19/10/2024
18 Oktober 2024, Jumaat - Kelab Berkat Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Kuching telah menganjurkan "Bowling Tournament" bersempena dengan Hari Sukan Negara 2024 yang bertempat di Megalanes, Emart Batu Kawa.
Aktiviti berlangsung meriah dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai untuk para pemenang yang juga telah menampilkan pemain wanita dan lelaki terbaik untuk acara pada tahun yang telah dirangkul oleh Puan Julia Jemat dan Ustaz Tarmizee.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Nadia Hazmi selaku Pengerusi Kelab Berkat yang juga merupakan penganjur bagi tournament kali ini.
Semoga keharmonian sesama kakitangan PUSPEN Kuching bertambah erat dengan semangat perpaduan yang membara. 🐦🔥💪🏼