KDPAH Abdillah

KDPAH Abdillah Sharing of school's events, achievements and announcements.

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH:KESELAMATAN APABILA BERLAKU KEBAKARAN DI SEKOLAHSTANDARD 3.3: ASPEK 3.3.1 3.3.1.1 ...
14/07/2026

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SEKOLAH:
KESELAMATAN APABILA BERLAKU KEBAKARAN DI SEKOLAH

STANDARD 3.3: ASPEK 3.3.1
3.3.1.1 - Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang.
3.3.3.1 – Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang

Perincian
Tarikh : 1 Julai 2026 (Rabu)
Masa : 7.25-7.30 pagi
Tempat : Dewan Permata Bestari, Kolej DPAH Abdillah

Penglibatan
Semua Guru
Semua Murid

Objektif
• Meningkatkan kesedaran murid tentang tindakan yang betul semasa berlaku kebakaran di sekolah.
• Memastikan murid mengetahui laluan kecemasan, tempat berkumpul dan mematuhi arahan guru semasa kecemasan.

Rumusan
Program kesedaran keselamatan telah dilaksanakan semasa perhimpunan sekolah. Murid diberi penerangan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran, kepentingan menggunakan laluan kecemasan, tidak panik, serta berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan. Murid turut diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan guru dan tidak kembali ke bangunan sehingga keadaan disahkan selamat.

Impak
Murid menunjukkan kefahaman yang lebih baik mengenai prosedur keselamatan kebakaran dan kepentingan bertindak secara teratur semasa kecemasan. Objektif program telah dicapai apabila murid dapat mengenal pasti laluan kecemasan dan tempat berkumpul dengan betul.

Tindak susul
• Melaksanakan latihan kebakaran secara berkala mengikut takwim sekolah.
• Mengadakan sesi peringatan keselamatan semasa perhimpunan dari semasa ke semasa.
• Memastikan papan tanda laluan kecemasan dan pelan pemindahan sentiasa jelas serta dikemas kini.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

INTERVENSI BERFOKUS KIMIA BERSAMA SISC+ SAINS MATEMATIK CHIN NYUK JUNG PPD KUCHINGSTANDARD 3.1: ASPEK 3.1.1 [3.1.1.1] Pe...
14/07/2026

INTERVENSI BERFOKUS KIMIA BERSAMA SISC+ SAINS MATEMATIK CHIN NYUK JUNG PPD KUCHING

STANDARD 3.1: ASPEK 3.1.1 [3.1.1.1] Pelaksanaan kurikulum diurus secara sistematik dan terancang.
STANDARD 4: ASPEK 4.1 [4.1.1] Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik.
STANDARD 4: ASPEK 4.5 [4.5.1] Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang.

Tarikh: 8/7/2026
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Sumber Permata
Anjuran: Unit Kurikulum, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
Kehadiran:
Penolong Kanan Pentadbiran (PKP)
Ketua Bidang Sains dan Matematik
Guru Kimia Tingkatan 5
CHIN JUK NYUNG (SISC+ SAINS MATEMATIK)

📌Objektif:
1. Mengenal pasti tahap pencapaian semasa murid dalam mata pelajaran Kimia melalui analisis data peperiksaan dan pencapaian akademik.
2. Menentukan intervensi berfokus bagi meningkatkan penguasaan konsep, kemahiran menjawab dan pencapaian murid.
3. Memperkukuh tindakan kolaboratif antara pihak pentadbir, guru mata pelajaran dan unit sokongan dalam usaha meningkatkan prestasi akademik.

📌Rumusan:
Dialog Prestasi Berfokus Kimia 2026 telah dilaksanakan bagi
membincangkan pencapaian semasa murid berdasarkan analisis
data peperiksaan dan mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi prestasi. Perbincangan turut meneliti
keberkesanan amalan PdP, tahap penguasaan murid mengikut
kumpulan sasaran serta menetapkan intervensi yang lebih
sistematik dan berfokus bagi mencapai sasaran akademik

📌Impak:
1. Guru memperoleh maklumat yang lebih terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan analisis prestasi semasa.
2. Tindakan intervensi dapat dirancang secara lebih berstruktur dan berfokus mengikut keperluan murid.
3. Pemantauan akademik menjadi lebih sistematik melalui pelibatan pentadbir, guru dan unit sokongan sekolah.

