Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak Memacu sektor pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing dan lestari demi pembangunan sosio-ekonomi negara

28/08/2026
🌹 MAJLIS PERPISAHAN DAN SELAMAT MAJU JAYA 🌹Kuching, Sarawak | 6 Ogos 2026 | KhamisSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan...
10/08/2026

🌹 MAJLIS PERPISAHAN DAN SELAMAT MAJU JAYA 🌹

Kuching, Sarawak | 6 Ogos 2026 | Khamis

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Wan Mohd Azmeer bin Wan Rabaie atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang 2 tahun 3 bulan berkhidmat sebagai Personel MySTEP di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat maju jaya!




MOTAC Sarawak Menerima Kunjungan Hormat MATTA Cawangan SarawakKuching, Sarawak | 6 Ogos 2026 | KhamisYBrs. Puan Debbie a...
10/08/2026

MOTAC Sarawak Menerima Kunjungan Hormat MATTA Cawangan Sarawak

Kuching, Sarawak | 6 Ogos 2026 | Khamis

YBrs. Puan Debbie anak Jenggut Nyelang, Pengarah MOTAC Sarawak, menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Sarawak yang diketuai oleh YBrs. Puan Dayang Azizah binti Abang Zaidan, Pengerusi MATTA Cawangan Sarawak.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa MATTA Cawangan Sarawak bagi penggal 2026–2029, di samping membincangkan perkembangan semasa, peluang dan cabaran yang dihadapi oleh industri agensi pelancongan serta memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan sektor pelancongan.




22/07/2026
22/07/2026

🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK❤️💛🖤

Selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak yang diraikan pada 22 Julai setiap tahun.

Semoga semangat perpaduan, kepelbagaian budaya dan warisan yang menjadi kebanggaan Bumi Kenyalang terus dipelihara serta menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri dan kebanggaan negara.

Bersama-sama kita menghargai keunikan seni, budaya dan khazanah pelancongan, seni dan budaya Sarawak sebagai aset berharga yang memperkukuh identiti Malaysia di persada dunia.

Selamat Hari Sarawak!💛
Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai✨




SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026! 🎉🌺YBrs. Puan Debbie anak Jenggut Nyelang, Pengarah MOTAC Sarawak, serta seluruh war...
22/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026! 🎉🌺

YBrs. Puan Debbie anak Jenggut Nyelang, Pengarah MOTAC Sarawak, serta seluruh warga MOTAC Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan cinta terhadap Sarawak terus subur dalam membina negeri yang maju, makmur dan sejahtera.

Selamat Hari Sarawak! 💛🖤❤️




Address

Tingkat 3, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga
Kuching
93300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082235033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share