Friends of JKR Sarawak

Friends of JKR Sarawak This is NOT the Official JKR Sarawak page. This page only provide the additional information regarding JKR Sarawak and others relevant news/info. TQ.

31/05/2019

31.05.2019
1330 hrs
Sebuyau Ferry Point

01/02/2019

SARAWAK bakal memiliki dua jambatan sungai terpanjang di Malaysia, masing-masing Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Batang Paloh, tidak lama lagi.

31/01/2019

31 Januari 2019

Perhimpunan Tahunan JKR Sarawak 2019 telah disempurnakan oleh Datu Ir. Haji Zuraimi Bin Haji Sabki, Pengarah Kerja Raya Sarawak yang telah berlangsung di pekarangan pejabat JKR Bahagian Kuching pagi tadi.

Bertemakan Integriti Asas Kecemerlangan Jabatan, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar integriti oleh Ir. Awang Mohd. Fadillah Bin Awang Redzuan, Penolong Pengarah (Aset Jalan & Kejuruteraan Sivil) dan ucapan oleh Datu Ir. Haji Zuraimi Bin Haji Sabki, Pengarah Kerja Raya Sarawak.

Keunikannya perhimpunan kali ini disertai dan ditonton oleh seluruh pejabat JKR Bahagian dari Kuching hingga ke Limbang secara langsung melalui ‘FB Live’ dalam menyahut seruan Kerajaan Negeri Sarawak, YAB Ketua Menteri Sarawak dalam merealisasikan Transformasi Digital di kalangan warga JKR Sarawak.

06/11/2018
27/10/2017

26 Oktober 2017- Perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Semula Jambatan Gantung Satok ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Komplek Kubah Ria, Kuching semalam.
Projek pembangunan semula jambatan tersebut merupakan salah satu projek di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur Dan Pengangkutan Sarawak yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya manakala Syarikat Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor pelaksana projek. Jambatan Gantung Satok yang bernilai RM8.05 juta ini telah dibina pada September lepas dan akan siap sepenuhnya pada penghujung September 2018. Jambatan gantung baharu sepanjang 213 meter dan lebar 3 meter direka mengikut piawaian ‘British Standard’ (BS) merangkumi menara dan blok utama untuk memegang kabel penggantungan.
Manakala tinggi dek jambatan 6 meter turut disertakan dengan tangga dan tanjakan pada kedua-dua hujungnya. Semua bahan keluli yang digunakan adalah kalis hakisan dan karat.
Dengan pembinaan semula jambatan gantung berkenaan akan memberi munafaat dan memudahkan pejalan kaki selain daripada menarik ramai pelancong untuk menyeberangi sungai daripada kawasan Satok ke Pasar baharu Medan Niaga Satok.
Turut hadir, YBhg. Datu Ir. Haji Zuraimi Bin Haji Sabki, Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Vincent Tang, (Head of Projects), En. Richard Tajan, Penolong Pengarah (Cawangan Bridge and Wharve) dan pegawai-pegawai serta kakitangan dari ibu pejabat JKR Sarawak.

27/10/2017

The 2nd Safety & Health Forum 2017 organized by JKR Sarawak on 24-25 October 2017 at Imperial Hotel, Kuching.
In with theme of the forum “THINK SAFETY, WORK SAFELY”, JKR Sarawak is committed to identify, devise and promote activities to improve industry health and safety standards.
Its main objectives are to provide a convergence point for sharing of information & knowledge, identify solutions and stimulate action across the industry to ensure the health, safety and well-being of those working in the industry and those affected by its activities. It works by consensus and partnership, promoting good practice, sharing ideas and solutions.
The objective of this forum is to call together all occupational safety and health to discuss current developments as well as share best industry practices in safety and health. This event aims to facilitate the enhancement of OSH in our respective workplaces by inviting distinguished resource persons from both the government and private sector to tackle and discuss the latest updates and innovations in the field of occupational safety and health.
The 2nd Safety & Health Forum 2017 was officiated by YB Datuk Julaihi Narawi, Assistant Minister of Coastal Road. He also accompanied YBhg. Datu Ir. Haji Zuraimi Bin Haji Sabki, Director of Works of Sarawak to convey the Awards of Pengarah Kerja Raya Sarawak to those who have been selected for the 2016 on Best Health, Safety & Environment. Anugerah Pengarah Kerja Raya Sarawak for Project HSE Best Practises was inaugurated during JKR Sarawak Safety Forum 2015 on October 2015, with the aspiration to recognize construction industry key players, promoting quality and innovation, to emphasize effective management practice an also to elevate safety and Health practices.
Among the programs held were the launch of the OSH Manual & Safety Tagline of the Sarawak Public Works Department. On the second day, the program started with a dialogue session with YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, Chairman of the National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH) with six invited experts speakers from NIOSH, CIDB, Shell, Lebuh Raya Borneo Utara and Principal Consultant, risk at workplaces pty ltd.t.

26/10/2017

KUCHING: Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye sebentar tadi menegaskan, sudah tiba masanya untuk kontraktor yang ingin membida sebarang kontrak pembinaan menyediakan kenyataan dasar berkaitan keselamatan, melaksanakan prinsip 'HIRARC' dan juga me...

