Skuadron Ketiga RAJD

Skuadron Ketiga RAJD Berusaha Berfaedah

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‰π€πŒπ”π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸ‘ π’πŠπ 𝐑𝐀𝐉𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”πŠπ”π‚π‡πˆππ†: Pada 21 Mac 2026 telah berlangsung Majlis Jamuan Hari R...
22/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‰π€πŒπ”π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸ‘ π’πŠπ 𝐑𝐀𝐉𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŠπ”π‚π‡πˆππ†: Pada 21 Mac 2026 telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 3 Skn RAJD bertempat di Dewan Makan 3 Skn RAJD. Majlis ini diadakan bagi meraikan anggota-anggota yang bertugas di pasukan semasa hari perayaan.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Komander Rejimen Jurutera (KRJ 1 Div), Kolonel Ali Zakafri bin Hj Ab Aziz dan Pegawai Staf 2 Operasi dan Latihan (PS 2 OPLAT), Mejar George Ak Paul Delam. Selain itu, majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran anggota-anggota yang bukan beragama islam bagi sama-sama meraikan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 3 Skn RAJD Tahun 2026.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar dan rakaman ucapan hari raya bagi seluruh anggota yang tinggal di pasukan. Seterusnya, tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya dan lemang istimewa yang di bakar oleh anggota pasukan 3 Skn RAJD. Kemeriahan sambutan majlis ini diteruskan lagi dengan permainan teka-teki oleh KRJ 1 Div dan pemenang mendapat sampul berisi duit raya. Dengan adanya majlis seperti ini, ianya bukan sahaja memberi memori yang bermakna buat warga 3 Skn RAJD yang merayakan Hari Raya Aidilfitri di pasukan malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama Komander Rejimen Jurutera serta dapat meningkatkan moral dan semangat perpaduan di kalangan warga 3 Skn tidak kira pangkat, bangsa dan agama.

Dalam ucapan KRJ 1 Div, beliau juga berkesempatan mengucapkan selamat hari raya dan berterima kasih kepada seluruh warga 3 Skn RAJD yang bertungkus-lumus membuat persiapan sambutan hari raya tahun ini dan berharap agar majlis seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan. KRJ 1 Div juga turut berkesempatan beramah mesra bersama ahli keluarga warga 3 Skn RAJD.

Majlis diakhiri dengan acara bersalaman-salaman dan bermaaf-maafan bersama tetamu yang hadir. Penganjuran majlis pada kali ini dilaksanakan secara berhemah dan perbelanjaan yang minima bertepatan dengan Tatacara Penganjuran Acara-Acara di Peringkat Tentera Darat iaitu penggunaan kewangan secara berhemah, optimum dan mengikuti keperluan sebenar tanpa elemen pembaziran sejajar dengan prinsip kesederhanaan.

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷



π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆSelamat Hari Raya Aidilfitri, 21 Mac 2026 Bersamaan 1 Syawal 1447H.π“œπ“ͺπ“ͺ𝓯 𝓩π“ͺ𝓱𝓲𝓻 & 𝓑π“ͺ𝓽𝓲𝓷Ikhlas ...
20/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 21 Mac 2026 Bersamaan 1 Syawal 1447H.

π“œπ“ͺπ“ͺ𝓯 𝓩π“ͺ𝓱𝓲𝓻 & 𝓑π“ͺ𝓽𝓲𝓷

Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah dan seluruh warga 3 Skn RAJD

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷



π’π€π‹π€πŒ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋 - 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍Salam Nuzul Al - Quran, 17 Ramadan 1447H / 7 Mac 2026Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah dan seluru...
07/03/2026

π’π€π‹π€πŒ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋 - 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍

Salam Nuzul Al - Quran, 17 Ramadan 1447H / 7 Mac 2026

Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah dan seluruh warga 3 Skn RAJD

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷



π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‘π€πŒπ€πƒπ€π 𝐀𝐋-πŒπ”ππ€π‘π€πŠ, πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ/πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡"Selamat menunaikan Ibadah Puasa, semoga bulan ini kita dihujani berkah...
19/02/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‘π€πŒπ€πƒπ€π 𝐀𝐋-πŒπ”ππ€π‘π€πŠ, πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ/πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

"Selamat menunaikan Ibadah Puasa, semoga bulan ini kita dihujani berkah oleh-Nya."

Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah dan seluruh warga 3 Skn RAJD

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷



ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π‰πˆπ–π€ πŒπ”π‘ππˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€πƒπ€ππˆ π‘π€πŠπ˜π€π“ (ππŒπ‘) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ πƒπˆ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 πˆππ€πƒπ€π‡, πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ˜π€π‹π€π”, ππˆππ“π”π‹π”π...
17/01/2026

ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π‰πˆπ–π€ πŒπ”π‘ππˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ€πƒπ€ππˆ π‘π€πŠπ˜π€π“ (ππŒπ‘) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ πƒπˆ πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 πˆππ€πƒπ€π‡, πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐇𝐔𝐋𝐔 ππ˜π€π‹π€π”, ππˆππ“π”π‹π”

ππˆππ“π”π‹π”: Pada 14 Januari 2026 telah berlangsung perasmian Projek Jiwa Murni Program MADANI Rakyat (PMR) Tahun 2025 yang dilaksanakan di Masjid Darul Ibadah, Kampung Hulu Nyalau, Bintulu. Program ini telah disempurnakan oleh Brig Jen Azman bin Md Zain, Panglima 31 Bgd. Turut hadir dalam perasmian ini adalah Lt Kol Khairul Iskandar bin Kamanoorizahar Pegawai Memerintah 7 RS, Lt Kol Azman bin Abdullah Timbalan Komander Rejimen Jurutera MK RAJD 1 Div, En Rainer bin Piee Penghulu Samalaju, dan En Tasim bin Sabtu Ketua Kampung Hulu Nyalau.

Kehadiran seramai 70 orang penduduk kampung ke perasmian ini melambangkan sokongan serta penglibatan aktif masyarakat setempat dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI. Majlis telah dimulakan dengan penyampaian kata-kata aluan oleh pengacara majlis yang diikuti dengan ucapan dari ketua kampung dan seterusnya Panglima 31 Bgd. Kemuncak majlis ini menyaksikan acara menandatangani plat perasmian yang disempurnakan oleh Panglima 31 Bgd. Majlis diteruskan dengan acara bergambar serta jamuan bersama penduduk kampung sebelum bersurai.

Projek Jiwa Murni Program MADANI Rakyat ini telah bermula pada 1 Disember 2025 dan siap sepenuhnya pada 30 Disember 2025. Projek ini melibatkan kerja-kerja senggaraan Masjid Darul Ibadah, Kampung Hulu Nyalau dengan kekuatan anggota seramai 1 Pegawai dan 17 anggota Lain-lain Pangkat daripada pasukan 3 Skn RAJD. Projek ini telah berjaya dilaksanakan dalam masa 30 hari bekerja.

Inisiatif Program MADANI Rakyat dibawah Kementerian Pertahanan ini turut mencerminkan pelaksanaan Perintah Ulung Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD) T.E.D.U.N.G - "Teguh Siaga", yang menekankan kesiagaan yang mampan dan utuh berdasarkan kepada keseimbangan keperluan dan kemampuan bagi mencapai misi yang ditetapkan. Ini dibuktikan dengan kemampuan atur gerak dan kejayaan pasukan 3 Skn RAJD dalam melaksanakan program ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷







𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πˆπ’π“π„π‘πˆ ππ„π‘π’π€π‹πˆπ ππ€πŠπ€π“  𝐑𝐀𝐉𝐃 𝟏 πƒπˆπ•πŠπ„πŒ ππ„ππ‘πˆπ’π’π„π: BAKAT RAJD 1 Div telah melaksanakan Lawatan Kebajikan ...
12/01/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πˆπ’π“π„π‘πˆ ππ„π‘π’π€π‹πˆπ ππ€πŠπ€π“ 𝐑𝐀𝐉𝐃 𝟏 πƒπˆπ•

πŠπ„πŒ ππ„ππ‘πˆπ’π’π„π: BAKAT RAJD 1 Div telah melaksanakan Lawatan Kebajikan Isteri Bersalin pada 6 Jan 26 yang lepas. Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni ahli-ahli BAKAT yang telah melahirkan cahaya mata dalam bulan September sehingga Disember 2025. Lawatan yang bermula pada jam 1430H itu telah dilaksanakan di beberapa lokasi kediaman RKAT Kem Penrissen.

Antara ahli BAKAT yang diziarahi adalah Puan Jasmira binti Osman, isteri kepada SSjn Mohd Rafsham bin Awang Man, Puan Siti Fazatul Azlika binti Awang, isteri kepada Kpl Nur Aqil bin Nordin dan Puan Didiana binti Johan, isteri kepada Kpl Mohammad Ismail bin Sejili @ Jelen.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan tahniah, malah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral BAKAT kepada ahli-ahli yang melalui fasa penting selepas melahirkan anak.

