PERKEP PULAPOL Kuching

PERKEP PULAPOL Kuching Persatuan Keluarga Polis PULAPOL Kuching

🕊️ SALAM TAKZIAHSeluruh warga PERKEP PULAPOL Kuching merakamkan ucapan takziah kepada Puan Bendi Anak Ponen atas pemergi...
14/08/2026

🕊️ SALAM TAKZIAH

Seluruh warga PERKEP PULAPOL Kuching merakamkan ucapan takziah kepada Puan Bendi Anak Ponen atas pemergian mendiang ayahanda mertua tercinta.
Berikutan berita duka tersebut, satu lawatan kebajikan telah dibuat pada 12&13.8.2026 oleh ahli PERKEP PULAPOL Kuching yang turut disertai oleh YDH Puan DSP Norlaily binti Md Akhir (mewakili YBhg Pengerusi) bagi menziarahi, menyampaikan sumbangan kebajikan serta memberikan sokongan moral dalam menghadapi waktu sukar ini.
Semoga Puan Bendi dan YDH Tuan DSP Jefferson serta seluruh ahli keluarga mendiang diberikan ketabahan dan kekuatan atas kehilangan ini.




LDP Asas Penjagaan dan Penyelenggaraan Kenderaan đźš—Biro Pendidikan PERKEP PULAPOL Kuching dengan kerjasama Pengajian Mema...
24/07/2026

LDP Asas Penjagaan dan Penyelenggaraan Kenderaan đźš—

Biro Pendidikan PERKEP PULAPOL Kuching dengan kerjasama Pengajian Memandu PULAPOL Kuching telah berjaya menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Asas Penjagaan dan Penyelenggaraan Kenderaan yang disertai oleh 23 orang AJK dan ahli PERKEP.

Sepanjang latihan, para peserta didedahkan dengan pengetahuan teori serta latihan amali berkaitan penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan, termasuk pemeriksaan menggunakan senarai semak, pengenalan komponen utama kenderaan, teknik penyelenggaraan asas, amalan pemanduan selamat, jenis-jenis tayar serta demonstrasi membuka dan memasang tayar dengan kaedah yang betul.

Program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, malah memberi keyakinan dalam mengendalikan situasi asas berkaitan penyelenggaraan kenderaan demi memastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan ketika berada di jalan raya.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan menjadi nilai tambah kepada semua peserta.


04/07/2026

Sorotan penuh Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat PERKEP PULAPOL Kuching Tahun 2026—sebuah majlis yang menyatukan doa, kasih sayang dan ingatan buat Allahyarhamah. Al-Fatihah

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PERKEP PULAPOL KUCHING 2026Alhamdulillah, pada 3 Julai 2026 (Jumaat) telah b...
04/07/2026

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PERKEP PULAPOL KUCHING 2026

Alhamdulillah, pada 3 Julai 2026 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat PERKEP PULAPOL Kuching yang dihadiri oleh YBhg Puan Jennana Lynn Johnson, Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuching, YDH DSP Norlaily Binti Md Akhir, Setiausaha PERKEP, AJK dan ahli-ahli PERKEP, serta waris keluarga Allahyarhamah.

Selain pengisian bacaan Yasin, tahlil dan doa yang dipimpin oleh Ustazah Jayah Binti Mohdar, majlis turut diisi dengan penyampaian sumbangan khairat kematian kepada waris Allahyarhamah. Dalam kesempatan yang sama, Sijil Lantikan AJK PERKEP PULAPOL Kuching turut disampaikan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta seluruh warga PERKEP yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Kehadiran dan bantuan daripada ahli pelbagai latar belakang, termasuk rakan-rakan yang bukan beragama Islam, amat dihargai dan ianya menggambarkan nilai sebenar PERKEP— ukhuwah, kasih sayang dan saling menyokong tanpa mengira latar belakang.

Semoga Allahyarhamah Sjn Cenana Binti Medhi dan Puan Nursuhada Rinteh Binti Abdullah @ Moh Anak Rinteh dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilapangkan kubur serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah.

