Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Jabatan Kebajikan Masyarakat
(2)

📅 5 – 6 Mei 2026📍 The Waterfront HotelMesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Bil. 1/...
07/05/2026

📅 5 – 6 Mei 2026
📍 The Waterfront Hotel

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Bil. 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya bagi membincangkan hala tuju, perancangan strategik serta pengukuhan penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada rakyat Sarawak.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JKMS dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian serta Pengetua-Pengetua dan Penguasa Institusi.

Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama, perkongsian idea serta komitmen warga JKMS ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif, efisien dan berimpak tinggi.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dicapai dapat terus memperkasakan peranan JKMS demi kesejahteraan masyarakat.

[ NOTIS PENTING: WASPADA TERHADAP PENYAMARAN PEGAWAI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK ]​Pihak Jabatan Kebajikan Masy...
07/05/2026

[ NOTIS PENTING: WASPADA TERHADAP PENYAMARAN PEGAWAI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK ]

​Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) ingin menarik perhatian orang ramai mengenai kewujudan pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama dan maklumat Pegawai Kanan JKMS bagi tujuan penipuan.
​Modus operandi yang dikesan melibatkan pesanan makanan dan urusan perolehan tidak sah bagi pihak jabatan.
​Sehubungan itu, warga Sarawak, pemilik premis makanan, vendor, dan pembekal dinasihatkan agar:

​❌ JANGAN membuat pengesahan atau menerima sebarang pesanan mencurigakan yang menggunakan nama JKMS tanpa dokumen rasmi.
​❌ JANGAN melakukan sebarang bayaran pendahuluan (deposit) tanpa melalui saluran kewangan jabatan yang sah.
​✅ SAHKAN sebarang urusan dengan menghubungi pejabat JKMS melalui saluran rasmi sekiranya terdapat keraguan.

​Pihak Jabatan menegaskan bahawa JKMS tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian yang dialami akibat urusan dengan pihak yang tidak sah ini.
​Sila kongsikan maklumat ini untuk mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa. Kerjasama anda amat kami hargai.
​

SESI PERBINCANGAN PENGURUSAN BANTUAN PERUBATAN DAN BANTUAN BENCANA4 Mei 2026 | Bilik Mesyuarat UtamaJabatan Kebajikan Ma...
05/05/2026

SESI PERBINCANGAN PENGURUSAN BANTUAN PERUBATAN DAN BANTUAN BENCANA

4 Mei 2026 | Bilik Mesyuarat Utama
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

Telah berlangsung satu sesi perbincangan yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak bersama Unit Pengurusan Kontrak dan Bekalan (UPKB), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri serta Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Sesi ini turut dihadiri oleh:
• Tuan Haji Mohamad Sukri bin Kana, Ketua Penolong Pengarah (Polisi)
• Puan Jacqualine anak Ramping, Penolong Pengarah
• Puan Farihana Aniza binti Taha, Akauntan Unit Perbendaharaan

Wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak p**a terdiri daripada:
• Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak
• Puan Nurin anak Chunggat, Ketua Bahagian Kesejahteraan Sosial

Perbincangan memberi fokus kepada aspek pengurusan dan penambahbaikan pelaksanaan Bantuan Perubatan serta Bantuan Bencana, termasuk dari segi prosedur, tadbir urus kewangan, dan penyelarasan antara agensi berkaitan.

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkukuh sistem penyampaian bantuan yang lebih cekap, telus dan berkesan demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

[2 & 3 Mei 2026] Produk Sarawak Kini di Pahang! 6 Usahawan JKM Sarawak Sertai SUS 2026Seramai 6 Usahawan Mikro Kebajikan...
04/05/2026

[2 & 3 Mei 2026] Produk Sarawak Kini di Pahang! 6 Usahawan JKM Sarawak Sertai SUS 2026

Seramai 6 Usahawan Mikro Kebajikan JKM Sarawak merupakan antara usahawan Sarawak yang memeriahkan Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2026, anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED).

📅 29 April – 3 Mei 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Kuantan City Mall, Pahang

Pelbagai produk menanti anda daripada kraf halus, makanan tradisi, hingga perkhidmatan urutan.

Jom datang support usahawan Sarawak & sebarkan info ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Jangan lepaskan peluang!