📌Tindak susul:
1. Melaksanakan program intervensi berfokus seperti kelas pengukuhan, bengkel teknik menjawab dan latih tubi mengikut tahap murid.
2. Menjalankan pemantauan berkala melalui semakan evidens PdP.
3. Meminta murid membentangkan jawapan di hadapan kelas bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran komunikasi dan keyakinan diri, di samping membolehkan guru membuat peneguhan serta pembetulan terhadap jawapan yang diberikan.

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN KARNIVAL SUKAN KOLEJ DATU PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH 2026STANDARD 3.2: ASPEK 3.2.4 [3.2.4.1] Su...
14/07/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN KARNIVAL SUKAN KOLEJ DATU PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH 2026

STANDARD 3.2: ASPEK 3.2.4 [3.2.4.1] Sukan/permainan diurus secara sistematik dan terancang.
STANDARD 3.2: ASPEK 3.2.6 [3.2.6.1] Aktiviti Sukan Untuk Semua diurus secara profesional dan terancang.

Tarikh: 13/5/2026 - 15/5/2026
Masa: 7.10 pagi – 2.00 petang
Tempat: Gelanggang Dan Trek Kolej Dpah Abdillah
Anjuran: Unit Kokurikulum, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
Penglibatan: Semua warga Kolej DPAH Abdillah

📌OBJEKTIF:
1. Melahirkan pelajar yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan MSS di peringkat Bahagian pada masa akan datang.
2. Menanamkan minat dan semangat kesukanan dalam diri murid.
3. Membudayakan gaya hidup sihat di kalangan murid dan guru.

📌RUMUSAN:
Kejohanan Olahraga dan Karnival Sukan Sekolah Kolej DPAH Abdillah telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Program ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah serta semua murid. Sepanjang tiga hari pelaksanaan, semua acara sukan balapan dan padang serta aktiviti karnival sukan seperti pertandingan futsal, bola jaring dan HIP telah berlangsung dengan lancar, teratur dan mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan.

📌IMPAK:
1. Meningkatkan penglibatan dan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.
2. Memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan serta kepimpinan dalam kalangan murid.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah.

📌TINDAK SUSUL:
Menyediakan perancangan program lebih awal bagi membolehkan latihan rumah sukan dan persediaan jawatankuasa dijalankan dengan lebih sistematik.
Menambah baik jadual pertandingan supaya masa pelaksanaan lebih teratur dan dapat mengurangkan masa menunggu peserta.
Meningkatkan kemudahan dan peralatan sukan bagi memastikan semua acara dapat dijalankan dengan lebih cekap dan selamat.

PERHIMPUNAN RASMI DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH PELAJARStandard 1: KepimpinanAspek 1.1 – Penetapan Hala Tuju d...
13/07/2026

PERHIMPUNAN RASMI DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH PELAJAR

Standard 1: Kepimpinan
Aspek 1.1 – Penetapan Hala Tuju dan Perancangan Strategik
1.1.3 Pengurusan Program Sekolah

Standard 3: Pengurusan Hal Ehwal Murid
Aspek 3.1 – Pembangunan Sahsiah Murid

Perincian
Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 6.40 pagi – 7.40 pagi
Tempat: Dewan Permata Bestari Kolej DPAH Abdillah

SENARAI ANUGERAH / PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

1. Anugerah 10 Terbaik AR1
2. Anugerah Intensif SEEP
3. Anugerah Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Antarabangsa 5.0
4. Anugerah Kejohanan Badminton MSSB
5. Anugerah Kejohanan Bola Sepak Lelaki 15TKB
6. Anugerah Tae Kwan Do
7. Anugerah Muay Thai
8. Anugerah Olahraga
9. Anugerah Ragbi
10. Anugerah TEENEAGLES, HIPPO and ESBEE Competitions
11. Anugerah Genta Suara
12. Anugerah Pertandingan i-STEEX 26
13. Anugerah Pertandingan Science Castle Malaysia 2026
14. Anugerah 3K

Impak Program
- Memberi penghargaan kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.
- Meningkatkan motivasi serta semangat murid untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang.

Rumusan
Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pelajar telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Pelaksanaan program bukan sahaja mengiktiraf pencapaian murid, malah memperkukuh pembangunan sahsiah, disiplin dan budaya kecemerlangan selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia serta amalan Sekolah Berkualiti.

