Perkep IPD BAU

Perkep IPD BAU Persatuan Keluarga Polis

💃🏻 SIHAT, CERGAS & CERIA BERSAMA PERKEP IPD BAU! 💃🏻Pagi khamis yang penuh bertenaga! Hari ini, ahli-ahli PERKEP IPD Bau ...
30/07/2026

💃🏻 SIHAT, CERGAS & CERIA BERSAMA PERKEP IPD BAU! 💃🏻

Pagi khamis yang penuh bertenaga! Hari ini, ahli-ahli PERKEP IPD Bau telah turun padang menghadiri dan memeriahkan Aktiviti Gaya Hidup Sihat (aerodance) di bawah pimpinan Master Coach Saief Lucy bertempat di Dewan Merdeka, IPD Bau.

Kehadiran ini diserikan lagi dengan penyertaan Pengerusi PERKEP IPD Bau, Puan Hartini binti Yahaya dan Naib Pengerusi, Puan Gading anak Kilat bersama 24 orang ahli yang lain.

Bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh dan menjaga kesihatan fizikal, kehadiran kami dalam aktiviti senaman sebegini juga menjadi medan terbaik untuk memupuk semangat berpasukan serta mengeratkan lagi hubungan mesra sesama ahli.Syabas dan tahniah kepada semua ahli yang 'sporting' habis pagi ini! Kekal sihat, kekal cergas!

🏸 PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON 🏸Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Bau 🤝 Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tente...
25/07/2026

🏸 PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON 🏸
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Bau 🤝 Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen Sempadan 10

📅 24 Julai 2026 (Jumaat)

PERKEP IPD Bau telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Badminton bersama BAKAT Rejimen Sempadan 10 yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan, harmoni dan semangat kesukanan.

Aktiviti ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama berpasukan serta mengukuhkan jaringan persahabatan antara keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli PERKEP IPD Bau, ahli BAKAT Rejimen Sempadan 10 serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga hubungan erat yang terjalin akan terus diperkukuhkan melalui pelbagai aktiviti pada masa akan datang.

📸 Sekitar lensa Perlawanan Persahabatan Badminton PERKEP IPD Bau bersama BAKAT Rejimen Sempadan 10.

🏸 PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON: PERKEP IPD BAU vs BAKAT ke- 10 REJIMEN SEMPADAN💪✨Hari ini bakal berlangsungnya aksi...
24/07/2026

🏸 PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON:
PERKEP IPD BAU vs BAKAT ke- 10 REJIMEN SEMPADAN

💪✨Hari ini bakal berlangsungnya aksi persahabatan badminton yang penuh bertenaga di antara PERKEP IPD Bau menentang rakan strategik kita, BAKAT RS 10.

Mari sama-sama kita berikan sokongan padu kepada barisan pemain kedua-dua pasukan.

Semoga perlawanan hari ini berjalan dengan lancar penuh keharmonian dan keceriaan. All the best kepada semua yang bertanding! 🏆🔥

LAWATAN MUHIBAH PERKEP: JALINAN UKHUWAH IPD SIMUNJAN & IPD BAURumah PERKEP IPD Bau baru-baru ini telah menerima kunjunga...
04/07/2026

LAWATAN MUHIBAH PERKEP:
JALINAN UKHUWAH IPD SIMUNJAN & IPD BAU

Rumah PERKEP IPD Bau baru-baru ini telah menerima kunjungan mesra daripada delegasi PERKEP IPD Simunjan! Lawatan muhibah ini dipenuhi dengan keceriaan dan semangat kekeluargaan yang amat erat. 🤝✨

Antara pengisian menarik sepanjang lawatan ini termasuklah sesi lawatan ke ruang dalam Rumah PERKEP IPD Bau untuk melihat kemudahan serta pengurusan domestik. Selain itu, suasana bertambah ceria dengan acara pertukaran cenderahati (exchange gift) sebagai simbolik ikatan persahabatan yang kukuh antara kedua-dua daerah. 🎁🏡

Program bermakna ini menjadi platform terbaik buat ahli PERKEP untuk:
🔹 Mengeratkan Silaturahim: Memperkukuh hubungan ukhuwah dan menyatukan komuniti PERKEP.
🔹Berkongsi Pengalaman: Bertukar pandangan serta idea kreatif dalam pengurusan aktiviti persatuan.
🔹Kolaborasi Masa Depan: Membuka ruang dan peluang untuk penganjuran program bersama pada masa akan datang.

Turut hadir memberikan sokongan padu dalam lawatan ini ialah Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan bin Kepli, dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bau, DSP Ritchie anak Jarit.

