Wanita PDP Pusat

Wanita PDP Pusat WANITA PDP PUSAT OFFICIAL PAGE .

04/08/2026
Syabas dan Tahniah!!..PENUBUHAN WANITA PDP Cawangan Brayang di bawah N. 39 KRIANPADA 02. 08.226, 1:04 pm:Wanita PDP Cawa...
04/08/2026

Syabas dan Tahniah!!..

PENUBUHAN WANITA PDP Cawangan Brayang di bawah N. 39 KRIAN

PADA 02. 08.226, 1:04 pm:

Wanita PDP Cawangan Brayang
Penasihat: Pn Dius anak kusam
Elected committee
1.Pengerusi : Pn Rena Yii
2.Timb. Pengerusi Pn Dara@Kanie ak Ampan
3. Setiausaha :Pn Arcy ak Sli
4. Pen. Setiausaha : Pn Christina Enduyan Ak Unjie
5. Bendahari : Pn Easter ak Enseriban
6.Pen.Bendahari :Pn Timus ak Kusam
Ahli Jawatankuasa :
1.Ara Jenna ak Munsa
2.Ulan ak Empajang
3.Belanun ak Randong
4.Sapiah ak Sandai
5.Sella ak Nyambang

Ini membuktikan Wanita N. 39 Krian siap siaga menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Laporan disediakan oleh:
Hellen Anak Anbi
Ketua Penerangan
Exco Wanita PDP Nasional

LAPORAN PROGRAM HARI MALAYSIA 2026Pertandingan Mewarna Hari Malaysia & Jom Pakai Busana Sarawak – Warisan Lestari daripa...
27/07/2026

LAPORAN PROGRAM HARI MALAYSIA 2026
Pertandingan Mewarna Hari Malaysia & Jom Pakai Busana Sarawak – Warisan Lestari daripada Bahan Kitar Semula
Anjuran dari Wanita PDP central region sibu bersama JKKK batu 15-25 jalan Oya Sibu

Tarikh: 25 Julai 2026
Masa: Bermula 8.30pagi
Tempat: Permai Lake Garden, Sibu

Program Hari Malaysia 2026 yang merangkumi Pertandingan Mewarna Hari Malaysia dan Jom Pakai Busana Sarawak – Warisan Lestari daripada Bahan Kitar Semula telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bermula jam 7.00 pagi di Permai Lake Garden, Sibu.

Program dimulakan dengan sesi Senaman Zumba, diikuti pendaftaran peserta serta pembukaan kaunter pameran dan perkhidmatan. Pada jam 8.00 pagi, pertandingan mewarna dan pertandingan busana Sarawak daripada bahan kitar semula telah bermula dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada kanak-kanak serta sokongan ibu bapa.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran PS Encik Joshua Ting Fu Ying (wakil Presiden Parti PDP )sebagai Tetamu Kehormat (GOH) dan Encik Mike Yong ( wakil Ketua Pemuda Nasional PDP) ,yang turut melawat booth pameran, menyampaikan ucapan perasmian serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh semangat patriotik. Para peserta mempamerkan kreativiti yang tinggi melalui hasil karya mewarna dan rekaan busana Sarawak yang dihasilkan daripada bahan kitar semula. Program diakhiri dengan sesi fotografi dan ramah mesra bersama para tetamu, peserta, ibu bapa serta jawatankuasa penganjur.

Penganjuran program ini telah berjaya mencapai objektif dalam memupuk semangat cintakan negara, menghargai warisan budaya Sarawak, menggalakkan kreativiti kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap amalan sekitar.

LAPORAN KEJADIAN RIBUT DI SIBU JAYATarikh: 18 Julai 2026Masa: 3.00 PetangLokasi: Sibu JayaPada hari ini, sekitar jam 3.0...
19/07/2026

LAPORAN KEJADIAN RIBUT DI SIBU JAYA

Tarikh: 18 Julai 2026
Masa: 3.00 Petang
Lokasi: Sibu Jaya

Pada hari ini, sekitar jam 3.00 petang, kawasan Sibu Jaya telah dilanda hujan lebat berserta ribut yang sangat kuat, mengakibatkan kerosakan di beberapa kawasan perumahan, lorong-lorong serta premis perniagaan.

Ribut yang melanda telah menyebabkan atap rumah-rumah di lorong , rumah panjang ,rumah asap ,kedai-kedai di Sibu Jaya diterbangkan angin, manakala beberapa struktur bangunan mengalami kerosakan. Selain itu, pokok-pokok besar di tepi jalan turut tumbang, sekali gus menghalang laluan dan menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Ramai penduduk mengalami kerugian apabila pelbagai barangan elektrik dan perabot rumah rosak, antaranya penyaman udara (aircond), televisyen, peti sejuk, sofa, microwave serta peralatan rumah yang lain.

Bagi membantu mangsa yang terjejas, pasukan Wanita PDP Central Region dan Pemuda Sibu Jaya serta PDP Sibu rescue team telah turun padang meninjau kawasan yang terlibat serta menyampaikan bantuan awal kepada penduduk yang memerlukan. Kehadiran pasukan ini diharap dapat meringankan beban mangsa serta memberi semangat kepada mereka yang sedang berdepan dengan musibah.

Semoga semua mangsa yang terjejas diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Diharapkan juga segala urusan pembersihan, pemulihan dan penyaluran bantuan dapat dipermudahkan.

