Balai Bomba Dan Penyelamat Padungan

Balai Bomba Dan Penyelamat Padungan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Bomba Dan Penyelamat Padungan, Government Organization, Jalan Padungan, Kuching.

"HARI PENCEGAHAN LEMAS SEDUNIA 2026">> 25 Julai 2026M'Sempena Hari Pencegahan Lemas Sedunia, yang disambut pada 25 Julai...
25/07/2026

"HARI PENCEGAHAN LEMAS SEDUNIA 2026"

>> 25 Julai 2026M

'Sempena Hari Pencegahan Lemas Sedunia, yang disambut pada 25 Julai setiap tahun, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di air. Sentiasa awasi kanak-kanak, patuhi langkah keselamatan dan pelajari kemahiran asas menyelamat. Setiap tindakan kecil kita mampu menyelamatkan nyawa.'

Selamat menyambut Hari Sarawak 2026Sarawak Maju Makmur
21/07/2026

Selamat menyambut Hari Sarawak 2026

Sarawak Maju Makmur

TAHNIAH YAS TUAN HAJI NORDIN BIN PAUZI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JBPMTahniah diuca...
15/07/2026

TAHNIAH YAS TUAN HAJI NORDIN BIN PAUZI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JBPM

Tahniah diucapkan kepada YAS Tuan Haji Nordin bin Pauzi atas kenaikan pangkat sebagai Penguasa Bomba Gred Utama B dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Majlis Pemakaian Pangkat telah disempurnakan oleh YAS Datoโ€™ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya hari ini.

Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap dedikasi, kepimpinan dan pengalaman beliau sepanjang tiga dekad berkhidmat dalam perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menggalas pelbagai jawatan strategik di peringkat negeri dan ibu pejabat serta memainkan peranan penting dalam memperkukuh keupayaan operasi, pengurusan bencana dan pembangunan organisasi JBPM.

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar YAS Tuan Haji Nordin bin Pauzi terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin aspek operasi jabatan ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Tahniah diucapkan dan selamat menjalankan amanah.

"KHIDMAT KOMUNITI">> 24 MUHARRAM 1448H>> 10 JULAI 2026MASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYEL...
10/07/2026

"KHIDMAT KOMUNITI"

>> 24 MUHARRAM 1448H
>> 10 JULAI 2026M

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT & MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI
SALAM SARAWAK MAJU MAKMUR.

KHIDMAT KHAS SEMBURAN HUJAN BAGI PENGGAMBARAN FILEM

Tempat : Waterfront Kuching
Tarikh : 09.07.2026

Balai Bomba dan Penyelamat Padungan telah melaksanakan Khidmat Khas Semburan Hujan bagi membantu proses penggambaran sebuah filem di lokasi yang telah ditetapkan. Khidmat ini melibatkan penggunaan aliran air daripada jentera bomba bagi menghasilkan kesan hujan mengikut keperluan produksi.
Sepanjang operasi dijalankan, anggota bomba memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi serta pelaksanaan semburan dikawal dengan cekap bagi menjamin kelancaran aktiviti penggambaran.

Sekian terima kasih.



"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA">> 23 MUHARRAM 1448H>> 09 JULAI 2026MASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN...
09/07/2026

"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

>> 23 MUHARRAM 1448H
>> 09 JULAI 2026M

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT & MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI
SALAM SARAWAK MAJU MAKMUR.

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN & TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

Tempat : ST. JOSEPH PRIVATE PRIMARY SCHOOL
Tarikh : 09.07.2026
Masa : 0815-0930

Balai Bomba dan Penyelamat Padungan pada hari ini telah menghadiri Latihan Kebakaran yang dianjurkan oleh pihak St.Joseph Private Primary School. Latihan ini sebagai salah satu platform untuk menguji kesiapsiagaan para guru, pelajar dan semua penghuni sekolah bagi menghadapi situasi sebenar sekiranya berlaku kecemasan di premis berkenaan. Selain itu, melalui latihan ini juga, pihak pengurusan sekolah dapat mengenal pasti sebarang kelemahan berkaitan dengan tindak balas semasa berlakunya kecemasan untuk ditambah baik pada masa akan datang. Tahniah kepada pihak sekolah kerana cakna akan keselamatan kebakaran.

Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Pengungsian Bangunan
2. Taklimat keselamatan kebakaran

Sekian terima kasih.



"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA">> 22 MUHARRAM 1448H>> 08 JULAI 2026MASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN...
08/07/2026

"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

>> 22 MUHARRAM 1448H
>> 08 JULAI 2026M

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT & MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI
SALAM SARAWAK MAJU MAKMUR.

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN, PRAKTIKAL ALAT PEMADAM API & POST MORTEM

Tempat : SMK BANDAR KUCHING NO 1
Tarikh : 08.07.2026
Masa : 1100 - 1330

Balai Bomba dan Penyelamat Padungan pada hari ini telah menghadiri Latihan Kebakaran yang dianjurkan oleh pihak SMK Bandar Kuching No 1. Latihan ini sebagai salah satu platform untuk menguji kesiapsiagaan para guru, pelajar dan semua penghuni sekolah bagi menghadapi situasi sebenar sekiranya berlaku kecemasan di premis berkenaan. Selain itu, melalui latihan ini juga, pihak pengurusan sekolah dapat mengenal pasti sebarang kelemahan berkaitan dengan tindak balas semasa berlakunya kecemasan untuk ditambah baik pada masa akan datang.

Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Post Mortem
2. Taklimat keselamatan kebakaran
3. Demonstrasi tatacara penggunaan Alat Pemadam Api

Sekian terima kasih.



06/07/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป

Pernah tak kita perasan ini?

Bila rumah terbakarโ€ฆ

โžก๏ธ Panggil bomba ๐Ÿš’

Bila kemalanganโ€ฆ

โžก๏ธ Panggil bomba ๐Ÿš’

Bila ular masuk rumahโ€ฆ

โžก๏ธ Panggil bomba ๐Ÿš’

Bila banjirโ€ฆ

โžก๏ธ Panggil bomba ๐Ÿš’

Bila pokok tumbangโ€ฆ

โžก๏ธ Panggil bomba ๐Ÿš’

Bila ada orang terperangkapโ€ฆ

โžก๏ธ Panggil bomba ๐Ÿš’

Kita sentiasa tahu siapa yang perlu dipanggil.

Tetapi mereka tidak pernah mengeluh hanya bersedia meninggalkan apa sahaja yang sedang dilakukan untuk datang membantu.

Mereka hanya tahu satu perkara iaitu ada nyawa yang perlu diselamatkan.

Terima kasih kepada semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan, walau apa jua cabarannya.



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA">> 20 MUHARRAM 1448H>> 06 JULAI 2026MASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN...
06/07/2026

"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

>> 20 MUHARRAM 1448H
>> 06 JULAI 2026M

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT & MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI
SALAM SARAWAK MAJU MAKMUR.

Program Jom Belajar Renang Madani Tahun 2026

Tempat : Kolam Renang Kompleks KBS Sarawak
Tarikh : 06.07.2026
Masa : 0800 - 1200

Balai Bomba dan Penyelamat Padungan telah terlibat didalam program Jom Belajar Renang Madani Tahun 2026. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak melalui Majlis Keselamatan Aktiviti di Air (MKAA). Program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan air serta memperkasa pelajar dengan kemahiran asas renang.

Jurulatih BBP Padungan yang terlibat :
1. PBKII (TBK1) Nur Ahliea Summayya binti Sandai

Pegawai Pengiring BBP Padungan:
1. PBK I Philip ak Dugat

Sekian terima kasih.



"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA">> 17 MUHARRAM 1448H>> 03 JULAI 2026MASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN...
03/07/2026

"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

>> 17 MUHARRAM 1448H
>> 03 JULAI 2026M

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT & MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI
SALAM SARAWAK MAJU MAKMUR.

LATIHAN FIREDRILL, TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN & TATACARA PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API.

Tempat : MAIN CAMPUS, SEGI COLLEGE KUCHING SARAWAK
Tarikh : 03.07.2026
Masa : 0900 - 1100 Pagi

Balai Bomba dan Penyelamat Padungan pada hari ini telah menghadiri Latihan Kebakaran yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Segi College, Kuching. Latihan ini sebagai salah satu platform untuk menguji kesiapsiagaan penghuni premis bagi menghadapi situasi sebenar sekiranya berlaku kecemasan di premis berkenaan. Selain itu, melalui latihan ini juga, pihak pengurusan dapat mengenal pasti sebarang kelemahan berkaitan dengan tindak balas semasa berlakunya kecemasan untuk ditambah baik pada masa akan datang.

Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Latihan pengungsian bangunan
2. Taklimat keselamatan kebakaran
3. Demonstrasi tatacara penggunaan Alat Pemadam Api

Sekian terima kasih.



"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA">> 11 MUHARRAM 1448H>> 27 JUN 2026MASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA, SALAM JABATAN B...
27/06/2026

"KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

>> 11 MUHARRAM 1448H
>> 27 JUN 2026M

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT & MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI
SALAM SARAWAK MAJU MAKMUR.

PENGLIBATAN SEBAGAI PEMPAMER DAN PETUGAS KECEMASAN.

Tempat : 1. THE HILLS, KUCHING
2. SK HARDWARE,KUCHING
3. PADANG RAGBI SKH,KUCHING

Tarikh : 27.06.2026

Balai Bomba dan Penyelamat Padungan pada hari ini telah terlibat dengan beberapa program di sekitar kuching. Antaranya adalah sebagai pempamer di Karnival Ceria SSPN anjuran PTPTN yang dilangsungkan di The Hills, kuching. Pasukan khas RIM p**a terlibat sebagai pempamer di SK HARDWARE sempena "safety first week" yang dianjurkan oleh pihak SK Hardware dan juga Pasukan EMRS telah ditugaskan sebagai petugas kecemasan di Kejohanan Ragbi 7s Kuching Rainforest yang dilangsungkan di Padang Ragbi Song Kheng Hai. Ketiga-tiga program telah dilangsungkan dengan jayanya dan penglibatan dari pihak Balai Bomba dan Penyelamat Padungan telah mendapat penghargaan daripada penganjur setiap program kerana komitmen berterusan pihak bomba dalam menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti serta pendedahan berkaitan keselamatan kebakaran melalui program yang dijalankan.

Sekian terima kasih.

Address

Jalan Padungan
Kuching
93100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Padungan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share