Semoga jalinan ukhuwah yang terbina ini terus mekar dan membawa impak positif kepada seluruh ahli PERKEP Kontinjen Sarawak! 💝👮‍♂️

✨ LAWATAN MUHIBAH PERKEP IPD KOTA KINABALU KE BAU, SARAWAK ✨Pada 09 Mei 2026, PERKEP IPD Bau telah menerima kunjungan La...
09/05/2026

✨ LAWATAN MUHIBAH PERKEP IPD KOTA KINABALU KE BAU, SARAWAK ✨

Pada 09 Mei 2026, PERKEP IPD Bau telah menerima kunjungan Lawatan Muhibah daripada PERKEP IPD Kota Kinabalu, Sabah yang diketuai oleh Puan Suziana Binti Haji Mohd Zain,Pengerusi PERKEP IPD Kota Kinabalu bersama rombongan ahli PERKEP IPD Kota Kinabalu.

Lawatan ini bertujuan untuk mengenali kepelbagaian budaya serta melawat tempat-tempat menarik sekitar Bandar Bau seperti Pasar Serikin dan Tasik Biru Bau. Program turut menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim, memperkukuh ukhuwah serta semangat kekeluargaan antara ahli-ahli PERKEP dari kedua-dua kontinjen.

Sepanjang lawatan berlangsung, pelbagai interaksi mesra dan pertukaran pandangan telah diadakan dalam suasana harmoni dan penuh muhibbah.

Semoga hubungan baik serta kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.

📍 Siti Cafe & Catering, Bau, Sarawak
🗓️ 09 Mei 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌸Rumah PERKEP IPD Bau berbesar hati menerima Lawatan Muhibah daripada PERKEP IPD Lub...
01/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌸

Rumah PERKEP IPD Bau berbesar hati menerima Lawatan Muhibah daripada PERKEP IPD Lubok Antu pada 1 Mei 2026.

Lawatan ini menjadi platform yang bermakna dalam mengeratkan silaturahim, di samping berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan aktiviti PERKEP. Ia juga membuka ruang kepada jalinan kerjasama bagi program-program akan datang serta memupuk semangat kekeluargaan dan sokongan moral antara ahli.

Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PERKEP IPD Lubok Antu atas kunjungan yang amat bermakna 🤍

26/04/2026
Pada 25 April 2026 (Sabtu)- PERKEP IPD Bau telah menganjurkan aktiviti hiking di Bengoh Dam, Padawan yang melibatkan ser...
25/04/2026

Pada 25 April 2026 (Sabtu)- PERKEP IPD Bau telah menganjurkan aktiviti hiking di Bengoh Dam, Padawan yang melibatkan seramai 30 orang peserta termasuk Pengerusi PERKEP IPD Bau, Puan Hartini binti Yahaya, Naib Pengerusi Puan Gading anak Kilat, Setiausaha Insp Chew Cher Shin serta Insp Nadia anak Lampun selaku Biro Sukan.

Aktiviti ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal di samping memberi peluang kepada ahli menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, ia turut menjadi platform dalam membina keyakinan diri, memupuk semangat berpasukan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PERKEP.

Sepanjang program berlangsung, aktiviti berjalan dengan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Hubungan silaturahim antara ahli juga didapati semakin erat melalui penglibatan aktif dalam program ini.

Mesyuarat PERKEP IPD Bau Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang bertempat...
30/01/2026

Mesyuarat PERKEP IPD Bau Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang bertempat di Rumah PERKEP IPD Bau dengan kehadiran barisan Ahli Jawatankuasa serta ahli PERKEP IPD Bau.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan aktiviti sepanjang tahun 2026, menyampaikan amanat Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak, serta pelantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Makan Malam PERKEP IPD Bau.

Semoga perbincangan dan perancangan yang dibuat dapat memperkukuhkan kerjasama, memantapkan gerak kerja, serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli PERKEP IPD Bau.

📸 Gambar sekitar mesyuarat.

AKTIVITI PERKEP IPD BAU – SENAMROBIK📅 Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)📍 Tempat: Perkarangan IPD Bau, Sarawak⏰ Masa: 7.30 p...
28/01/2026

AKTIVITI PERKEP IPD BAU – SENAMROBIK

📅 Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)
📍 Tempat: Perkarangan IPD Bau, Sarawak
⏰ Masa: 7.30 pagi

Seramai 32 orang ahli PERKEP IPD Bau telah menyertai aktiviti senamrobik sempena Program Gaya Hidup Sihat anjuran IPD Bau. Turut hadir Pengerusi PERKEP IPD Bau, Puan Hartini binti Yahaya bersama barisan kepimpinan PERKEP IPD Bau.

Aktiviti ini bertujuan untuk:
✨ Mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli
✨ Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan
✨ Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif

Sebagai acara selingan, pertandingan Peserta Paling Sporting turut diadakan bagi menambah keceriaan program. Gelaran tersebut telah dimenangi oleh 2 orang ahli PERKEP yang menunjukkan semangat serta penglibatan paling aktif sepanjang aktiviti berlangsung. 👏

Program berjalan dengan lancar dalam suasana yang ceria, bersemangat dan penuh energi.

📸 Gambar sekitar aktiviti turut disertakan.

Address

Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD BAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share