03/12/2024
3 December adalah tarikh penting bagi golongan OKU, perbagai cara sambutan yang dibuat dimana², ini kerana mereka menunjukkan kesatuan dalam usaha mereka menghargai akan pengiktirafan tarikh yang istimewa ini. Kita disarawak tidak mengadakan sambutan yang khusus tahun ini, walau demikian kita tetap memperingati sambutan Hari OKU dan saya percaya golongan OKU penglihatan di sarawak semakin penuh bermaklumat, bersemangat dan sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi terkini, serta meningkatkan kualiti dalam bidang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta, sektor kerajaan, sektor industri urut dan lain² sektor. Dari sudut kepimpinan SBM Cawangan Sarawak, kita juga akan terus memberi sumbangan khidmat bakti melalui tindakan² yang kita perjuangkan bagi memastikan isu² keperluan ahli² pertubuhan kita agar terus terbela dan mendapat perhatian pihak kerajaan sesuai dengan makna penubuhan pertubuhan kita sebagai satu badan untuk kita bersuara. Perpaduan yang sedia ada dari dulu sampai sekarang terus kita pertahankan, ini kerana kehidupan kita di sarawak sangat terpuji saling menghargai satu sama lain dan saling hormat-menghormati. Arwah tok Nan pernah berkata "orang sarawak kuat lihai, duduk sama, makan sama, minum sama, dan cari amoi pun sama" inilah kehebatan sarawak. Saya dan barisan AJK SBM Cawangan Sarawak mengucapkan Selamat Hari OKU sedunia 2024 kepada semua warga OKU penglihatan di sarawak, kami doakan anda semua dalam keadaan yang sihat dan diberkati tuhan. Amen 🙏 🙏 🙏. OOOOOHHHHHHAAAAA!!!