Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak An official page of the Sarawak Trade Union Affairs Department . More info at http://jheks.mohr.gov.my/

17 & 18 Julai 2026 - Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sarawak telah menyertai Labour Go Rural Area Programme (...
18/07/2026

17 & 18 Julai 2026 - Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sarawak telah menyertai Labour Go Rural Area Programme (LGRAP)7.0 anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. LGRAP ini membawa perkhidmatan kerajaan lebih dekat kepada masyarakat yang meliputi program seperti berikut:
I. Konvoi perjalanan dari Bangunan Sultan Iskandar, Kuching menuju ke Bau dan Lundu;
ii. Pameran LGRAP di Medan Selera 2, Lundu;
iii. Penyampaian barang makanan kepada masyarakat setempat; dan
iv. Program sukan rakyat

Majlis Perasmian LGRAP Edisi 7.0 Tahun 2026 telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Encik Billy Sujang, Ahli Dewan Undangan Negeri N.01 di Dewan Serbaguna Kampung Biawak, Lundu.

Semoga penyertaan JHEKS Sarawak ini dapat memberi maklumat kepada orang awam akan fungsi dan peranan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia.

02 Julai 2026 - Tahniah kepada kesatuan sekerja yang telah menerima geran PHEKS 2026. Semoga geran yang diterima dapat m...
04/07/2026

02 Julai 2026 - Tahniah kepada kesatuan sekerja yang telah menerima geran PHEKS 2026. Semoga geran yang diterima dapat menjadi suntikan kepada kesatuan dalam meningkatkan lagi keahlian dalam kesatuan sekerja.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada JTK Sarawak, JPP Sarawak, Mahkamah Perusahaan Sarawak, ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan yang telah memberi komitmen dalam menjayakan penganjuran Majlis Penyerahan Geran PHEKS 2026.

Madani
MADANI Kesuma Bangsa

03/07/2026
25.6.2026-JHEKS Sarawak telah mengadakan Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja 2026 bertempat di Kingwood Hotel Kuching. Ku...
25/06/2026

25.6.2026-JHEKS Sarawak telah mengadakan Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja 2026 bertempat di Kingwood Hotel Kuching. Kursus yang bertujuan untuk memberi bimbingan dan panduan kepada pegawai kesatuan sekerja mengenai peranan dan tanggungjawab di dalam mengurus dan mentadbir kesatuan sekerja dengan teratur dan berkesan telah dihadiri oleh sekitar 40 peserta yang terdiri daripada pegawai pegawai kesatuan yang dilantik untuk penggal yang terkini.
Semoga dengan adanya kursus seperti dapat meningkatkan lagi tahap kefahaman kepada pegawai kesatuan sekerja mengenai undang-undang kesatuan sekerja yang dikuatkuasakan.
MADANI Kesuma Bangsa

JHEKS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada ahli-ahli kesatuan yang meraikannya. Semoga perayaan Hari Gawa...
01/06/2026

JHEKS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada ahli-ahli kesatuan yang meraikannya. Semoga perayaan Hari Gawai ini akan memberi kejayaan yang lebih cemerlang kepada kita semua.
MADANI Kesuma Bangsa
Sejalai

10.5.2026-Bertemakan "Pekerja Cemerlang Sarawak Maju Makmur" Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 Peringkat Sarawak telah di...
10/05/2026

10.5.2026-Bertemakan "Pekerja Cemerlang Sarawak Maju Makmur" Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 Peringkat Sarawak telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching. Salah satu pengisian program adalah pameran interaktif, pelaksanaan pameran ini bertujuan untuk mempamerkan peranan, fungsi dan pencapaian agensi serta organisasi berkaitan dalam pembangunan tenaga kerja di samping memberi pendedahan kepada orang awam mengenai pelbagai inisiatif perkhidmatan dan peluang yang disediakan demi meningkatkan akan kesejahteraan pekerja.
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak juga telah turut serta sebagai pempamer. Hari Pekerja Peringkat Sarawak 2026 juga telah diisi dengan Anugerah Pekerja Cemerlang dan juga Pertandingan Pasukan Paling Ceria. Kesatuan di Sarawak juga tidak ketinggalan menyertai Pertandingan Pasukan Paling Ceria.
Hari Pekerja Sarawak 2026 juga turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan.
Pekerja Sarawak 2026
Cemerlang Sarawak Maju Makmur

23 April 2026-Program Bicara Dan Perkongsian Menelusuri 1 Mei 2026 anjuran JHEKS Sarawak dan Mahkamah Perusahaan Malaysi...
24/04/2026

