Perpustakaan Bandaraya DBKU

Perpustakaan Bandaraya DBKU Our DBKU City Library is one of the Public library in town.

14/05/2026

Sorotan sepanjang Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026

Debaran akhirnya terlerai! Selepas dua hari persaingan sengit yang dipenuhi dengan ketajaman hujah, pemikiran kritis dan...
14/05/2026

Debaran akhirnya terlerai!

Selepas dua hari persaingan sengit yang dipenuhi dengan ketajaman hujah, pemikiran kritis dan semangat berpasukan, Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang hari ini.

Pentas akhir menyaks*kan pertembungan hebat antara PPD Miri dan PPD Bintulu dalam usaha merebut gelaran juara.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang:

Johan - PPD Bintulu
Naib Johan - PPD Miri
Ketiga Bersama - PPD Meradong & PPD Sri Aman

Kehebatan para pendebat muda turut terserlah menerusi pengiktirafan Anugerah Khas Individu apabila Mohd Syafiq Akid bin Muhammad Christiadi (PPD Bintulu) dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Piala Datuk Bandar, manakala Mariana anak Margaret (PPD Bintulu) menerima anugerah Pendebat Terbaik Piala Generasi Madani.

Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada lima pendebat terbaik yang terpilih untuk mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan:

▪️Mariana anak Margaret (PPD Bintulu)
▪️Fariz Amierul bin Faizal (PPD Padawan)
▪️Muhammad Syafiq Akid bin Muhammad Christiadi (PPD Bintulu)
▪️Goldon B**g Soon F**k (PPD Limbang)
▪️Melvian Jengging anak Matu (PPD Bintulu)

Semoga para wakil yang terpilih terus melakar kecemerlangan, membawa semangat juang yang tinggi serta mengharumkan nama Sarawak di pentas kebangsaan nanti.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Hilmy bin Haji Othman, Datuk Bandar Kuching Utara.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berusaha Encik Ramzi bin Abdillah, Pengarah DBKU, Yang Berusaha Haji Zamzaitul Akmal Hisham bin Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Yang Berusaha Encik Jim anak Andrew Janggi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Sektor Pembangunan Murid serta Yang Berusaha Encik Rudzaimeir bin Malek, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen, disiplin serta semangat berpasukan yang dipamerkan sepanjang pertandingan. Semoga pertandingan ini terus menjadi platform melahirkan generasi pendebat yang berwibawa, berkeyakinan dan berdaya saing.



14/05/2026
14/05/2026

SIARAN LANGSUNG DARI AUDITORIUM DBKU BUKIT SIOL

14/05/2026

Siaran langsung dari Auditorium DBKU Bukit Siol

Persaingan semakin memuncak! 🔥Hari kedua Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Ta...
13/05/2026

Persaingan semakin memuncak! 🔥

Hari kedua Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 hari ini menyaks*kan pertembungan sengit di peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir melibatkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negeri.

Pusingan Suku Akhir menemukan:
📍 PPD Limbang 🆚 PPD Bintulu
📍 PPD Sibu 🆚 PPD Meradong
📍 PPD Sarikei 🆚 PPD Sri Aman
📍 PPD Miri 🆚 PPD Padawan

Setiap pasukan tampil dengan hujah yang mantap, strategi yang meyakinkan serta semangat berpasukan yang tinggi dalam usaha merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Persaingan diteruskan ke Separuh Akhir dengan penyertaan empat pasukan PPD terbaik iaitu Miri, Sri Aman, Meradong dan Bintulu.

Perlawanan Separuh Akhir:
📍 PPD Miri 🆚 PPD Sri Aman
📍 PPD Meradong 🆚 PPD Bintulu

Selepas melalui persaingan yang penuh debaran, dua pasukan berjaya melangkah ke pentas akhir, iaitu PPD Miri 🆚 PPD Bintulu.

Kedua-dua pasukan ini bakal berentap di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) esok bagi merebut gelaran juara Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026.

Tahniah kepada semua pasukan atas persembahan yang cemerlang dan selamat maju jaya kepada kedua-dua finalis! ✨



13/05/2026

Separuh Akhir Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 di SMK St Thomas

Hari pertama Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 berlangsung dengan ...
12/05/2026

Hari pertama Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 berlangsung dengan penuh semangat dan persaingan yang sengit hari ini! 🔥

Sebanyak tiga pusingan awal telah menyaks*kan pertembungan idea, ketajaman hujah serta pemikiran kritis daripada para pendebat muda dari seluruh pelosok negeri.

Setiap pasukan tampil dengan persembahan yang mantap dan semangat berpasukan yang membanggakan sepanjang pertandingan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, keyakinan dan usaha yang dipamerkan dalam setiap pusingan.

Esok, debaran bakal diteruskan dengan pusingan Suku Akhir dan Separuh Akhir. Pasukan manakah yang bakal mara dan merebut tempat ke pentas akhir?
Sama-sama kita nantikan!

Selamat maju jaya kepada semua pasukan! ✨



🎙️ Pentas perdebatan kini kembali membuka tirainya!Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri ...
11/05/2026

🎙️ Pentas perdebatan kini kembali membuka tirainya!

Pertandingan Debat Piala Datuk Bandar Kuching Utara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 secara rasminya dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat pertandingan yang berlangsung di SMK St. Thomas petang tadi.

Program anjuran Perpustakaan Bandaraya DBKU dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan SMK St Thomas ini menghimpunkan 18 pasukan yang mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dari seluruh Sarawak.

Semoga pertandingan ini menjadi medan terbaik untuk mengetengahkan bakat pelajar dalam pengucapan awam, pemikiran kritis dan semangat daya saing yang sihat. ✨



11/05/2026

Tauk s*k kitak, sepanjang bulan Mei merupakan Bulan Membaca DBKU. 📚🥰

Jadi, DBKU nak menyeru seluruh warga kota untuk bersama-sama membudayakan amalan membaca sebagai gaya hidup harian demi melahirkan masyarakat yang berilmu, berfikiran kritis serta berdaya saing.

Pelbagai program menarik turut diadakan oleh DBKU sepanjang Bulan Membaca tok antaranya Debat Perdana Piala Datuk Bandar, Jom Membaca Bersama DBKU, Majlis Pelancaran Bulan Membaca serta program Jom Membaca Bersama Pemimpin. 📖👍🏻

Membaca tok bukan sekadar menambah pengetahuan, malah membuka minda, menyemai inspirasi dan membentuk masa depan yang lebih gemilang.

Bermula dengan satu halaman, lahirlah seribu manfaat. 🌟

JUH sama-sama kita meluangkan masa membaca — di rumah, di sekolah, di tempat kerja mahupun di mana sahaja kita berada.

“Membaca Membina Bangsa” ❤️📚

New books - English Collection
08/05/2026

New books - English Collection

Address

Perpustakaan Bandaraya DBKU, Tingkat 4, Majma' Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jalan P. Ramlee
Kuching
93400

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Bandaraya DBKU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category