04/08/2026
LAWATAN KERJA YBHG DATO' KETUA PENGARAH JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) KE PANGKALAN UDARA KUCHING
Kuching, 4 Ogos 26 : Pangkalan Udara Kuching telah menerima Lawatan Kerja oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), YBhg Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim.
Lawatan ini bertujuan meninjau secara lebih dekat beberapa perkara berkaitan isu pertapakan dan premis di Pangkalan Udara Kuching yang melibatkan penyelarasan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Sebagai sebahagian daripada atur cara lawatan, YBhg Dato’ Ketua Pengarah & delegasi telah dibawa bersama semasa tinjauan udara menggunakan pesawat CN235-220MSA TUDM. Penerbangan ini turut disertai oleh Lt Kol Ahmad Syazwan bin Mohamed TUDM, Pegawai Memerintah No 1 Skuadron, merangkap Pemangku Komander Pangkalan Udara Kuching. Komander Pesawat, Mej Hafizan bin Mos TUDM serta anak kapal yang lain telah menyampaikan maklumat terperinci yang membolehkan delegasi menilai keadaan muka bumi, sempadan dan topografi kawasan sekitar Kuching, Samarahan, Bau, Sematan, Betong dan Sri Aman bagi menyokong perancangan serta pengurusan tanah dengan lebih berkesan.
Semoga hubungan kerjasama strategik antara TUDM dan JKPTG terus diperkukuh demi kepentingan pengurusan tanah negara.
YANG PERTAMA
CEKAL MERINTIS
WE ARE ONE
SENTIASA DI ANGKASA RAYA