DIDSarawak

DIDSarawak Department Of Irrigation And Drainage Sarawak Official Page

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H ๐ŸŒ™Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga cahaya Islam selal...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H ๐ŸŒ™

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga cahaya Islam selalu menerangi hati kita dan langkah kita selalu berada di jalan-nya.

Ikhlas daripada Pengarah serta warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (AIR) KE PROJEKPEMULIHARAAN MUARA SUNGAI LIMBANGLIMBANG | 21 OGOS 2026 - YBhg. D...
22/08/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (AIR) KE PROJEK
PEMULIHARAAN MUARA SUNGAI LIMBANG

LIMBANG | 21 OGOS 2026 - YBhg. Datoโ€™ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan kerja ke Muara Sungai Limbang bagi membincangkan beberapa pemasalahan dan juga projek di tempat berkenaan.

Lawatan ini diadakan pada jam 7.15 pagi bertempat di Muara Sungai Limbang bertujuan untuk menyelaras dan berbincang bersama pihak berkepentingan mengenai perancangan dan pelaksanaan projek di kawasan tersebut.

Turut serta bersama lawatan kerja ini adalah Ir. Ts. Ahmad Fazili bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Zon Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia; Ir. Ts. Hj. Faizal Bin Suki, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Zon Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak; Encik Iwan bin Halmi, Jurutera Bahagian, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Limbang; Wakil daripada Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Sarawak.

16/08/2026

Pantai Petanak Tidak Boleh Terus Terhakis, Projek Kawalan Hakisan Dipacu Demi Lindungi Penduduk

KUCHING: Ancaman hakisan yang sedikit demi sedikit menghakis pesisir Pantai Petanak, Mukah bukan sekadar persoalan perubahan garis pantai, tetapi menyentuh soal keselamatan penempatan, kelestarian alam dan warisan pesisir yang perlu dipertahankan untuk generasi akan datang.

Atas kesedaran itu, usaha merealisasikan Cadangan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Petanak, Mukah di bawah peruntukan Rajang Delta Development Agency (RADDA) kini terus dipacu apabila reka bentuk projek berkenaan memasuki peringkat untuk dimuktamadkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, YB Royston Valentine, hari ini menghadiri Mesyuarat Bilangan 3 berkaitan projek berkenaan di Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak, Kuching.

Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang itu dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah DID Sarawak, Ir. Ts. Hj. Faizal bin Suki, serta turut disertai pasukan perunding daripada Jurutera Bintang Senari PLT.

Menurut Royston, mesyuarat kali ini amat penting kerana memberi tumpuan kepada usaha memuktamadkan reka bentuk projek selepas beberapa pindaan teknikal dikenal pasti dalam mesyuarat terdahulu.

Pihak perunding telah diminta meneliti dan memperkemaskan beberapa aspek penting termasuk keperluan teknikal, tahap keselamatan, keberkesanan struktur kawalan hakisan serta kesesuaian reka bentuk dengan keadaan sebenar pesisir Pantai Petanak.

Penelitian terperinci itu penting kerana projek berkenaan bukan sekadar membina struktur fizikal di tepi laut.

Sebaliknya, ia membawa harapan lebih besar iaitu mempertahankan pesisir yang semakin terdedah kepada hakisan serta memberikan perlindungan lebih baik kepada kawasan penempatan berhampiran.

โ€œProjek ini sememangnya penting bukan sahaja dalam usaha menangani isu hakisan pantai, malah bagi melindungi kawasan penempatan serta memastikan pembangunan pesisir yang lebih selamat dan mampan dari sudut kelestarian alam,โ€ katanya.

Malah, dengan perancangan yang sesuai, kawasan pesisir berkenaan turut mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan riadah yang lebih selamat dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Royston turut berharap segala proses perancangan, penilaian teknikal dan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin serta dipercepatkan agar projek berkenaan boleh bergerak ke peringkat pelaksanaan dalam masa terdekat.

Bagi masyarakat pesisir, setiap kemajuan projek membawa makna besar kerana ancaman hakisan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Tanah yang terhakis sukar dikembalikan. Pantai yang hilang mengambil masa untuk dipulihkan. Sebab itu tindakan hari ini amat penting untuk menentukan keadaan pesisir yang bakal diwarisi generasi esok.

Royston berharap apabila projek tersebut siap kelak, manfaatnya bukan sahaja dapat dilihat melalui kawalan hakisan yang lebih berkesan, malah melalui peningkatan keselamatan kawasan pesisir, perlindungan penempatan dan pemeliharaan alam sekitar Pantai Petanak.

โ€œSemoga apabila siap kelak, projek ini akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk setempat, meningkatkan keselamatan kawasan pesisir serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan pemeliharaan pantai untuk generasi akan datang,โ€ katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada DID Sarawak dan pasukan perunding atas komitmen serta kerjasama dalam memperhalusi projek tersebut.