BERSAMA KITA HENTIKAN BULI! 🚫Katakan TIDAK kepada budaya buli dan segera laporkan kepada guru atau pihak sekolah anda.Be...
13/07/2026

BERSAMA KITA HENTIKAN BULI! 🚫

Katakan TIDAK kepada budaya buli dan segera laporkan kepada guru atau pihak sekolah anda.

Bersama kita wujudkan persekitaran sekolah yang selamat.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”

📚 Jangan lepaskan peluang!Tebus Baucar Buku MADANI RM100 sekarang dan tambah koleksi bahan bacaan kegemaran anda.🔗 Tebus...
13/07/2026

📚 Jangan lepaskan peluang!

Tebus Baucar Buku MADANI RM100 sekarang dan tambah koleksi bahan bacaan kegemaran anda.

🔗 Tebus baucar di pautan: d2.delima.edu.my
⏳ Tempoh penebusan: 1 Julai – 31 Oktober 2026

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2026  TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS KOMPUTER SIRI 1STANDARD 3.1: ASPEK 3.1.2 [3.1.2.1] Pelaksan...
13/07/2026

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2026
TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS KOMPUTER SIRI 1

STANDARD 3.1:
ASPEK 3.1.2 [3.1.2.1] Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan terancang.

STANDARD 4:
ASPEK 4.4 [4.4.1] Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang.

Perincian
Tarikh : 01 Julai 2026
Hari : Rabu
Masa : 8.10 pagi – 10.10 pagi
Tempat: Makmal Kluster Kolej DPAH Abdillah
Penceramah: Cikgu Sim Wei Na (SMK Tinggi Kuching)
Anjuran: Panitia Sains Komputer, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

Penglibatan
• Penceramah jemputan
• Guru Panitia Sains Komputer
• Semua murid Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Sains Komputer

Objektif
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid tentang teknik menjawab soalan Sains Komputer SPM mengikut format peperiksaan terkini.
2. Meningkatkan keyakinan murid dalam menjawab soalan berstruktur dan esei melalui strategi menjawab yang sistematik dan berkesan.
3. Membimbing murid mengenal pasti kehendak soalan serta mengurangkan kesilapan lazim semasa peperiksaan.

Rumusan
Program telah dilaksanakan selama dua jam dengan penyampaian ceramah dan demonstrasi teknik menjawab oleh penceramah jemputan. Murid diberi penerangan berkaitan format peperiksaan, analisis kehendak soalan, teknik memperoleh markah maksimum serta strategi menjawab berdasarkan skema pemarkahan. Sesi turut disertakan dengan perbincangan contoh soalan dan soal jawab bagi meningkatkan kefahaman murid.

Impak
1. Murid lebih memahami format dan kehendak Kertas Sains Komputer SPM.
• Murid dapat mengenal pasti teknik menjawab mengikut kehendak skema pemarkahan.

2. Keyakinan murid meningkat dalam menjawab pelbagai bentuk soalan peperiksaan.
• Murid lebih bersedia menghadapi peperiksaan SPM melalui pendedahan kepada teknik menjawab yang berkesan.

3. Motivasi murid untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Sains Komputer semakin meningkat hasil perkongsian pengalaman dan strategi daripada penceramah.

Tindak Susul
1. Melaksanakan latihan berfokus menggunakan set soalan SPM sebenar dan percubaan negeri.
2. Mengadakan bengkel susulan bagi mengukuhkan topik yang dikenal pasti masih lemah melalui analisis prestasi murid.
3. Melaksanakan ujian pasca program bagi menilai keberkesanan teknik yang dipelajari dan membuat intervensi kepada murid yang masih memerlukan bimbingan.

SCRABBLE COMPETITION FOR SECONDARY SCHOOLS DISTRICT LEVEL 2026TAGGING SK@S:STANDARD 2: ASPEK 2.1 [2.1.1] Sumber manusia ...
13/07/2026

SCRABBLE COMPETITION FOR SECONDARY SCHOOLS DISTRICT LEVEL 2026

TAGGING SK@S:
STANDARD 2: ASPEK 2.1 [2.1.1] Sumber manusia diurus secara sistematik dan terancang.

STANDARD 3.2: ASPEK 3.2.1 [3.2.1.1] Pelaksanaan kokurikulum diurus secara sistematik dan terancang.

