JPJKK Sarawak

JPJKK Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPJKK Sarawak, Police station, Jalan Badruddin, Kuching.

14/06/2025
PROGRAM KEPOLISANKOMUNITI : MENCEGAH JENAYAH BERSAMA MASYARAKAT.
07/12/2024

PROGRAM KEPOLISANKOMUNITI : MENCEGAH JENAYAH BERSAMA MASYARAKAT.

PRA MESYUARAT SEMPENA MESYUARAT PERMUAFAKATAN PDRM-JPNS (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak)13 Ogos 2024 - Berlangsung Pr...
13/08/2024

PRA MESYUARAT SEMPENA MESYUARAT PERMUAFAKATAN PDRM-JPNS (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak)

13 Ogos 2024 - Berlangsung Pra Mesyuarat sempena Mesyuarat Permuafakatan PDRM-JPNS di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik, Demak. Hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut En. Zamzaitul Akmal Hisham bin Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid serta 12 orang ketua sektor dan wakil dari JPNS. PDRM diwakili oleh Pemangku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, YDH Tuan ACP Dasuki bin Che Driss, Tuan Supt. lim Nee Kon, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, JPJKK Kontinjen Sarawak selaku penyelaras bersama PDRM-JPNS.

Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan agenda mesyuarat yang akan diadakan pada 20 Ogos 2024 yang akan diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pengerusi bersama JPNS-PDRM.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2023 JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNTI KONT...
24/07/2024

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2023 JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNTI KONTINJEN SARAWAK.

24 Julai 2024 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Media JPJKK Kontinjen Sarawak berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2023 yang telah disempurnakan oleh YDH SAC Tuan Lukas Anak Aket, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sarawak.

Turut hadir pada majlis pagi tadi YDH ACP Dasuki Bin Che Driss, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sarawak, SUPT. Lee Leng Ian, Pegawai Turus Operasi Darat (OD), SUPT. Samima Binti Mustapha, Pegawai Turus Koordinasi Sumber Sokongan (KSS), DSP Ismuni Bin Umar, DSP Koordinasi Kemasyarakatan Kepolisan Komuniti, ASP Hj. Ahmad Bin Abang, Ketua MPV Kontinjen Sarawak, ASP Linggi anak Tawi, ASP Kor Suksis, ASP Chong Teck Mun, ASP Pendataan / Analisa, Insp. Jasni Nimos, Insp Wong Seh Tat dan Insp Scott Alexandria Abang Anak Lukas.

Seramai 3 orang penerima APC tahun 2023 diraikan pada majlis tersebut iaitu ASP Linggi Anak Tawi, ASP Kor Suksis, SJN Mohamad Bin Bolihi dan LKPL Azmizi Bin Suhaimi dari Unit Polis Pelancong JPJKK.

Jurugambar : KPL Izz Rayhan Abdullah.

09/07/2024
MESYUARAT KETUA JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (KJPJKK) BERSAMA KETUA BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH D...
06/07/2024

MESYUARAT KETUA JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (KJPJKK) BERSAMA KETUA BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNTI DAERAH (KBPJKKD) BIL. 1/2024.

5 JULAI 2014 - Bertempat di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak telah berlangsung mesyuara KJPJKK bersama KBPJKKD Bil. 1/2024 yang telah dipengeruskan oleh YDH SAC Tuan Lukas anak Aket , KJPJKK Kontinjen Sarawak. Turut hadir pada majlis tersebut Supt. Tuan Batholomew Ak Umpit ( PT Pengurusan Dasar/Sumber), Supt. Tuan Lim Nee Kon ( PT Kepolisan Komuniti), Supt. Puan Nur Ashyikin Bt Abdullah (PT Pendataan Analisa), Supt. Puan Lee Ling Ian ( PT Operasi Darat), Supt. Puan Samima Bt Mustapha ( PT Koordinasi Sumber Sokongan), Pegawai-pegawai Kanan JPJKK, IPK Sarawak dan 28 KBPJKKD Kontinjen Sarawka.

Dalam ucapan amat pengerusi telah memperingatkan semua Ketua Bahagian yang hadir bahawa MENINGKATNYA KES JENAYAH DI DAERAH adalah disebabkan kegagalan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah dalam aktiviti pencegahan dan begitu juga sebaliknya.

Pengerusi juga menasihat kepada semua ahli mesyuara yang hadir supaya sentiasa proaktif dalam menjalankan aktiviti pencegahan jenayah supaya komuniti sentiasa berasa selamat dan kadar jenayah dapat dikurangkan. Pastikan kesiapsiagaan petugas dilapangan sentiasa dilengkapi dengan ilmu pengetahuan bukan hadir bertugas semata-mata dan pastikan jangan terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah yang menyalahi undang-undang. Petugas MPV dan URB adalah barisan hadapan kepada PDRM. Jaga tingkah laku dan berhemah bila berhadapan dengan orang awam.

Jurugambar : Kpl Izz Rayhan dan L/Kpl Fikri Azizi (Jpjkk swk)

26/02/2024

Address

Jalan Badruddin
Kuching
93000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPJKK Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category