04/09/2026
๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐
KUCHING, 4 SEPTEMBER 2026 โ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Gemilang, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak.
Delegasi SFC diketuai oleh Encik Mohamad Norazlan bin Jamil, Ketua Seksyen Penguatkuasaan dan Perlindungan Hidupan Liar, Sarawak Forestry Corporation dan telah disambut oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Halim bin Abang Naili, Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, bersama pegawai-pegawai kanan JIM Sarawak.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara SFC dan JIM Sarawak, khususnya dalam aspek penguatkuasaan dan perkongsian maklumat.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama dalam perkongsian maklumat dan penyaluran maklumat strategik bagi menyokong operasi-operasi yang akan dilaksanakan oleh SFC pada masa akan datang.
JIM Sarawak komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama bersama agensi-agensi strategik di Sarawak dalam memastikan pelaksanaan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan, bersepadu dan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
ยฉ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐จ๐ก๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง | ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