19/08/2026
BERITA GEMBIRA: SUMBANGAN BUKU DARIPADA YB CHONG CHIENG JEN!
Pada 02 Ogos 2026, pihak sekolah telah menerima berita gembira! Kami amat bertuah kerana menerima sumbangan buku-buku yang amat berharga daripada Ahli Parlimen Stampin, YB Chong Chieng Jen.
Majlis penyerahan buku-buku ini telah disempurnakan oleh Encik Michael Kong Feng Nian, yang merupakan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak merangkap Pembantu Khas kepada YB Chong Chieng Jen. Pihak sekolah, diwakili oleh Cikgu Govinda Bimol (mewakili Pengetua), telah menerima sumbangan ini dengan penuh kesyukuran.
Koleksi buku yang disumbangkan amat meluas dan merangkumi pelbagai genre, termasuk buku ilmiah, general, ensiklopedia, majalah, novel, dan pelbagai bahan bacaan lain yang pastinya akan memperkayakan lagi koleksi pusat sumber sekolah kami.
Sumbangan ini amat bermakna dalam usaha kami memupuk budaya membaca dalam kalangan murid dan guru. Kami amat menghargai keprihatinan YB Chong Chieng Jen dan pihak beliau dalam menyokong pendidikan dan pembangunan modal insan di sekolah ini.
Terima kasih daun keladi kepada YB Chong Chien Jen dan Encik Michael Kong atas sumbangan ini! Semoga ia memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga sekolah.