Bagi Pantai Petanak, usaha ini membawa satu mesej yang cukup jelas, pesisir ini bukan untuk dibiarkan terus terhakis. Ia perlu dipertahankan, dilindungi dan diwariskan dalam keadaan yang lebih selamat kepada anak cucu pada masa hadapan.

N.57 Tellian

11/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada
๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐ˆ๐ซ. ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐‘๐š๐๐ณ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐“๐š๐ฅ๐ข๐›
๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ข๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Atas pemangkuan dan penempatan bagi jawatan
๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐€๐ฐ๐š๐ฆ) ๐†๐ซ๐ž๐ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐€
๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  (๐Š๐”๐)

Berkuat kuasa pada
๐Ÿ— ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”


MAJLIS TUAIAN PROJEK PERINTIS PADI PERENIAL MIRI | 6 OGOS 2026 Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haj...
07/08/2026

MAJLIS TUAIAN PROJEK PERINTIS PADI PERENIAL

MIRI | 6 OGOS 2026

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak telah menyempurnakan Majlis Tuaian Projek Perintis Padi Perenial (Harvesting Ceremony of the Perennial Rice Pilot Project) bertempat di Kuala Baram, Bahagian Miri, Sarawak.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak, YBhg. Datu Ir. Ts. Haji Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi, turut menghadiri majlis tersebut.

Projek ini merupakan langkah strategik Sarawak bagi memperkasakan keterjaminan makanan negara menerusi pendedahan teknologi pertanian moden menerusi kerjasama dengan Universiti Yunnan, China."

KUCHING | 4 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Perkongsian Ber...
04/08/2026

KUCHING | 4 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Perkongsian Berkaitan Pengurusan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang berlangsung di, Imperial Hotel Kuching.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datu Ir. Ts. Haji Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Bahagian serta warga kerja DID Sarawak.

Sesi taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman pegawai dan kakitangan mengenai pengurusan tatatertib dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak selaras dengan peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa. Antara pengisian program termasuk penerangan mengenai Peraturan Tatatertib Perkhidmatan Awam Sarawak, Tatacara Pengurusan Tindakan Tatatertib, Kesalahan dan Prosedur Tindakan Tatatertib, Jenayah, Kebankrapan, Ketidakhadiran Bertugas Tanpa Cuti (AWOL) dan Pengurusan Aduan, serta Sesi Rumusan, Soal Jawab dan Bersurai.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Nurainnie Binti Bolhassan, Pegawai Tadbir dari Unit Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak dan dibantu oleh Puan Dayang Rogayah Binti Awang Abu dan dan Puan Rosedah Binti Haji Krim selaku fasilitator sepanjang program berlangsung.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kesedaran warga kerja DID Sarawak terhadap kepentingan pematuhan peraturan tatatertib, seterusnya membentuk budaya kerja yang berintegriti, profesional dan berakauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam.

02/08/2026
MAJLIS PERHIMPUNAN HARI SARAWAK 2026SIBU | 22 JULAI 2026Majlis Perhimpunan Hari Sarawak 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujan...
23/07/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN HARI SARAWAK 2026

SIBU | 22 JULAI 2026

Majlis Perhimpunan Hari Sarawak 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan perpaduan. Majlis ini dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi; serta YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, bersama pemimpin negeri, penjawat awam dan rakyat pelbagai kaum bagi memperingati 63 tahun Sarawak mencapai pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof; Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Sarawak 2026, Dato Sri Lee Kim Shin; Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan dan Sarawak; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan-Timbalan Menteri; Ketua-ketua Jabatan; serta tetamu kenamaan lain.

Pengarah Pengairan Dan Saliran Sarawak, Datu Ir. Ts. Haji Ahmad Denney Bin Haji Ahmad Fauzi turut menghadiri majlis ini. Sambutan ini turut menyemarakkan rasa cinta akan tanah air, menghargai sejarah perjuangan Sarawak, serta memperkukuh semangat kebersamaan demi masa depan negeri yang lebih maju dan sejahtera.

PROGRAM UNITY WALK SEMPENA SAMBUTAN HARI SARAWAK 2026SIBU | 22 Julai 2026 โ€“  Program Unity Walk sempena Sambutan Hari Sa...
22/07/2026

PROGRAM UNITY WALK SEMPENA SAMBUTAN HARI SARAWAK 2026

SIBU | 22 Julai 2026 โ€“ Program Unity Walk sempena Sambutan Hari Sarawak 2026 yang berlangsung di Dataran Tun Tuanku, Sibu. Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak, Datu Ir. Ts. Haji Ahmad Denney bin Haji Ahmad Fauzi turut menyertai program ini. Program ini merupakan antara pengisian utama Sambutan Hari Sarawak yang bertujuan memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di wilayah ini.

Address

Department Of Irrigation & Drainage, 7th, 8th, 9th & 10th Floor, Wisma Seberkas, Jalan Tun Abang Haji Openg
Kuching
93150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DIDSarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share