06/03/2026
MENYERAHKAN KEPADA AHLI KELUARGA, SEORANG LELAKI YANG PERNAH DILAPORKAN HILANG DI SERIAN (LELAKI INI DIJUMPAI DAN DISERAHKAN KEPADA POLIS OLEH PENGAWAL KESELAMATAN DI THE PODIUM KUCHING)
Pada 05/03/2026, jam lebih kurang 2315hrs, bertempat di Balai Polis Sg.Maong, seorang lelaki telah diserahkan oleh pengawal keselamatan The Podium.
Lelaki tersebut didapati merayau-rayau di kawasan The Podium tanpa membawa sebarang pengenalan dan dokumentasi diri serta tidak fasih dalam berkomunikasi (autisme).
Soal siasat telah dibuat namun gagal mendapat sebarang meklumat disebabkan subjek tidak fasih bercakap. Anggota Balai Polis Sg. Maong telah membuat hantaran berkenaan perkara tersebut di laman sosial facebook ( Sarawak Edition ) untuk mengesan waris / keluarga orang hilang yang berkenaan.
Hasil bantuan orang awam yang mengenali orang hilang ini, pada 06/03/2026, jam lebih kurang 0050hrs, kakak kepada orang hilang imi telah menghubungi Balai Polis Sg.Maong dan memaklumkan bahawa orang hilang itu adalah adik kandung beliau dan orang hilang itu mengalami penyakit autisme.
Orang hilang ini kemudiannya telah dihantar dan diserah terus kepada kakaknya dan datuknya di balai polis Serian dalam keadaan baik dan selamat, iaitu pada 06/03/2026, jam lebih kurang 0200hrs, bertempat di Balai Polis Serian.