STANDARD 5: ASPEK 5.4 [5.4.2]Bilangan pencapaian sekolah dalam aktiviti/program/pertandingan yang diiktiraf oleh KPM mengikut peringkat

PERINCIAN:
Tarikh : 7/7/2026
Masa : 7.00pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Permata Bestari Kolej DPAH Abdillah
Anjuran : Anjuran bersama oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Kolej DPAH Abdillah

PENGLIBATAN:
• Seorang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuching (En. Mohammad Irsyad Bin Norudin)
• 48 orang pelajar dan 24 orang guru pengiring daripada 24 buah sekolah di bawah PPD Kuching.
• 7 orang guru Panitia Bahasa Inggeris Kolej DPAH Abdillah.
• 5 orang guru jemputan yang bertindak sebagai pegawai teknikal dan hakim pertandingan.
• 15 orang pelajar yang bertugas membantu pelaksanaan pertandingan.

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

2. Meningkatkan kemahiran pengiraan mental dalam kalangan murid.

3. Memupuk semangat kerja berpasukan serta menggalakkan integrasi dalam kalangan murid.

4. Menyediakan platform pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

RUMUSAN PELAKSANAAN PROGRAM:
• Pendaftaran peserta dan guru pengiring dijalankan dari 7.00 pagi hingga 7.45 pagi.

• Taklimat pertandingan disampaikan kepada semua peserta dan guru pengiring bagi menerangkan peraturan, format pertandingan serta perkara-perkara berkaitan.

• Cabutan undi dijalankan untuk menentukan pasangan lawan bagi pusingan pertama.

• Pertandingan dijalankan secara enam (6) pusingan, iaitu:
o Pusingan 1 hingga Pusingan 4 pada sesi pagi.
o Pusingan 5 dan Pusingan 6 pada sesi petang.

• Setiap pusingan diperuntukkan tempoh 60 minit.

• Waktu rehat diadakan dari 12.15 tengah hari hingga 1.15 petang sebelum pertandingan disambung semula pada 1.30 petang.

• Selepas tamat semua pusingan, urus setia akan membuat semakan dan pengesahan keputusan serta menyediakan persiapan bagi majlis penutupan.

• Majlis penutupan diadakan dari 4.00 petang hingga 5.00 petang, yang merangkumi:
o Bacaan Doa
o Ucapan penutup.
o Penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai teknikal, hakim dan jawatankuasa yang terlibat.
o Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
o Sesi bergambar sebelum majlis bersurai.

IMPAK:
1. Murid dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris melalui pembentukan dan penggunaan perkataan yang pelbagai semasa pertandingan.

2. Murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan strategik dalam membuat keputusan serta merancang langkah terbaik sepanjang permainan.

3. Murid dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan integrasi melalui interaksi dengan peserta daripada pelbagai sekolah.

4. Murid dapat meningkatkan keyakinan diri dan daya saing melalui penyertaan dalam pertandingan yang mencabar kebolehan mereka.

5. Murid dapat mencungkil dan mengembangkan bakat dalam permainan Scrabble serta bersedia untuk menyertai pertandingan pada peringkat yang lebih tinggi.

TINDAK SUSUL:
• Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk mewakili daerah atau sekolah ke pertandingan Scrabble pada peringkat yang lebih tinggi.

• Mengadakan latihan dan sesi bimbingan secara berkala bagi meningkatkan penguasaan kosa kata, strategi permainan dan kemahiran berfikir murid.

• Mengadakan pertandingan Scrabble di peringkat sekolah secara berkala bagi memberi lebih ramai murid peluang menyertai pertandingan.
• Mendapatkan maklum balas daripada peserta, guru pengiring dan jawatankuasa bagi menambah baik penganjuran pertandingan pada masa hadapan.

• Memperluaskan kerjasama dengan sekolah-sekolah di bawah PPD Kuching bagi meningkatkan penyertaan dan kualiti pertandingan pada tahun berikutnya.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI SPM 2026 SIRI 1STANDARD 5: ASPEK 5.3 [5.3.1] Kehadiran MuridSTANDARD 3.1: ASPEK 3.1.1 [3...
13/07/2026

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI SPM 2026 SIRI 1

STANDARD 5: ASPEK 5.3 [5.3.1] Kehadiran Murid
STANDARD 3.1: ASPEK 3.1.1 [3.1.1.1] Pelaksanaan kurikulum
diurus secara sistematik dan terancang.
STANDARD 2: ASPEK 2.4 [2.4.1] Sumber pendidikan diurus secara
sistematik dan terancang.
STANDARD 3.1: ASPEK 3.1.1 [3.1.1.1] Pelaksanaan kurikulum
diurus secara sistematik dan terancang.

