ajutan.

Turut hadir dalam delegasi UNIMAS ialah ASP/PB Idzhar Shaffarrul bin Hasli, Pegawai Keselamatan Kanan; Puan Brenda Olivia Anak Gunong, Pegawai Keselamatan; dan Insp/PB Ismail bin Dan, Penolong Pegawai Keselamatan Kanan.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara PULAPOL Kuching dan Bahagian Keselamatan UNIMAS, khususnya dalam bidang keselamatan, latihan dan pembangunan kompetensi. Perbincangan turut meneroka peluang penganjuran kursus, bengkel serta latihan bersama dalam bidang siasatan, perisikan, keselamatan dan Close Es**rt.

Kerjasama ini diharap dapat memperluas perkongsian kepakaran serta meningkatkan keupayaan dan profesionalisme anggota keselamatan kedua-dua organisasi.

‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’

LAWATAN RASMI YB AHLI PARLIMEN P.198 PUNCAK BORNEO KE PULAPOL KUCHING17 Ogos 2026 (Isnin) | Dewan Kenyalang, PULAPOL Kuc...
17/08/2026

LAWATAN RASMI YB AHLI PARLIMEN P.198 PUNCAK BORNEO KE PULAPOL KUCHING

17 Ogos 2026 (Isnin) | Dewan Kenyalang, PULAPOL Kuching

Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching telah menerima lawatan rasmi YB Datuk Willie Anak Mongin, Ahli Parlimen P.198 Puncak Borneo, yang disambut oleh YDH SAC Zulfikar bin Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali, Komandan PULAPOL Kuching.

Lawatan ini bertujuan menyantuni warga PULAPOL Kuching, meninjau kemudahan dan fasiliti sedia ada serta membincangkan keperluan penambahbaikan bagi memperkukuhkan peranan PULAPOL Kuching sebagai pusat latihan kepolisan.

Dalam sesi tersebut, YB Datuk Willie Anak Mongin turut menyentuh beberapa perkara berkaitan kebajikan warga, bantuan kewangan, pendidikan, kesihatan serta pembangunan infrastruktur.

Lawatan ini turut memperkukuh hubungan dan kerjasama antara PULAPOL Kuching dengan Pejabat Ahli Parlimen P.198 Puncak Borneo, khususnya dalam usaha meningkatkan kebajikan warga, pembangunan prasarana serta kualiti kemudahan latihan.

‘Latihan Menjamin Kecemerlangan’

Address

KM24 Jalan Borneo Height
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082591999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pulapol Kuching Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share