Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak

  • Home
  • Malaysia
  • Kuching
  • Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak

Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak Saluran komunikasi rasmi YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak. Dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Hari Kebangsaan mengingatkan kita bahawa kedaulatan & keamanan yang kita ke...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
Hari Kebangsaan mengingatkan kita bahawa kedaulatan & keamanan yang kita kecapi hari ini harus terus dipelihara dan dipertahankan bersama.

Kemerdekaan telah memberi kita satu nikmat yang amat berharga iaitu peluang untuk berkhidmat dan berbakti dalam suasana aman, stabil dan harmoni. Keamanan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perpaduan masyarakat kita di Sarawak yang sentiasa saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Nikmat ini juga datang bersama dengan tanggungjawab.
Justeru, warga Perkhidmatan Awam Sarawak harus terus kekal tekad melaksanakan amanah dengan menyampaikan perkhidmatan yang telus, cekap dan berintegriti bagi memastikan segala dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada rakyat.

Marilah kita terus bergerak dalam satu pasukan, bersatu hati dan bergerak seiring memberi khidmat bakti yang terbaik. Apa jua peranan yang kita galas, setiap usaha pastinya membawa makna yang besar kepada kemajuan dan kesejahteraan Sarawak.
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 Malaysia!

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya yang menerangi kehidupan sel...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026

Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya yang menerangi kehidupan seluruh umat manusia. Justeru, kepada seluruh umat Islam di Sarawak, khususnya warga Perkhidmatan Awam Sarawak, marilah kita menjadikan sambutan tahun ini sebagai titik tolak untuk terus menghayati sirah, akhlak dan kepimpinan Baginda Rasulullah SAW.

Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama dan budaya dengan menyemai nilai kasih sayang, ihsan, keadilan serta sikap saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat.

Sehubungan dengan keadaan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini, saya ingin menyeru semua pihak agar sentiasa menjaga kesihatan, mengehadkan aktiviti di luar sekiranya perlu serta mematuhi nasihat dan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Semoga kita semua terus dikurniakan kesihatan dan berharap keadaan jerebu ini segera berakhir.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.





📍 17 AUGUST 2026 | SCS LEADERS – ADVANCED PROGRAMMEAs Sarawak moves towards 2030, we need leaders who are ready to take ...
17/08/2026

📍 17 AUGUST 2026 | SCS LEADERS – ADVANCED PROGRAMME

As Sarawak moves towards 2030, we need leaders who are ready to take on greater responsibilities, make sound decisions and lead with integrity.

This morning, I had the opportunity to be with 33 State civil servants, comprising Heads of Departments, Residents and senior leaders of the Sarawak Civil Service, who are attending the Programme Development for State Civil Service (SCS) Leaders – Advanced.

The programme is organised by the Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE), with the expertise of the Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM).

In my opening speech, I reminded them (the participants) that leadership is not defined by position alone. It requires competence, sound judgement, courage and integrity.

Today, they may be serving in different roles across the Sarawak Civil Service. But who knows where their leadership journey may take them in the future?

Some may go on to lead major departments, manage strategic investments and projects, or serve on the boards of Sarawak’s SOEs and other strategic organisations.

That is why we must identify, develop and groom our future leaders early, so that they are fully prepared, both mentally and physically, and to step up and lead when the time comes.

To all Heads of Departments, Residents and senior officers, make full use of this opportunity. Ask the hard questions. Challenge the norms. Be bold and most importantly, be present, engage fully and enjoy the learning experience.

I believe this programme will further strengthen your capabilities in boardroom decision-making, corporate finance, crisis management, reputation management, integrity and public confidence.

I wish all participants a productive and enriching three days ahead.

14/08/2026




📍12 OGOS 2026 | HARI INTEGRITI SARAWAK 2026 (HIS 2026)Amanat YAB Premier Sarawak pagi tadi sangat ‘deep’. Mesej beliau c...
12/08/2026

📍12 OGOS 2026 | HARI INTEGRITI SARAWAK 2026 (HIS 2026)

Amanat YAB Premier Sarawak pagi tadi sangat ‘deep’.
Mesej beliau cukup jelas: integriti TIDAK BOLEH sekadar menjadi slogan. Ia mesti diterjemahkan dalam cara kerja kita.