Lawatan tersebut telah disertai oleh Pengerusi BAKAT MK RAJD 1 Div, Pengerusi BAKAT 3 Skn RAJD, Isteri kepada RSM MK RAJD dan PKB 3 Skn RAJD.

Diharapkan melalui lawatan kebajikan seumpama ini, hubungan silaturahim antara BAKAT dan ahli-ahlinya akan terus diperkukuhkan, di samping menyemai semangat kekeluargaan dan keprihatinan dalam kalangan komuniti ketenteraan.

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž: 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷



π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.Semoga tahun ini m...
31/12/2025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga tahun ini membawa lebih banyak harapan, peluang baru dan kebahagiaan yang menyertai setiap langkah kita.

Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah dan seluruh warga 3 Skn RAJD

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷



π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 πŸπŸŽπŸπŸ“Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya buat yang beragama ...
26/12/2025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 πŸπŸŽπŸπŸ“

Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya buat yang beragama Kristian.

Semoga perayaan Hari Natal pada tahun ini juga disambut dengan penuh kemeriahan dan bermakna bersama keluarga tercinta.

Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah dan seluruh warga 3 Skn RAJD

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷



πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ†π†πŽπ“π€ π‹π€πˆπ-π‹π€πˆπ ππ€ππ†πŠπ€π“ 𝐑𝐀𝐉𝐃 𝟏 πƒπˆπ•.πŠπ”π‚π‡πˆππ†: Seramai tiga pegawai dan seorang angg...
28/11/2025

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ†π†πŽπ“π€ π‹π€πˆπ-π‹π€πˆπ ππ€ππ†πŠπ€π“ 𝐑𝐀𝐉𝐃 𝟏 πƒπˆπ•.

πŠπ”π‚π‡πˆππ†: Seramai tiga pegawai dan seorang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Komander Rejimen Jurutera 1 Divisyen, Kolonel Ali Zakafri bin Hj Ab Aziz. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan terhadap komitmen, dedikasi serta kecemerlangan warga pasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap perkhidmatan.

Dalam majlis tersebut, seramai tiga pegawai 3 Skn RAJD telah dinaikkan pangkat dari Lt M ke Leftenan melibatkan Lt M Ahmad Shaq’qel bin Ahmad Nordin,Lt M Ibrahim bin Yasir Arif, dan Lt M Nur Syuhada binti Mat Sukor. Manakala bagi anggota LLP, kenaikan pangkat dari Sjn ke SSJn iaitu 1160560 Sjn Spencer anak Boniface Tunton. Sesungguhnya, kenaikan pangkat ini melambangkan kepercayaan kepimpinan terhadap profesionalisme, disiplin dan prestasi pegawai dan anggota tersebut.

Dalam ucapan beliau, KRJ 1 Div menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang telah dinaikkan pangkat dan menegaskan bahawa kenaikan tersebut membawa amanah serta tanggungjawab baharu yang perlu digalas dengan penuh integriti, semangat juang dan komitmen berterusan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Komander Rejimen Jurutera 1 Divisyen, Lt Kol Azman bin Abdullah, bersama pegawai-pegawai pasukan yang hadir bagi memberikan sokongan dan memeriahkan majlis.

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷








𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝟏 πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ„ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ€πˆπŠ 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 π’πˆπ’π“π„πŒ ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐁𝐄 𝐖𝐄𝐋𝐋 𝐎𝐏 πŠπ„π‘πˆπ’ 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 π’π„πŠπ“πŽπ‘ 𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“.πŠπ”...
28/11/2025

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝟏 πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ„ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ€πˆπŠ 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 π’πˆπ’π“π„πŒ ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐁𝐄 𝐖𝐄𝐋𝐋 𝐎𝐏 πŠπ„π‘πˆπ’ 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 π’π„πŠπ“πŽπ‘ 𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“.

πŠπ”π‚π‡πˆππ†: Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), Mejar Jeneral Dato' Khairul Anuar bin Abd Aziz telah melaksanakan lawatan kerja ke Pos GABMA Serikin dan Pos Kandaie 2 bagi meninjau kemajuan kerja projek sistem bekalan air yang sedang dilaksanakan di kedua-dua pos berkenaan pada 26 November 2025. Lawatan ini bertujuan untuk memastikan projek ini berjalan mengikut jadual di mana hasil projek ini akan menyediakan kemudahan bekalan air bersih yang lebih baik bagi anggota yang bertugas di barisan hadapan, sekali gus meningkatkan kesejahteraan mereka dalam menjalankan tugas demi negara.

