Belia PBB Pantai Damai

Belia PBB Pantai Damai page Rasmi Sayap Pergerakan Belia PBB Cawangan Pantai Damai

[ KETUA BELIA PBB PANTAI DAMAI SINGGAH DI PUSAT PEMERIKSAAN SYOR KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN DUN BAGI SARAWAK YANG KE-7 ...
08/09/2026

[ KETUA BELIA PBB PANTAI DAMAI SINGGAH DI PUSAT PEMERIKSAAN SYOR KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN DUN BAGI SARAWAK YANG KE-7 ]

​7 September 2026 | Pejabat Daerah Kuching

​Semalam, Ketua Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai sempat singgah di Pejabat Daerah Kuching bagi menjenguk Pusat Pemeriksaan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihanraya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang Ke-7.

​Singgahan santai ini bertujuan untuk melihat sendiri perjalanan salah satu proses persempadanan semula demi kepentingan kawasan DUN N.4 Pantai Damai. Turut sama​, Hamsarizan (Setiausaha Pemuda) dan Fazari Osman (Timbalan Ketua Belia) PBB Cawangan N.4 Pantai Damai.

​𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒕𝒖 𝑺𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂, 𝑴𝒂𝒓𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂!

​Jawatankuasa Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai



----------------------------------------------
Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:
📌Instagram: instagram.com/beliapbbpantaidamai
📌TikTok: http://tiktok.com/
📌Facebook: facebook.com/beliapbbpantaidamai
📌X (Twitter): https://twitter.com/Belia1828PD

06/09/2026

[ PERTANDINGAN DART ANTARA RANTING-RANTING PBB CAWANGAN N.4 PANTAI DAMAI 2026 ]

​6 September 2026 | Dewan SABATI

​Pada hari ini, telah berlangsung Pertandingan Dart Antara Ranting-Ranting PBB Cawangan N.4 Pantai Damai bertempat di Dewan SABATI yang menyaksikan persaingan sengit dan semangat kesukanan yang tinggi daripada ahli-ahli PBB ranting di seluruh kawasan DUN N.4 Pantai Damai.

​Program ini dianjurkan oleh Biro Sukan PBB Cawangan N.4 Pantai Damai dan diuruskan oleh Jawatankuasa Bapa bersama Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai.

​Simbolik perasmian, sesi penangguhan serta penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Dr Hj Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) merangkap Ketua Cawangan PBB N.4 Pantai Damai.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk atas sokongan padu, kelapangan masa dan dorongan berterusan dalam menjayakan kejohanan ini.

​Tahniah kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa serta peserta yang telah menjayakan program ini!

​𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒕𝒖 𝑺𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂, 𝑴𝒂𝒓𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂!

​Jawatankuasa Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai



----------------------------------------------
Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:
📌Instagram: instagram.com/beliapbbpantaidamai
📌TikTok: http://tiktok.com/
📌Facebook: facebook.com/beliapbbpantaidamai
📌X (Twitter): https://twitter.com/Belia1828PD

[ SOROTAN LENSA: PROGRAM NEKIK GUNONG SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026 ]31 Ogos 2026 | Taman Negara SantubongSemarakkan sema...
01/09/2026

[ SOROTAN LENSA: PROGRAM NEKIK GUNONG SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026 ]

31 Ogos 2026 | Taman Negara Santubong

Semarakkan semangat 31 Ogos semalam! Tahniah kepada 30 orang belia yang berjaya menakluki Checkpoint F5 & F7 Viewpoint, Taman Negara Santubong.

​Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Merdehi Mas atas penyempurnaan acara flag-off dan YB Datuk Dr Hj Abdul Rahman Junaidi atas sokongan padu. Syabas kepada penganjur bersama, Belia PBB Pantai Damai & SABERKAS Cawangan N.4 Pantai Damai serta semua peserta yang telah menjayakan program!

𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒕𝒖 𝑺𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂, 𝑴𝒂𝒓𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂!





