11 RAMD "Berjuang Terus"

11 RAMD "Berjuang Terus" Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD)

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ€π’π”πŠπ€π π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ“SEMENGGO, 26 Jun 25 - Seramai 20 pegawai dan 208 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ...
26/06/2025

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ€π’π”πŠπ€π π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ“

SEMENGGO, 26 Jun 25 - Seramai 20 pegawai dan 208 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) telah menghadiri Mesyuarat Kebajikan Pasukan Siri 1/2025 bertempat di Dewan Makan Pasukan hari ini.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran serta kebajikan bagi anggota pasukan dan menyusuri usul mesyuarat dalam penggal yang lepas. Segala cadangan dan usul baharu yang dikemukakan oleh semua anggota dipandang serius oleh Pengerusi iaitu Leftenan Kolonel Badrul Hisham bin Ibrahim, Pegawai Memerintah 11 RAMD dan telah melontarkan ketetapan bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.

Selain itu, pembentangan Akaun Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) turut diadakan bagi membolehkan semua peringkat pegawai dan anggota LLP mengetahui kedudukan terkini kewangan TKR pasukan. Mesyuarat mengambil kira pelbagai aspek dari segi pentadbiran dan kebajikan semua agar moral sentiasa terpelihara serta dapat mencegah daripada kesalahan tatatertib dan masalah disiplin daripada berlaku.

Mesyuarat sebegini dilihat sebagai salah satu platform yang efektif dalam mengetahui dan menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh warga Berjuang Terus supaya dapat meningkatkan tahap kesejahteraan warga pasukan serta secara tidak langsung kesatuan dan kesiagaan pasukan ini.

- TAAT SETIA -
- BERJUANG TERUS -

SALAM MAAL HIJRAH | 1 MUHARRAM 1447 HIJRAHβ€œSesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendi...
26/06/2025

SALAM MAAL HIJRAH | 1 MUHARRAM 1447 HIJRAH

β€œSesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka" - Surah Ar-Ra'd: 11.

Melalui peristiwa Maal Hijrah ini, marilah kita sama-sama mengingatkan diri tentang kepentingan melakukan perubahan positif dan keteguhan iman dalam diri masing-masing.

Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perubahan hati dan amal ke arah kebaikan. Awal Muharram membuka tirai baharu bagi umat Islam untuk terus memperbaiki diri, memperkukuh keimanan dan menyemai kesatuan ummah.

Semoga tahun baru ini membawa pelbagai makna yang baik dalam kehidupan kita secara bersama.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1447H kepada seluruh umat Islam.

Ikhlas daripada:
Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim, Pegawai Memerintah dan Seluruh Warga 11 RAMD.

KEPUTUSAN PERLAWANAN KEJOHANAN BOLA SEPAK REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD) - PIALA SULTAN SALLEHUDDIN TAHUN 2025Perlaw...
25/06/2025

KEPUTUSAN PERLAWANAN KEJOHANAN BOLA SEPAK REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD) - PIALA SULTAN SALLEHUDDIN TAHUN 2025

Perlawanan Pusingan Awal Zon Sarawak dijadualkan bermula dari 23 hingga 25 Jun 25 pada jam 0800 bertempat di Padang Bola Sepak 4 KAD, Kem Penrissen, Sarawak.

Keputusan Perlawanan Hari Pertama (23 Jun 25):
11 RAMD : 0 vs 0 : 20 RAMD

Keputusan Perlawanan Hari Kedua (24 Jun 25):
20 RAMD : 0 vs 0 : 13 RAMD

Keputusan Perlawanan Hari Ketiga (25 Jun 25):
11 RAMD : 1 vs 2: 13 RAMD

Tahniah kepada semua pasukan kerana telah beraksi dengan baik dan cemerlang. Semangat kesukanan yang tinggi juga telah dipamerkan oleh kesemua pemain. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan yang layak ke peringkat seterusnya.

- TAAT SETIA -
- BERJUANG TERUS -

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PUSINGAN AWAL PIALA SULTAN SALLEHUDDIN (PSS) ZON SARAWAK TAHUN 2025Majlis pembukaan Kejohanan...
23/06/2025

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PUSINGAN AWAL PIALA SULTAN SALLEHUDDIN (PSS) ZON SARAWAK TAHUN 2025

Majlis pembukaan Kejohanan Piala Sultan Sallehuddin (PSS) Zon Sarawak Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh istiadat dan semangat kesukanan di Padang Bola Sepak 4 KAD, Kem Penrissen, membabitkan tiga unit Rejimen Askar Melayu Diraja Zon Sarawak iaitu 11 RAMD, 13 RAMD dan 20 RAMD.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Dato’ Khairul Anuar bin Abd Aziz, yang turut melaksanakan gimik perasmian kejohanan sebagai simbolik pelancaran rasmi edisi tahun ini.

Turut hadir ialah Panglima 3 Briged, Brig Jen Mohd Sauffi bin Hj Omar dan Panglima 9 Briged, Brig Jen Jafri bin Sulaiman, menunjukkan sokongan tinggi daripada kepimpinan formasi terhadap pengukuhan sukan dan esprit de corps dalam kalangan warga RAMD.

