13/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐)
13 MEI 2026 (RABU) - MPP telah menganjurkan Kempen Premis Makanan Bersih sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan budaya saing yang sihat dalam kalangan pemegang lesen premis makanan, khususnya Kedai Kopi dan Teh. Kempen ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan/minuman yang dijual di premis-premis makanan di bawah pentadbiran MPP.
MPP menghargai usaha para pelesen dan pengusaha premis makanan yang berjaya mengekalkan Gred A selama dua (2) tahun berturut-turut, dari tahun 2024 hingga 2025. Usaha ini turut bertujuan menyemai kesedaran tentang pentingnya penjagaan kebersihan persekitaran serta keselamatan makanan oleh pengendali premis.
Senarai premis yang menerima penghargaan pada majlis penyampaian sijil penghargaan hari ini adalah seperti berikut:-
1. M.Y. Daily Cafe
: No. 128, Lot 1722, Block 71 KCLD, Ground Floor, Pekan Batu 10 (Kota Padawan), Jalan Kota Padawan, 93250 Kuching.
2. Atmosferah Restaurant (Kch) Sdn. Bhd.
: No. 6-7, Lot 1685 โ 1686 (S/L 6-7) Blk 46 KCLD, Ground Floor, Sentosa Parade, Batu 7, Jalan Penrissen, 93250 Kuching.
3. Authentic Curry House Sdn. Bhd.
: No 101, Lot 14540 (S/L 101), Section KTLD, Ground Floor, Pusat Komersial Swan, Batu 4, Jalan Matang, 93050 Kuching.
4.Pendekar Borneo (Hanaya)
: No. 66-67, Lot 6910-6911 (S/L 24 -25), Ground Floor & First Floor, Pines Square, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching.
5. ABC Indian Cuisine Sdn. Bhd.
: No. 103, Lot 6931 (S/L 45), Block 225 KNLD, Pines Square, Lorong Pines Square 2A4, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching.
6. Sushi King (East Malaysia)
: No 159-160, Lot 7005-7006 (S/L 5-6), Block 225 KNLD Ground Floor, Lorong 1B3, Pines Square, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching
7. Koperasi Al-Bait Sarawak
: No. 297, Sublot No. 1, Block 217 KNLD, Ground Floor, Taman Sri Emas, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching.
8. Wang Seng Restaurant
: Lot 2452, Block 71 KCLD (Restaurant / Food Centre), Batu 11, Jalan Kuching/Serian, 93250 Kuching.
MPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima sijil penghargaan. Semoga kejayaan ini menjadi contoh dan pemangkin semangat kepada semua pengusaha premis makanan untuk terus mengekalkan standard kebersihan dan keselamatan makanan yang tinggi. Turut hadir bersama dalam majlis penyampaian sijil penghargaan ini adalah Cr. Tan Kai, Pengerusi MPP ; Cr. Mahmud Bin Dato' Sri Haji Ibrahim, Timbalan Pengerusi MPP : Ir. Ts. Goh Thiam Ho, Setiausaha Perbandaran MPP ; Ahli-ahli Majlis MPP dan kakitangan-kakitangan MPP.