----------------------------------------------
Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:
📌Instagram: instagram.com/beliapbbpantaidamai
📌TikTok: http://tiktok.com/Belia PBB Pantai Damai
📌Facebook: facebook.com/beliapbbpantaidamai
📌X (Twitter): https://twitter.com/Belia1828PD

[ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾 ]31 Ogos 2026Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai mengucapkan Selamat Hari ...
30/08/2026

[ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾 ]

31 Ogos 2026

Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Semoga Malaysia terus maju, harmoni dan sejahtera dengan semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan kita dalam membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰: 𝑲𝒆𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒏𝒊𝒌𝒎𝒂𝒕𝒊

Tulus Ikhlas daripada Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai



----------------------------------------------
Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:
📌Instagram: instagram.com/beliapbbpantaidamai
📌TikTok: http://tiktok.com/
📌Facebook: facebook.com/beliapbbpantaidamai
📌X (Twitter): https://twitter.com/Belia1828PD

[ SEMINAR KEPIMPINAN PBB DUN N.4 PANTAI DAMAI 2026 ] 22 Ogos 2026 | The Waterfront Hotel KuchingPada 22 Ogos lepas, tela...
24/08/2026

[ SEMINAR KEPIMPINAN PBB DUN N.4 PANTAI DAMAI 2026 ]

22 Ogos 2026 | The Waterfront Hotel Kuching

Pada 22 Ogos lepas, telah berlangsungnya Seminar Kepimpinan PBB DUN N.4 Pantai Damai 2026. Seramai 130 orang pemimpin PBB yang mewakili Jawatankuasa Bapa, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Belia dari peringkat Cawangan serta 38 Ranting PBB dalam kawasan DUN N.4 Pantai Damai telah menghadiri seminar ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada dua penceramah yang telah berkongsi ilmu dan maklumat penting kepada para peserta iaitu Datu Haji Takun bin Sunggah, Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak dan Sdra Borhan Moses anak Bowi dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah juga disampaikan kepada YB Datuk Dr Hj Abdul Rahman Junaidi atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam memperkasakan kepimpinan akar umbi.

Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan exco yang telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk memperkasakan peranan serta fungsi jentera PBB di peringkat Cawangan dan Ranting dalam kawasan DUN N.4 Pantai Damai.

𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒕𝒖 𝑺𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂, 𝑴𝒂𝒓𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂!

Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai







----------------------------------------------
Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:
📌Instagram: instagram.com/beliapbbpantaidamai
📌TikTok: http://tiktok.com/
📌Facebook: facebook.com/beliapbbpantaidamai
📌X (Twitter): https://twitter.com/Belia1828PD

[ PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA RANTING-RANTING PBB N.4 PANTAI DAMAI 2026 ] ​16 Ogos 2026 | Dewan Serbaguna Kampung Tela...
24/08/2026

[ PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA RANTING-RANTING PBB N.4 PANTAI DAMAI 2026 ]

​16 Ogos 2026 | Dewan Serbaguna Kampung Telaga Air

​Pada 16 Ogos yang lepas, telah berlangsung Pertandingan Badminton Antara Ranting-Ranting PBB N.4 Pantai Damai yang menyaksikan penyertaan sebanyak 24 pasukan regu lelaki dan 14 pasukan regu wanita daripada ahli-ahli PBB ranting di seluruh kawasan DUN N.4 Pantai Damai.

​Program ini dianjurkan oleh Biro Sukan PBB Cawangan N.4 Pantai Damai dan diuruskan sepenuhnya oleh Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan daripada Jawatankuasa Bapa, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda.

​Simbolik perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Muhamad Hasfa bin Salleh, Naib Ketua Cawangan PBB N.4 Pantai Damai. Manakala sesi penangguhan serta penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Tuan Merdehi bin Mas, Timbalan Ketua Cawangan PBB N.4 Pantai Damai.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Dr Hj Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) merangkap Ketua Cawangan PBB N.4 Pantai Damai atas sokongan padu dan dorongan dalam menjayakan kejohanan ini.

​Tahniah kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa serta peserta yang telah menjayakan program ini!

​𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒕𝒖 𝑺𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂, 𝑴𝒂𝒓𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂!

Jawatankuasa Pergerakan Belia PBB Cawangan N.4 Pantai Damai



----------------------------------------------
Ikuti Media Sosial Rasmi Kami:
📌Instagram: instagram.com/beliapbbpantaidamai
📌TikTok: http://tiktok.com/
📌Facebook: facebook.com/beliapbbpantaidamai
📌X (Twitter): https://twitter.com/Belia1828PD

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia PBB Pantai Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia PBB Pantai Damai:

Shortcuts

Share