PERINCIAN
Tarikh 2/7/2026
Masa 2.00 P.M. – 4.00 P.M.
Tempat Dewan Kuliah Kolej DPAH Abdillah

PENGLIBATAN
Semua Murid Tingkatan 5D, 5E, 5R DAN 5S

OBJEKTIF
• Meningkatkan kefahaman murid tentang format dan kehendak soalan Biologi Kertas 2 SPM.
• Membimbing murid menguasai teknik menjawab soalan mengikut skema pemarkahan yang ditetapkan.

RUMUSAN
• Nyatakan rumusan pelaksanaan program Bengkel Teknik Menjawab Biologi Kertas 2 SPM telah mencapai objektif yang ditetapkan. Bengkel ini berjaya meningkatkan kefahaman, kemahiran dan keyakinan murid dalam menjawab soalan mengikut format peperiksaan yang sebenar. Diharapkan melalui latihan berterusan dan program susulan yang dirancang, prestasi murid dalam mata pelajaran Biologi SPM akan terus meningkat dan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.

IMPAK
1. Murid lebih memahami format peperiksaan dan kehendak setiap bahagian dalam Kertas 2.
2. Murid dapat mengaplikasikan teknik menjawab yang betul dan sistematik.
3. Peningkatan tahap keyakinan murid semasa menjawab soalan latihan dan peperiksaan.

Tindak susul
1. Melaksanakan latihan berfokus berdasarkan kelemahan yang dikenal pasti semasa bengkel.
2. Mengadakan sesi bimbingan secara berkala kepada murid sasaran.
3. Menjalankan latihan intensif serta perbincangan skema jawapan bagi soalan-soalan percubaan SPM.

SESI PEMBELAJARAN PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN PAPAN PINTAR (INTERACTIVE WHITEBOARD)STANDARD 3.1: ASPEK 3.1.2 [3.1.2.1] Pel...
12/07/2026

SESI PEMBELAJARAN PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN PAPAN PINTAR (INTERACTIVE WHITEBOARD)

STANDARD 3.1: ASPEK 3.1.2 [3.1.2.1] Pelaksanaan program diurus secara profesional dan terancang.
STANDARD 4: ASPEK 4.4 [4.4.1] Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang.

Perincian
Tarikh: 30 Jun 2026
Masa: 10.20 pagi – 11.20 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat
Anjuran: Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

Penglibatan
• Guru Penyelaras ICT
• Guru Mata Pelajaran

Objektif
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mengurus serta mengendalikan Interactive Whiteboard semasa PdP.
2. Memantapkan penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
Rumusan Sesi pembelajaran berlangsung selama satu jam dengan penglibatan aktif guru mata pelajaran. Peserta diberi penerangan mengenai pengurusan, penyediaan, fungsi utama serta tatacara penggunaan Interactive Whiteboard. Sesi turut disusuli dengan demonstrasi dan latihan amali bagi meningkatkan kemahiran guru menggunakan papan pintar dalam PdP.

Impak
1. Guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengendalian Interactive Whiteboard. Guru lebih yakin mengaplikasikan teknologi digital dalam PdP.
2. Penggunaan Interactive Whiteboard dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran. Guru dapat menghasilkan PdP yang lebih interaktif, kreatif dan berpusatkan murid.
3. Program menyokong pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) serta transformasi pendidikan digital di sekolah.

Tindak Susul
1. Mengadakan sesi latihan lanjutan berkaitan penggunaan aplikasi dan fungsi lanjutan Interactive Whiteboard.
2. Melaksanakan sesi perkongsian amalan terbaik dalam kalangan guru yang telah mengaplikasikan papan pintar dalam PdP.
3. Menjalankan pemantauan berkala bagi memastikan penggunaan Interactive Whiteboard dimanfaatkan secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Address

Jalan Siol Kandis
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KDPAH Abdillah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category