Turut berkongsi pandangan dan memberi suntikan semangat ialah YBhg. Ketua Setiausaha Negara.

Integriti sebenarnya bermula daripada perkara-perkara kecil yang kita buat walaupun ketika tiada sesiapa yang melihat.

Rakan-rakan SCS setuju tak? Pada pandangan anda, apakah cabaran terbesar untuk kita kekalkan integriti di tempat kerja hari ini? 👇💬

Integriti Teras Kemakmuran Sarawak. 🛡️✨

11 OGOS 2026 | PINTAR 2026. Hari ini saya menyempurnakan Majlis Penangguhan Persidangan Pemantapan Integriti, Tatakelola...
11/08/2026

11 OGOS 2026 | PINTAR 2026.

Hari ini saya menyempurnakan Majlis Penangguhan Persidangan Pemantapan Integriti, Tatakelola dan Antirasuah (PINTAR) Negeri Sarawak 2026 di Borneo Convention Centre Kuching.

Melihat kehadiran dan semangat rakan-rakan penjawat awam Persekutuan dan Sarawak benar-benar membuatkan saya teruja. Ini menunjukkan bahawa usaha memperkukuh integriti dan tatakelola merupakan agenda bersama yang perlu kita jayakan secara kolektif.

Semasa persidangan petang tadi, sebanyak enam resolusi telah dibentangkan.

Saya berharap ketua-ketua jabatan akan mengambil peluang ini untuk membuat penambahbaikan di organisasi masing-masing. Kita mesti walk the talk.

PINTAR 2026 merupakan inisiatif strategik Kerajaan Sarawak dalam memperkasa integriti dan tatakelola organisasi Perkhidmatan Awam Sarawak.

Syabas dan tahniah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) kerana berjaya menganjurkan Persidangan PINTAR 2026 yang diadakan buat julung kalinya.

Terima kasih juga kepada semua penceramah, para pembentang kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu, pandangan dan pengalaman dengan rakan-rakan penjawat awam di Sarawak.

Harapan saya, semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dan seterusnya memperkukuh budaya integriti dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.




10 OGOS 2026 | MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PEJABAT WILAYAH SARAWAK, TYT DUTA BESAR HENDY ASSAN. Saya berbesar hat...
10/08/2026

10 OGOS 2026 | MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PEJABAT WILAYAH SARAWAK, TYT DUTA BESAR HENDY ASSAN.

Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Duta Hendy Assan, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak hari ini.

TYT Duta Hendy merupakan Pengarah baharu Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri sejak 23 Julai 2026, menggantikan PYT Duta Besar Dato’ Fenny Nuli. Sebelum kembali berkhidmat di Sarawak, beliau merupakan Duta Besar Malaysia ke Holy See, Vatican City.

Berpengalaman luas dan pernah berkhidmat di pelbagai negara termasuk Senegal, Itali, China, Jepun, dan Uzbekistan, saya percaya pengalaman serta jaringan antarabangsa TYT Duta Hendy akan memberi manfaat kepada Sarawak dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Dalam pertemuan tadi, kami berkesempatan bertukar pandangan mengenai usaha memperluas jaringan serta meneroka peluang kerjasama yang dapat menyokong kepentingan dan aspirasi Sarawak di peringkat serantau dan antarabangsa.

Saya mengucapkan tahniah kepada TYT Duta Hendy atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak.

Selamat menjalankan tugas TYT Duta Hendy. Semoga pengalaman yang dibawa pulang akan memberi nilai tambah kepada usaha Sarawak memperluas jaringan dan kerjasama di persada antarabangsa.




Address

Aras 20, Wisma Bapa
Kuching
93502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak:

Shortcuts

Share