30/08/2026
KUALITI UDARA SARAWAK MEROSOT, 3 IPU BERBAHAYA 2 SANGAT TIDAK SIHAT DAN 7 TIDAK SIHAT
KUCHING, 30 OGOS - Keadaan jerebu di Sarawak semakin merosot apabila beberapa kawasan kini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara, IPU pada kategori Bahaya dan Sangat Tidak Sihat.
Berdasarkan kemaskini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) di portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 7: malam ini, tiga kawasan merekodkan bacaan IPU pada kategori berbahaya iaitu Serian 438, diikuti Samarahan 336 dan Kuching 322.
Dua lagi kawasan telah merekodkan bacaan pada kategori Sangat Tidak Sihat iaitu Sri Aman - 273 dan Sarikei - 218.
Sementara itu, tujuh kawasan merekodkan bacaan pada kategori Tidak Sihat iaitu Sibu 197, Miri 159, Kapit 162, Mukah 189, Bintulu 184, Samalaju 176 dan Limbang 152.
BES
SUMBER: APIMS
‘Yang Sahih di RTM’