01/03/2026
PROGRAM RAMADHAN PRIHATIN BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT DI MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH LIMA SARAWAK
Kuching, 28 Februari 2026_ Program Ramadhan Prihatin telah diadakan di Masjid Darul Hana Pasukan Polis Marin W5 yang telah dihadiri oleh YB Dato Sri Hjh. Nancy Shukri Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong, YDH ACP Tuan Hj.Ab Rahman Bin Mat Hasan Komander PPM W5 Sarawak, YBrs. En. Khairuddin M Jaafar Pengurus Besar Kanan Perhubungan Pihak Berkepentingan PETRONAS, YBrs. En. Awang Dulhadi Bin Awang Mat Pengarah YADIM Zon Sarawak, YBrs. En. Zaidi Bin Hj.Sarkawi Pegawai Daerah Kuching, YBrs. Puan Nordina Binti Haron Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, YBrs. Dato Wan Kamaruzaman Bin Wan Ahmad Pengerusi Kumpulan MBSB Bank, YBrs. Puan Maizatul Sheha Binti Abu Bakar Pengerusi PERKEP PPM W5 Sarawak, YBrs. Tuan Haji Mohammed Kamaluddin Bin Mohd Effendie Setiausaha Politik Kepada YB Menteri, Ketuaยฒ Masyarakat dan Ketuaยฒ Kaum bagi Zon JAKASEH, PKP, PRP PPM W5 Sarawak dan Rakanยฒ Media yang turut hadir.
Program ini merupakan penganjuran julung kalinya oleh Pejabat Ahli Parlimen P.193 Santubong dibawah pimpinan YB Dato Sri Hjh. Nancy Shukri dengan kerjasama erat YDH Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima. Kolaborasi ini turut melibatkan rakan strategik utama seperti PETRONAS, Yayasan Kebajikan Negara YKS, Yayasan Dakwah Islam Malaysia YADIM, Dan Persatuan Keluarga Polis PERKEP PPM W5, yang mencerminkan semangat kebersamaan jitu antara sektor korporat,agensi kerajaan dan pasukan keselamatan.
Di Samping itu, bagi menyemarakkan ukhuwah aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk telah dilaksanakan sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk berjaya disediakan dan diagihkan kepada warga setempat sebagai juadah berbuka puasa. Program ini bukan sekedar platform agihan bantuan malah merupakan simbol penghargaan tertinggi terhadap dedikasi anggota pasukan keselamatan serta dapat memperkukuh ikatan silaturahim antara petugas beruniform dan masyarakat.