Di Pos Kandaie 2, Panglima telah diberi taklimat ringkas mengenai skop dan kemajuan fizikal kerja. Panglima turut diterangkan mengenai sistem rawatan air yang akan digunakan di Pos tersebut. Panglima seterusnya melawat ke Pos Serikin bagi melihat kemajuan kerja-kerja senggaraan sistem bekalan air yang sedang dilaksanakan di Pos tersebut.

Lawatan ini telah mencerminkan keprihatinan Panglima 1 Div dalam memastikan kebajikan anggota yang beroperasi sentiasa terpelihara di samping menentukan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada RAJD 1 Div berjalan dengan lancar. Turut hadir semasa lawatan adalah Panglima 3 Briged, Brig Jen Khairuddin bin Zakaria, KRJ 1 Div, Kol Ali Zakafri bin Hj Ab Aziz dan Peg Pem 3 Skn RAJD, Mej Muhammad Mikyad Mike bin Andrew.

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷








π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡Sekalung Tahniah buat Brigedier Jeneral Dato' Fazillah bin Ibrahim atas pengurniaan Darjah Dato' Pahlawa...
09/11/2025

π’π„πŠπ€π‹π”ππ† π“π€π‡ππˆπ€π‡

Sekalung Tahniah buat Brigedier Jeneral Dato' Fazillah bin Ibrahim atas pengurniaan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari. Ikhlas daripada Pegawai Pemerintah dan Seluruh Warga 3 Skn RAJD.

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷



π”π‰πˆπ€π 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐉𝐔 πŸπŸ“ 𝐊𝐌 π”π‰πˆ πŠπ„π‚π„π‘π†π€π’π€π π€ππ†π†πŽπ“π€ ππ€π’π”πŠπ€π π’πŠπ”π€πƒπ‘πŽπ πŠπ„-πŸ‘ π‘π„π‰πˆπŒπ„π π€π’πŠπ€π‘ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 πƒπˆπ‘π€π‰π€.πŠπ”π‚π‡πˆππ†: Ujian Jalan L...
07/11/2025

π”π‰πˆπ€π 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐉𝐔 πŸπŸ“ 𝐊𝐌 π”π‰πˆ πŠπ„π‚π„π‘π†π€π’π€π π€ππ†π†πŽπ“π€ ππ€π’π”πŠπ€π π’πŠπ”π€πƒπ‘πŽπ πŠπ„-πŸ‘ π‘π„π‰πˆπŒπ„π π€π’πŠπ€π‘ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 πƒπˆπ‘π€π‰π€.

πŠπ”π‚π‡πˆππ†: Ujian Jalan Laju (UJL) 15 kilometer telah dilaksanakan oleh Skuadron Ke-3 Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 Skn RAJD) pada 10 Oktober 2025 bertempat di sekitar Kem Penrissen. Ujian ini telah dilaksanakan ke atas semua pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang berada di pasukan. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk menilai tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental serta semangat juang setiap anggota agar sentiasa berada pada tahap kesiagaan optimum selaras dengan aspirasi Tentera Darat Malaysia. UJL 15 KM yang dilaksanakan dimulakan dengan penyampaian arahan latihan oleh pegawai latih pasukan, diikuti dengan taklimat oleh Jurulatih Jasmani dan aktiviti pemanasan badan.

Pelaksanaan UJL 15 KM turut menitikberatkan aspek-aspek asas seperti keselamatan, penjagaan senjata serta penyelenggaraan peralatan Full Service Marching Order (FSMO). Di samping itu, pelaksanaan ujian ini juga menjadi medium penilaian terhadap keupayaan kepimpinan di semua peringkat pemerintahan dalam aspek perintah, kawalan dan koordinasi bagi memastikan pergerakan anggota dilaksanakan secara teratur, berdisiplin dan selaras dengan objektif latihan yang ditetapkan.

Kesemua pegawai dan anggota telah berjaya menamatkan Ujian Jalan Laju (UJL) ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan peralatan dilaporkan. Pasukan akan terus komited dalam usaha mengekalkan tahap kecergasan warga 3 Skn RAJD di samping memastikan pelaksanaan latihan dilaksanakan mengikut kitaran yang telah ditetapkan bagi mengekalkan kesiagaan dan keupayaan tempur yang optimum.

π·π‘–π‘ π‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘˜π‘Žπ‘› π‘œπ‘™π‘’β„Ž 3 π‘†π‘˜π‘› 𝑅𝐴𝐽𝐷








Address

Kem Penrissen
Kuching
93677

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuadron Ketiga RAJD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Skuadron Ketiga RAJD:

Share