03/05/2026

KENYATAAN RASMI: PENEMUAN SEMULA KANAK-KANAK LAW CHING SING

SRI AMAN, 3 MEI 2026 – Pihak Pengurusan Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman (RKKDAASA) dengan ini ingin memaklumkan bahawa kanak-kanak jagaan institusi, Law Ching Sing, yang dilaporkan hilang sejak 28 April 2026, telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Kanak-kanak tersebut ditemui pada jam kira-kira 1.30 pagi hari ini di sekitar Kampung Muhibbah, Sri Aman, hasil maklumat awam dan gerakan pencarian intensif yang memasuki hari kelima.

Penemuan mangsa merupakan natijah daripada kerjasama strategik dan komitmen jitu dari penduduk setempat, orang awam, pihak berkuasa dan kakitangan institusi.
Sejurus selepas penemuan, mangsa telah dibawa melalui prosedur pemeriksaan yang sepatutnya. Pihak institusi juga akan menjalankan sesi penilaian dalaman dan memberikan sokongan kaunseling sewajarnya kepada kanak-kanak tersebut.

Pihak RKKDAASA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, termasuk agensi kerajaan, kepimpinan komuniti (KRT dan JKKK), pihak sekolah, serta individu-individu yang telah mengorbankan masa dan tenaga dalam menjayakan misi pencarian ini.
Keprihatinan dan solidariti yang dizahirkan oleh seluruh warga Sri Aman dalam memastikan keselamatan kanak-kanak ini amatlah dihargai dan menjadi bukti keutuhan semangat komuniti kita.
Dengan penemuan ini, operasi pencarian secara rasmi ditamatkan.

DIKELUARKAN OLEH:
Unit Perhubungan Awam
Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman (RKKDAASA)
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

02/05/2026

SRI AMAN, 2 MEI 2026 – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak di bawah jagaan Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman (RKKDAASA), Law Ching Sing, diteruskan buat hari kelima dengan penemuan petunjuk baharu yang lebih spesifik bagi membantu orang ramai mengenal pasti mangsa.
Kanak-kanak tersebut dikesan kali terakhir berada di sekitar kawasan Kampung Muhibbah, Sri Aman. Lokasi ini kini menjadi fokus utama pasukan pencari memandangkan terdapat bukti visual yang menunjukkan keberadaan mangsa di kawasan tersebut.

Ciri-Ciri Pakaian Terakhir
📌Baju: Jersi pasukan bola sepak JDT (berwarna biru/merah).
📌Seluar: Seluar panjang sekolah (berwarna biru gelap).
📌Kasut: Kasut sekolah berwarna putih.

Pihak RKKDAASA bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama erat daripada penduduk setempat, dan peniaga di sekitar Sri Aman untuk segera melaporkan jika terlihat individu dengan huraian pakaian di gambar.

Setiap maklumat anda, sekecil mana sekalipun, amat bermakna bagi memastikan keselamatan dan kep**angan kanak-kanak ini.

Sila hubungi talian kecemasan berikut dengan segera:

Sarjan Suzy (Pegawai Penyiasat): 011-14037375
IPD Sri Aman: 083-322035

Pihak pengurusan institusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan masyarakat yang tidak putus-putus membantu dalam operasi pencarian ini.

TAMAT

[1 Mei 2026] Produk Sarawak Kini di Pahang! 6 Usahawan JKM Sarawak Sertai SUS 2026Seramai 6 Usahawan Mikro Kebajikan JKM...
02/05/2026

[1 Mei 2026] Produk Sarawak Kini di Pahang! 6 Usahawan JKM Sarawak Sertai SUS 2026

Seramai 6 Usahawan Mikro Kebajikan JKM Sarawak merupakan antara usahawan Sarawak yang memeriahkan Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2026, anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED).

📅 29 April – 3 Mei 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Kuantan City Mall, Pahang

Pelbagai produk menanti anda daripada kraf halus, makanan tradisi, hingga perkhidmatan urutan.

Jom datang support usahawan Sarawak & sebarkan info ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Jangan lepaskan peluang!

01/05/2026

Address

Wisma Kebajikan, Lot 4273 Blok 14, Off Jalan Siol Kanan
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082449577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak:

Share