Arthur Joseph Kurup

Arthur Joseph Kurup Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Member of Parliament for Pensiangan. Member of Sabah State Assembly for Sook.

President Sabah United People's Party (PBRS)

04/09/2026
Satu penghormatan peribadi yang amat mendalam buat saya untuk bersama wira-wira negara sempena Perasmian Persidangan Mes...
04/09/2026

Satu penghormatan peribadi yang amat mendalam buat saya untuk bersama wira-wira negara sempena Perasmian Persidangan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Sabah ke-44 di Putatan.

Setiap detik keamanan dan kedamaian yang kita nikmati hari ini dibayar dengan harga yang mahal menerusi titisan keringat, pengorbanan dan kecekalan para pejuang tanah air kita.

โ€‹Sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, saya melihat titik persamaan yang mendalam antara tugas mempertahankan kedaulatan negara dan memelihara khazanah alam sekitar. Disiplin tinggi, kepakaran navigasi belantara dan ketahanan fizikal warga veteran adalah aset bernilai tinggi yang boleh disinergikan dalam program pemeliharaan alam.

Kementerian saya sentiasa bersedia meneroka kerjasama strategik bersama PVATM, seperti peranan sebagai renjer komuniti, pemantauan kawasan rizab perlindungan, dan program penghijauan Malaysia yang turut membuka ruang ekonomi sampingan buat para veteran.

โ€‹Kebajikan warga veteran kekal menjadi keutamaan nasional. Ini terbukti menerusi peningkatan peruntukan Kerajaan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) secara konsisten, berpusat daripada RM118 juta pada tahun 2023, melonjak kepada RM242 juta pada tahun 2024, RM252 juta pada tahun 2025, dan seterusnya mencecah RM254 juta pada tahun 2026 ini.

โ€‹Langkah ini memastikan bantuan sara hidup, perubatan, persekolahan anak-anak, program pembaikan atau bina baharu rumah serta pemerkasaan sosioekonomi dan kerjaya kedua veteran dapat diteruskan dengan lebih berkesan dan meluas.

โ€‹Syabas dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta ahli PVATM. Semoga persidangan ini menjadi platform terbaik untuk menghasilkan usul-usul yang konstruktif demi kesejahteraan warga veteran tanah air.


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)


03/09/2026

Gempa bumi lemah telah berlaku di Keningau, Sabah pada jam 9:31 pagi, 3 September 2026

Koordinat : 5.3ยฐ Utara dan 116.1ยฐ Timur
Magnitud : 3.4
Jarak : 10km Barat dari Keningau,Sabah
Kedalaman : 10 km

Gegaran dirasai di Keningau, Sabah dan kawasan sekitarnya.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini
https://forms.gle/jeyKFVvFWK4BXcY19


.met.gov.my

03/09/2026

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dengan kedalaman 10km telah dikesan berlaku di Keningau, Sabah pada jam 9.31 pagi 3 September 2026.

๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐–๐€๐ (๐Ž๐๐€) ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š, ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ | ๐Ÿ‘-๐Ÿ“ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”OPA dilaksanakan bagi membantu meningkatk...
03/09/2026

๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐–๐€๐ (๐Ž๐๐€) ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š, ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ | ๐Ÿ‘-๐Ÿ“ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

OPA dilaksanakan bagi membantu meningkatkan semula paras air di 13 empangan di Sarawak, Kedah dan Perlis agar kembali ke tahap optimum. Usaha bersepadu ini penting bagi memastikan kelangsungan bekalan air dan kelestarian sumber air di samping menjadi langkah sokongan dalam menghadapi episod jerebu.

Faktor kejayaan OPA tertakluk kepada kewujudan awan yang sesuai dan keadaan atmosfera.

Sama-sama kita doakan agar operasi ini berjalan dengan lancar dan membawa limpahan hujan yang bermanfaat demi kesejahteraan masyarakat.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysian Meteorological Department
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

02/09/2026

๐—ง๐—›๐—˜ ๐—˜๐——๐—š๐—˜ ๐—˜๐—ฆ๐—š ๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐——๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
The Edge Malaysia

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada The Edge Media Group, UOB Malaysia, Bursa Malaysia dan FTSE Russell atas penganju...
02/09/2026

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada The Edge Media Group, UOB Malaysia, Bursa Malaysia dan FTSE Russell atas penganjuran The Edge Malaysia ESG Awards 2026 yang begitu berprestij malam tadi.

โ€‹Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, anugerah ini telah menjadi platform penting dalam mengiktiraf kepimpinan syarikat senaraian awam (PLC) dan pengurus aset di Malaysia yang komited terhadap amalan perniagaan mampan berteraskan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG).

Malam ini, sebanyak 37 anugerah telah disampaikan kepada warga korporat yang memimpin perubahan.

โ€‹Dalam ucapan malam ini, saya menegaskan bahawa prinsip ESG bukan lagi sekadar latihan pematuhan atau urusan PR, sebaliknya ia merupakan teras kepada pengurusan risiko dan daya saing ekonomi global. Kos akibat ketidakbertindakan terhadap perubahan iklim jauh lebih besar berbanding pelaburan untuk transisi mampan.

NRES sentiasa bersedia menjadi rakan strategik sektor swasta dalam menyediakan ekosistem kawal selia yang kondusif, memajukan pasaran karbon yang kredibel serta mengukuhkan Kerjasama Awam-Swasta (PPP).

โ€‹Sekali lagi, tahniah kepada kesemua pemenang malam ini! Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada seluruh warga korporat untuk memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih hijau, mampan dan berdaya tahan.


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
โ€‹

01/09/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฑ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

Astana Negeri Sarawak
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arthur Joseph Kurup posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share