Laporan disediakan oleh:
Mdm Law Pick Yung
Organizing Secretary, EXCO Wanita
Ketua Cawangan Sibu Jaya

17/07/2026
Pada 17/7/26(Jumaat)Kebakaran di Rh. Jangi Ak Jambai, Jalan Ulu Sebauh- Bantuan bakul makanan dan wang tunai telah diser...
17/07/2026

Pada 17/7/26(Jumaat)
Kebakaran di Rh. Jangi Ak Jambai, Jalan Ulu Sebauh- Bantuan bakul makanan dan wang tunai telah diserahkan kepada mangsa kebakaran 3 pintu. Bantuan tersebut daripada YB Dato Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen P217 Bintulu dan telah diserahkan oleh wakil daripada pejabat Ahli Parlimen P.217 iaitu En. Banyang Ak Dato, Ketua bahagian N.67 Jepak dan En. Saging Ak Layang, Pegawai Khas kepada YB Dato Seri Tiong King Sing.

Terdahulu, En. Saging bersama beberapa orang Pemuda PDP telah membuat tinjauan ke tempat kejadian untuk mengenalpasti kerosakkan dan keperluan mangsa kebakaran.

Syabas!!! Team PDP Bintulu.. Sentiasa komited dan prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Sekian..

Laporan daripada:
Puan Hellen Anbi
Ketua Penerangan Exco Wanita Negeri

LAPORAN KEHADIRAN PROGRAMTarikh: 12 Julai 2026 (Sabtu)Masa: 3.30 petangTempat: Dataran Sibu Fasa 1, SibuAhli- ahli wanit...
12/07/2026

LAPORAN KEHADIRAN PROGRAM

Tarikh: 12 Julai 2026 (Sabtu)
Masa: 3.30 petang
Tempat: Dataran Sibu Fasa 1, Sibu

Ahli- ahli wanita central region telah menghadiri Penutupan Program Sarawakku Sayang yang berlangsung di Dataran Sibu Fasa 1 bersama Presiden kita.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat dan pemimpin-pemimpin negeri. Antara pengisian program ialah ucapan penangguhan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P217 Bintulu dan ADUN N.52 Dudong.

Kehadiran dalam program ini mencerminkan komitmen Wanita Central Region dalam menyokong program-program kerajaan serta mengukuhkan semangat perpaduan, kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Disediakan oleh:
Mdm Law Pick Yung
Organizing Secretary, EXCO Wanita
Ketua Cawangan Sibu Jaya

LAPORAN KEHADIRAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)Masa: 10pagi (masa semasa)Tempat: Dataran Si...
11/07/2026

LAPORAN KEHADIRAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026

Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
Masa: 10pagi (masa semasa)
Tempat: Dataran Sibu Fasa 1

Hari ini, wanita central region telah menghadiri Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang bersama Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg, Premier Sarawak.

Kehadiran Wanita Central Region Bahagian Sibu bagi menunjukkan sokongan padu terhadap usaha kerajaan dalam memperkukuhkan perpaduan, pembangunan serta kesejahteraan rakyat Sarawak.

Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri oleh ribuan peserta daripada pelbagai kaum, pertubuhan serta wakil masyarakat dari seluruh Sarawak. Dalam ucapan perasmiannya, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak telah menyampaikan pelbagai amanat penting berkaitan hala tuju pembangunan negeri, kemajuan ekonomi serta usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Program ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, di samping memupuk semangat “Sarawakku Sayang” dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuhkan perpaduan, semangat kekitaan dan kemakmuran negeri Sarawak.

Disediakan oleh:
Mdm Law Pick Yung
Organizing Secretary, EXCO Wanita
Ketua Cawangan Sibu Jaya

Just an update from Kuching. 7/7/26Cr Stefanie & Cr Mary Darot attended an event hosted  by JKWS, GOH YB Dato Sri Hajjah...
09/07/2026

Just an update from Kuching.
7/7/26
Cr Stefanie & Cr Mary Darot attended an event hosted by JKWS, GOH YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah.
Event title : Majlis Perasmian Buku Wanita Sarawak 2026 ( Sarawak Women In Digital Economy ).
The gist of the event was an example of inspiration to all ladies on the achievement / benchmark potrayed by the 23 personalities written in the book. An awesome & beneficial session.

*LAPORAN MESYUARAT PERANCANGAN AKTIVITI WANITA PDP ZON TENGAH SIBU*Wanita PDP Zon Tengah Sibu yang merangkumi DUN N51 Bu...
06/07/2026

*LAPORAN MESYUARAT PERANCANGAN AKTIVITI WANITA PDP ZON TENGAH SIBU*

Wanita PDP Zon Tengah Sibu yang merangkumi DUN N51 Bukit Assek (Cawangan Nanga Salim), N52 Dudong (Cawangan Sibu Jaya), N54 Pelawan dan N55 Nangka telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan serta merangka pelan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada bulan Julai 2026.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan program, memperkukuhkan kerjasama antara semua bahagian dan cawangan, serta memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan pelaksanaan program kebajikan, aktiviti kemasyarakatan, program pengukuhan organisasi serta penglibatan ahli dalam program-program yang akan dianjurkan pada bulan Julai. Setiap bahagian dan cawangan turut diberi peluang untuk mengemukakan cadangan serta berkongsi pandangan bagi memastikan pelaksanaan program memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Mesyuarat berakhir dengan persetujuan untuk memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang. Diharapkan segala perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi impak positif kepada masyarakat, di samping memperkukuhkan perpaduan dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli Wanita PDP Zon Tengah Sibu.

Laporan disediakan oleh:
Evonne Yong
Setiausaha Wanita PDP Nasional

Address

Lot 158/159/160 Jalan Badruddin
Kuching
93400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita PDP Pusat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita PDP Pusat:

Shortcuts

Share