PENGLIBATAN PERKEP DALAM MAJLIS BACAAN DOA AKHIR / AWAL TAHUN SEMPENA MAAL HIJRAH 1448HPERKEP PULAPOL Kuching turut hadi...
18/06/2026

PENGLIBATAN PERKEP DALAM MAJLIS BACAAN DOA AKHIR / AWAL TAHUN SEMPENA MAAL HIJRAH 1448H

PERKEP PULAPOL Kuching turut hadir dan bersama-sama memeriahkan Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Sempena Maal Hijrah 1448H yang telah berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, PULAPOL Kuching pada 16 Jun 2026. Kehadiran YBhg. Puan Jennana Lynn Johnson, Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuching bersama ahli-ahli PERKEP mencerminkan sokongan berterusan terhadap program-program keagamaan dan pengukuhan nilai-nilai kerohanian dalam kalangan warga PULAPOL Kuching.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah PULAPOL Kuching serta Unit Agama BAKA CIPS PULAPOL Kuching atas penganjuran program yang amat bermanfaat ini. Program sebegini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah, malah menjadi wadah memperkukuhkan penghayatan nilai hijrah serta meningkatkan kesedaran ke arah perubahan yang lebih baik dalam kehidupan.

Dengan hati pilu dan penuh rasa dukacita, YBhg Pengerusi dan seluruh warga PERKEP PULAPOL Kuching merakamkan ucapan takz...
06/06/2026

Dengan hati pilu dan penuh rasa dukacita, YBhg Pengerusi dan seluruh warga PERKEP PULAPOL Kuching merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah atas pemergian insan yang amat dikasihi.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat PERKEP PULAPOL Kuching. Allahyarhamah bukan sahaja seorang AJK yang banyak berjasa kepada persatuan, malah seorang sahabat yang sentiasa dekat di hati dan dianggap sebagai keluarga. Keperibadian beliau yang baik, sikap yang sentiasa membantu serta kemesraan yang tidak pernah berbelah bahagi menjadikan beliau disenangi dan disayangi oleh semua yang mengenalinya.

Walaupun jasadnya telah pergi, segala jasa, pengorbanan dan kenangan bersama beliau akan terus terpahat dalam ingatan. Kehilangan ini amat dirasai dan akan sentiasa meninggalkan ruang yang tidak mudah diisi. Semoga segala jasa dan kebaikan yang telah dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan serta mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini. Didoakan agar diampunkan segala dosanya, dilapangkan kuburnya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

'Kursus Asas Saudara Kita' telah dilaksanakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Dewan PGA, Kompleks Latihan BLT, PULAPOL Kuc...
19/05/2026

'Kursus Asas Saudara Kita' telah dilaksanakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Dewan PGA, Kompleks Latihan BLT, PULAPOL Kuching hasil kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PULAPOL Kuching, Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah serta Biro Agama PERKEP PULAPOL Kuching.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan asas berkaitan akidah, ibadah dan pengurusan kehidupan Muslim kepada peserta saudara kita melalui pendekatan ceramah, pengajian asas Al-Quran serta sesi praktikal ibadah seperti wuduk dan solat. Pengisian program telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), iaitu Ustaz Amir Redhzuan bin Abdullah dan Ustaz Yakub bin Abdullah.

Seramai 23 peserta yang terdiri daripada Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan ahli PERKEP telah menghadiri program ini. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Setinggi penghargaan kepada Biro Agama PERKEP PULAPOL Kuching kerana telah membuka peluang kepada ahli PERKEP PULAPOL Kuching untuk turut sama menimba ilmu melalui program ini.

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP PULAPOL KUCHINGSatu lawatan telah dibuat  bagi menyantuni Puan Sarimah binti Salim (AJK Biro Sa...
19/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP PULAPOL KUCHING

Satu lawatan telah dibuat bagi menyantuni Puan Sarimah binti Salim (AJK Biro Sains Rumahtangga PERKEP PULAPOL Kuching) yang telah kehilangan ayahanda tercinta pada malam tadi. Lawatan yang mewakili YBhg Pengerusi dan seluruh warga PERKEP PULAPOL Kuching tersebut telah dibuat pada 19.05.2026 jam 2 petang bagi menzahirkan rasa dukacita serta memberikan sokongan moral kepada Puan Sarimah dan seluruh keluarganya.

Lawatan yang diketuai oleh Setiausaha PERKEP, YDH DSP Norlaily binti Md Akhir bersama AJK dan ahli PERKEP ini turut disertai dengan penyampaian sumbangan ikhlas sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan warga PERKEP. Setinggi penghargaan kepada Biro Kebajikan PERKEP PULAPOL Kuching atas usaha menyelaraskan lawatan ini.

Semoga Puan Sarimah dan keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan. Al-Fatihah.

Address

Jalan Puncak Borneo
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6082611326

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKEP PULAPOL Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share