02/07/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐), ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
KUCHING, 2 Julai 2026 โ Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Khidmat Setia (AKS) dan Pesara 2026 bertempat di Auditorium Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Ukur Bahagian, LSr Tuan Sylvester Luta Buli. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Ukur, Sr Norman bin Sulaiman, Pengarah-Pengarah Ukur Seksyen, Penolong Pengarah Ukur dari Wilayah Kuching, Sibu dan Miri, Ketua-ketua Cawangan dan Unit, Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada warga Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Di samping itu, majlis ini turut meraikan para pesara sebagai menghargai segala jasa, pengorbanan, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat selaku penjawat awam di JUPEM.
Dalam ucapan perasmian, Pengarah Ukur Bahagian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penerima anugerah dan pesara atas dedikasi, integriti serta profesionalisme untuk memastikan sistem penyampaian Jabatan sentiasa berkesan untuk memenuhi kehendak dan aspirasi masyarakat khususnya di Sarawak. Beliau turut menyeru agar pengiktirafan yang diberikan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, berintegriti, mengamalkan nilai-nilai murni serta memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan organisasi.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk menghargai sumbangan warga kerja, malah mencerminkan komitmen Jabatan dalam membudayakan amalan menghargai kecemerlangan, kesetiaan dan pengorbanan warga kerja sebagai aset utama organisasi.
Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Khidmat Setia (AKS), serta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pesara atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Semoga segala pengiktirafan yang diberikan menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.
Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2025. Semoga teruskan kecemerlangan dan selamat maju Jaya.
"Mengiktiraf Kecemerlangan, Menghargai Kesetiaan, Menyanjung Jasa."