14/05/2022
Jum kita belajar sikit pasal Pemadam Api/Fire Extinguisher🤗
Di bawah ini jenis² untuk Pemadam Api:
Bahan kimia kering
Sunting
Agen ini berasaskan serbuk yang memadamkan api dengan memisahkan mana-mana daripada tiga unsur kebakaran - yakni menghalang tindak balas kimia yang melibatkan haba, bahan api dan oksigen (pembakaran), seterusnya memadamkan api tersebut. Semasa pembakaran, bahan bakar diuraikan kepada radikal bebas yang sangat reaktif yang bertindak balas dengan oksigen. Bahan-bahan kimia kering dalam alat pemadam ini boleh menghentikan proses ini.
Busa
Sunting
Digunakan pada kebakaran bahan bakar api dalam bentuk beraspirasi (bercampur dan berkembang dengan udara dalam satu paip berasingan) atau tidak beraspirasi untuk menghasilkan lapisan atau litupan busa di atas api yang menghalang kemasukan oksigen. Tidak seperti pemadam jenis serbuk, pemadam busa boleh digunakan untuk memadamkan api secara berterusan tanpa kilas balik.
Jenis air
Sunting
Menyejukkan bahan yang terbakar. Sangat berkesan pada kebakaran perabot, kain, dan sebagainya (termasuk dalam duduk kebakaran), namun ia hanya selamat digunakan jika tiadanya punca elektrik.
Agen pembersih halon (atau bahan penggantinya) dan karbon dioksida
Sunting
Agen bersih memadamkan api dengan menyingkirkan oksigen (CO2 atau gas lengai), mengeluarkan haba dari kawasan pembakaran (Halotron-1, FE-36, Novec 1230) atau menghalang tindak balas rantai kimia (Halon). Agen-agen ini dianggap "bersih" kerana tidak meninggalkan apa-apa sisa setelah pelepasannya - hal ini ideal untuk melindungi komponen elektronik yang sensitif, pesawat, kereta perisai dan simpanan arkib, muzium dan dokumen-dokumen yang berharga.