26/10/2017

KUCHING: The Public Works Department (JKR) has been told to stringently enforce Health, Safety and Environment (HSE) rules and regulations in view...

JKR Sarawak 2nd Safety Forum 2017.
25/10/2017

JKR Sarawak 2nd Safety Forum 2017.

25/09/2017

Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 3 Tahun 2017
Masa: 21.9.2017
Tempat: JKR Bahagian Sibu

Sekitar Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 3 Tahun 2017 serta Kunjungan YBhg. Datu Ir. Hj. Zuraimi B. Hj. Sabki, Pengarah Kerja Raya Sarawak ke Pejabat Wilayah Tengah, Sibu sambil diiringi oleh En. Cassidy Moris, Pengurus Wilayah Tengah, JKR Sarawak.
Turut hadir bersama dalam meyuarat MBJ, Tuan Hj. Junaidi B. Sahadan, Timbalan Pengarah (Pengurusan Asset & CIO), En. John Wong Kee Sing, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Korporat), En. Awg. Mohd. Fadillah B. Awg. Redzuan, Jurutera Bahagian Kuching, En. Bryan Beta Wong, Jurutera Bahagian Sibu, En. Itin Langit@ Abdul Malik Abdullah, Penolong Pengarah (Komunikasi Korporat), En. Meehan Ak. Jorai, Jurutera Bahagian Betong merangkap Timbalan Pengerusi MBJ 2017 dan Pengerusi Ahli MBJ serta Ahli Pihak Pekerja, JKR Sarawak.

22/09/2017

Malam Penghargaan Warga JKR Sarawak (Zon Wilayah Tengah)
Sempena Majlis Bersama Jabatan yang ke-3 Tahun 2017, Malam Penghargaan Warga JKR Zon Wilayah Tengah turut diadakan bagi meraikan semua pegawai dan kakitangan di Zon Tengah termasuk JKR Bahagian Mukah, Bahagian Sibu, Bahagian Sarikei, Bahagian Kapit dan Bahagian Betong. Seramai 58 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 51 orang pesara dan bakal pesara menerima cenderahati daripada jabatan sebagai tanda penghargaan.
Majlis makan malam anjuran bersama Pejabat Wilayah Tengah dan JKR Bahagian Sibu yang telah dilangsungkan di Hotel Kingwood Sibu dengan Tema Sukan telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Datu Ir. Haji Zuraimi Bin Haji Sabki, Pengarah Kerja Raya Sarawak serta pengurusan tertinggi JKR Sarawak dan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat.
Encik Cassidy Morris, Pengurus Pejabat Wilayah Tengah selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa pengelola majlis semasa memberi kata alu-aluan beliau telah menyatakan rasa kesyukuran dan gembira kerana diberi peluang untuk mengadakan program tersebut bagi memberi penghargaan dan mengenang jasa dan usaha yang telah disumbangkan oleh semua pegawai dan kakitangan JKR
Sarawak disamping merapatkan hubungan silaturahim di antara warga JKR Sarawak khususnya dikalangan pegawai dan kakitangan JKR Sarawak di Zon Tengah.
Di dalam ucapan Pengarah Kerja Raya Sarawak, YBhg. Datu Ir. Haji Zuraimi bin Haji Sabki semasa majlis tersebut, beliau juga menyentuh mengenai kerjaya sebagai penjawat awam pada masa kini. Dimana banyak cabaran yang perlu ditangani dan usaha yang perlu dilakukan di dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Beliau juga menekan 6 nilai dalam Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu professional, integrity, baik hati dan prihatin, sikap kesegeraan dan semangat sepunya, semangat berpasukan dan berorientasikan hasil amat penting bagi menggambarkan imej jabatan. Selain daripada itu, beliau juga menyatakan sebagai jabatan yang menerajui pelaksanaan projek di negeri Sarawak, pegawai dan kakitangan JKR Sarawak perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran yang tinggi di mana komitmen dan tanggunjawab penuh daripada semua warga JKR Sarawak sangat diperlukan bagi memastikan setiap perkara yang dilaksakan akan berjaya dan memberi manfaat yang besar kepada rakyat dan negeri Sarawak. Disamping itu, beliau juga memberi penghargaan di atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh pesara dan bakal pesara sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di JKR Sarawak. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan syabas kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi zon tengah kerana telah menunjukkan prestasi yang baik dan diharapkan semoga pemberian APC tersebut akan menjadi pemangkin kepada warga JKR agar bekerja dengan lebih tekun dan berdedikasi pada masa akan datang dalam menjalankan tugasan mereka.
Program turut dimeriahkan lagi dengan acara simbolik membaling dart, persembahan daripada setiap bahagian dan juga pemotongan kek pulut kuning bagi meraikan penerimaan Anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak yang membawa gelaran ‘Datu’ sempena Hari Jadi TYT ke-81.

Address

Wisma Saberkas, Jalan Tun Abg Hj Openg
Kuching
93582

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends of JKR Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share