04/05/2026
PUTRAJAYA โ Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung pagi tadi telah dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dengan JPN sebagai hos bagi penganjuran kali ini.
Dalam majlis yang sama, KDN meneruskan komitmen memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam melalui pelancaran Sistem Pengurusan Warganegara Malaysia (mySUWa) oleh JPN.
Sistem ini merupakan inisiatif pendigitalan yang memudahkan urusan permohonan pendaftaran kelahiran di luar negara secara dalam talian sepenuhnya termasuk pemuatan naik dokumen, semakan status secara masa nyata serta notifikasi automatik kepada pemohon. Pelaksanaannya dijangka memberi manfaat besar khususnya kepada rakyat Malaysia di luar negara dengan mengurangkan keperluan hadir ke kaunter serta mempercepatkan proses permohonan.
Pada masa yang sama, JPN turut memperkenalkan beberapa langkah transformasi termasuk penstrukturan semula perjawatan, pengenalan kad kuasa baharu dengan ciri keselamatan dipertingkat serta pembangunan Pelan Strategik JPN 2026 -2030 sebagai hala tuju jabatan yang lebih progresif dan berimpak tinggi.
Turut diadakan penyerahan kenderaan elektrik (EV) kepada KDN sebagai sebahagian daripada usaha menyokong agenda kelestarian serta meningkatkan kecekapan operasi.
Keseluruhannya, inisiatif yang dilaksanakan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan berkualiti selaras dengan keperluan semasa.