23 April 2026-Program Bicara Dan Perkongsian Menelusuri 1 Mei 2026 anjuran JHEKS Sarawak dan Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Sarawak telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan. Seramai 400 peserta yang terdiri daripada pekerja sektor awam, pekerja sektor swasta, ahli kesatuan sekerja, pekerja gig, majikan, pelajar IPTA dan warga KESUMA Sarawak telah menghadiri program ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia Puan Anita binti Ahmad yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Program yang menjadi platform penyampaian maklumat terkini berkaitan hak pekerja, keselamatan sosial dan peningkatan kemahiran telah diisi dengan sesi ceramah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan tajuk " Caruman Untuk Perlindungan Pekerjaan". Panel Sesi Bicara daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan dan Universiti Malaysia Sarawak telah membicarakan dengan tajuk " Cegah Kemalangan Di mana Sahaja"
Pameran di bawah agensi KESUMA di Sarawak dan Jualan Keusahawanan Pelajar ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan juga turut diadakan sepanjang program berlangsung.
Jutaan terima kasih kepada ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan yang telah memberi komitmen dalam penganjuran
program ini. Terima kasih juga kepada agensi KESUMA di Sarawak, penceramah, panel sesi bicara, para peserta yang turut menjayakan Program Bicara Dan Perkongsian Menelusuri 1 Mei 2026.

#1 Mei 2026
Madani Kesuma Bangsa

Taklimat Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS)2026 Zon Sarawak telah diadakan pada 13 Februari 2026 (Jumaat) bertem...
14/02/2026

Taklimat Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS)2026 Zon Sarawak telah diadakan pada 13 Februari 2026 (Jumaat) bertempat di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Sekitar 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil kesatuan telah menghadiri Taklimat PHEKS 2026 Zon Sarawak. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Mohammad Penolong Pengarah Kesatuan Sekerja Sarawak.
PHEKS 2026 terdiri daripada 4 kluster seperti berikut:
(i) Latihan Dan Program
Pendidikan
(ii) Pembelian Perkakasan Komputer
(iii) Pendigitalan Rekod Pengurusan
(iv) Kajian Kesatuan Sekerja
Permohonan yang terbuka kepada semua kesatuan sekerja induk dan cawangan hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan borang PHEKS 1/2026 yang boleh dimuat turun di laman web [email protected]. Tarikh tutup permohonan adalah 03 Mac 2026 (Selasa).

Sempena Program CSR Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja  (JHEKS) Sarawak 2026 pada 10 Februari 2026 telah diadakan Progra...
11/02/2026

Sempena Program CSR Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sarawak 2026 pada 10 Februari 2026 telah diadakan Program Kesedaran Undang2 Perburuhan bertempat di Sarikei Innovation Centre, Sarikei. Program yang dianjurkan bersama dengan Malaysian Trades Union Congress (MTUC) Sarawak Division telah disertai oleh sekitar 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli kesatuan, para pekerja, pelajar dan juga orang awam. Ceramah berkenaan undang-undang perburuhan telah disampaikan oleh pegawai daripada Pejabat Tenaga Kerja Sarikei, Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial dan JHEKS Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab.
Sebelah malamnya p**a telah diadakan ceramah agama bertempat di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Seberang, Sarikei. Ceramah bertajuk Pekerjaan Sebagai Ibadah telah disampaikan oleh penceramah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sarawak.
Program telah diteruskan dengan Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih pada 11 Februari 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Seberang, Sarikei. Seramai 70 orang penerima yang telah dipilih melalui Ketua Kampung telah menerima sumbangan bakul kasih daripada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab.
Terima kasih kepada MTUC Sarawak, UNIMAS Sarawak, Penghulu dan Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Jawatankuasa Masjid Ar-Rahmah Kampung Seberang, Sarikei yang telah bersama menganjurkan program dengan jayanya.
Madani
Kesuma Bangsa

05/02/2026

🔈🔈🔈PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) TAHUN 2026

Permohonan ini terbuka kepada semua kesatuan sekerja yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959!

KLUSTER PERMOHONAN:
1. Melaksanakan Latihan dan Program Pendidikan;
2. Menjalankan Kajian berkaitan Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia;
3. Pembelian Perkakasan komputer; dan
4. Pendigitalan Rekod Pengurusan Kesatuan Sekerja.

Dapatkan maklumat lanjut dan Borang Pemohonan di:
https://jheks.mohr.gov.my/

Tarikh Tutup Permohonan: 3 Mac 2026 (Selasa)

***Jangan lepaskan peluang ini!

Address

Aras 10, #10-01 & 10-02, No. 9, Somerset, Gateway Kuching, Jalan Bukit Mata, Peti Surat 2987
Kuching
93758

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:15
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sarawak:

Shortcuts

Share