09/08/2025
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓 🎓🎓🎓🎓
Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak 2025 akan berlangsung pada 9 hingga 12 Ogos 2025 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak.
Majlis Konvokesyen pada tahun ini mengangkat tema “𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 & 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈”.
Motif flora yang menyerupai corak awan larat membawa unsur kebudayaan dan keindahan warisan, selari dengan identiti negeri Sarawak yang melambangkan keharmonian, keindahan alam dan kesinambungan budaya masyarakat setempat.
Warna-warna yang dipilih dalam reka bentuk ini turut membawa makna tersendiri di mana:
🔴 Merah melambangkan keberanian dan semangat juang.
🔵 Biru menggambarkan kebijaksanaan dan ketenangan.
✨ Emas p**a sinonim dengan kemuliaan dan keagungan selaras dengan suasana rasmi dan penuh istiadat.
Kombinasi warna ini bukan sahaja menarik secara visual malah menyerlahkan nuansa perayaan dan penghormatan kepada para graduan.
Jom sama-sama menyaksikan siaran langsung majlis konvokesyen di laman rasmi Facebook Politeknik Kuching Sarawak sebentar lagi.