11 RAMD selaku tuan rumah kejohanan kali ini memainkan peranan utama dalam penyelarasan pertandingan dan penganjuran acara, menggambarkan tahap kesiapsiagaan, kerjasama serta profesionalisme warga pasukan.

Kejohanan akan berlangsung dari 23 hingga 25 Jun 2025, bermula jam 0800 bertempat di Padang Bola Sepak 4 KAD, Kem Penrissen.

11 RAMD akan beraksi dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen - menjunjung nama pasukan serta kehormatan Rejimen Askar Melayu Diraja.

𝐓𝐀𝐀𝐓 π’π„π“πˆπ€
𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒

Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim dan seluruh warga Pa...
22/06/2025

Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim dan seluruh warga Pahlawan Sebelas menzahirkan sekalung tahniah kepada Yang Berbahagia Brig Jen Dato’ Saiful Bahari bin Zainol, Pengarah Infantri di atas penganugerahan Darjah Dato’ Setia Pahlawan (D.D.S.P) yang membawa gelaran Dato’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 22 Jun 2025 bersamaan 25 Zulhijjah 1446H.

- TAAT SETIA -
- BERJUANG TERUS -

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN BOLA SEPAK REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD) - PIALA SULTAN SALLEHUDDIN TAHUN 2025Perlawana...
22/06/2025

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN BOLA SEPAK REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD) - PIALA SULTAN SALLEHUDDIN TAHUN 2025

Perlawanan Pusingan Awal Zon Sarawak dijadualkan bermula dari 23 hingga 25 Jun 25 pada jam 0800 bertempat di Padang Bola Sepak 4 KAD, Kem Penrissen, Sarawak.

Jadual Perlawanan Hari Pertama (23 Jun 25):

11 RAMD vs 20 RAMD

Jadual Perlawanan Hari Kedua (24 Jun 25):

20 RAMD vs 13 RAMD

Jadual Perlawanan Hari Ketiga (25 Jun 25):

11 RAMD vs 13 RAMD

Perasmian pembukaan bagi Zon Sarawak akan disempurnakan oleh Panglima 1 Div pada esok jam 0800. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan dan menyokong pasukan yang bertanding.

TAAT SETIA

SELAMAT HARI ULANG TAHUN BATALION KESEBELAS REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (11 RAMD) KE - 56Pegawai Memerintah Batalion Kes...
14/05/2025

SELAMAT HARI ULANG TAHUN BATALION KESEBELAS REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (11 RAMD) KE - 56

Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim dan seluruh warga Pahlawan Sebelas mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Ke - 56 Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja kepada seluruh warga 11 RAMD.

- BERJUANG TERUS -

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN | 1 SHAWWAL 1446HPegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar M...
30/03/2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN | 1 SHAWWAL 1446H

Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim dan seluruh warga BERJUANG TERUS mengucapkan Selamat Hari Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Hari Raya Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan kemakmuran kepada kita semua. Marilah kita sama-sama merayakan hari kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

~XI WARRIOR - BERJUANG TERUS~

Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim dan seluruh warga BE...
24/03/2025

Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim dan seluruh warga BERJUANG TERUS mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Pengerusi RAMD, Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak bin Sulaiman.

Semoga YBhg Datuk dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa berada dibawah LindunganNya. Amin Yarabbalalamin.

~XI WARRIOR - BERJUANG TERUS~

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN | 17 RAMADAN 1446Hβ€œPada bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan padanya Al-Qur...
17/03/2025

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN | 17 RAMADAN 1446H

β€œPada bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan padanya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)” (Surah Al-Baqarah: ayat 185)

Malam Nuzul Al-Quran mengingatkan kita akan detik bersejarah ketika kalam Allah SWT yang mulia diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril AS di Gua Hira’, Makkah al-Mukarramah. Dalam kesunyian malam, wahyu pertama yang mengandungi lima ayat daripada Surah Al-β€˜Alaq menyapa hati Baginda, membawa pesan agung tentang ilmu dan kebesaran Allah SWT. Semoga kita terus istiqamah menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup serta mewariskan kefahaman dan kecintaan terhadapnya kepada generasi akan datang.

Salam Nuzul Al-Quran daripada Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim serta seluruh warga 11 RAMD.


π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑 π—”π—Ÿ-𝗠𝗨𝗕𝗔π—₯π—”π—ž πŸ­πŸ°πŸ°πŸ²π—›Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badr...
01/03/2025

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑 π—”π—Ÿ-𝗠𝗨𝗕𝗔π—₯π—”π—ž πŸ­πŸ°πŸ°πŸ²π—›

Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim dan seluruh warga Pahlawan Sebelas mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1446H dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga bulan yang penuh berkat ini memberi peluang untuk kita memperbaiki diri, mempertingkatkan amalan, serta memperkukuh ikatan ukhuwah sesama umat.

-Marhaban Ya Ramadan-

SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT KE - 92Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Ba...
01/03/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT KE - 92

Pegawai Memerintah Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Badrul Hisham bin Ibrahim dan seluruh warga Pahlawan Sebelas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Ke - 92 kepada seluruh warga Tentera Darat.

- GAGAH SETIA -
- BERJUANG TERUS -

Address

Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Semenggo
Kuching
93677

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 11 RAMD "Berjuang Terus" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category