26/07/2026
KURSUS ASAS PENGURUSAN BADAN SUKAN BAHARU BERDAFTAR SIRI 5 ZON UTARA LIMBANG DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN PJS
25 Julai 2026 โ Seramai 37 peserta mewakili 14 badan sukan baharu berdaftar dari bahagian Limbang, Sarawak telah menyertai Kursus Asas Pengurusan Badan Sukan Baharu Berdaftar Siri 6 Zon Selatan Limbang anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak yang berlangsung di Pejabat Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Limbang.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pemegang jawatan badan sukan mengenai keperluan pengurusan organisasi sukan yang berdaftar selaras dengan peruntukan undang-undang dan amalan tadbir urus yang baik.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Azizi bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Encik Mohamad Sharbini bin Haji Golong, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan Kanan dan Puan Nur Marlina Rosian Abdulah, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan dari PJS Rantau Sarawak. Turut hadir bersama Encik Rynnille Easter Peter dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
Semasa kursus ini juga, sebanyak lima badan sukan yang baharu diluluskan pendaftaran telah menerima Perakuan Pendaftaran.
Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu badan-badan sukan baharu berdaftar meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi serta memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] demi pembangunan ekosistem sukan negara yang lebih mampan dan berintegriti.
Pelaksanaan Santai Bersama Pelanggan (SBP) turut diadakan pada sesi petang. Program ini diadakan bagi memberikan khidmat nasihat dan pandangan secara bersemuka kepada badan sukan dan menggunakan medium program bagi menjalankan sesi urus tadbir badan sukan ke arah yang lebih baik.
Terima kasih kepada semua badan sukan, penggiat sukan dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung.