14/05/2026
๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐๐๐ธ๐๐ฝ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ถ ๐๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฟ
๐ฆ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ก, ๐ญ๐ฐ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Program Wanita Cukup Berani anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berjaya menghimpunkan hampir 300 peserta secara fizikal dan dalam talian menerusi siaran langsung yang berlangsung di Auditorium INFRA Cawangan Sarawak hari ini.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 itu disiarkan secara langsung dari lokasi pusat siaran utama di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Klang, Bukit Raja, Selangor.
Peserta yang hadir dari lima kawasan Parlimen iaitu Samarahan, Stampin, Batang Sadong, Puncak Borneo dan Serian hadir menjayakan program yang mengetengahkan agenda pemerkasaan wanita melalui pendidikan, kemahiran dan inspirasi kepimpinan.
Pengarah KEMAS Negeri Sarawak, Encik Taufik bin Mohd Yusop hadir sebagai tetamu kehormat dan mengikuti keseluruhan program dari awal hingga akhir. Beliau turut meraikan sambutan Hari Ibu bersama peserta melalui upacara memotong pulut kuning serta menyampaikan bunga sebagai tanda penghargaan kepada para wanita yang hadir.
Selain itu, beliau juga berkesempatan mencuba demonstrasi penyediaan makanan tradisional Sarawak seperti kuih penyaram dan tumpik lemantak yang dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat Kemahiran Masakan KEMAS.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang ketika menjadi panel sesi bicara inspirasi Wanita Hari Ini (WHI) berkata wanita perlu berani keluar daripada zon selesa dan terus memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan.
โ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐๐๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ถ, ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ธ๐๐ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐๐ฎ๐น๐ถ๐๐ถ ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฒ๐บ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป ๐ธ๐ต๐๐๐๐๐ป๐๐ฎ ๐ฑ๐ถ ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป. ๐๐น๐บ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฒ๐ต๐ถ๐ฑ๐๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ฏ ๐ธ๐ถ๐๐ฎ,โkatanya.
Beliau turut menegaskan bahawa wanita merupakan aset penting dalam pembangunan keluarga dan masyarakat serta yakin wanita mampu berjaya sekiranya diberi peluang dan ruang yang sewajarnya.
โ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐ธ๐ฒ๐ด๐ฎ๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ป๐๐ฎ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป. ๐ฆ๐ฎ๐๐ ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป. Kerajaan telah menyediakan banyak peluang untuk memastikan wanita terus maju dan cukup berani mencapai kejayaan,โ tambah beliau lagi.
Peserta program, Puan Huni ak Ekok dari Serian berkata program tersebut sangat bertepatan dalam usaha mengangkat imej wanita agar lebih yakin, berilmu dan berani menghadapi cabaran kehidupan.
โProgram ini amat baik sekali kerana memberi semangat kepada wanita untuk terus maju dan bangkit melangkah dengan lebih berani,โ katanya.
Sementara itu, Sheril Nadia Binti Hamzah, peserta kelas jahitan Kampung Serpan Laut menyifatkan program tersebut sebagai sangat bermanfaat dan memberi inspirasi kepada wanita untuk lebih yakin mencuba sesuatu yang baharu.
Menurut beliau, sesi grooming, komunikasi santai serta bicara inspirasi yang diadakan walaupun ringkas namun penuh dengan ilmu dan motivasi.
Bagi Debra Melessia Anak Nohe, Pemaju Masyarakat Kemahiran Jahitan Kampung Tanjung Parang Samarahan p**a, pengisian program amat baik dan sangat bertepatan dengan sambutan Hari Ibu pada bulan ini.
โProgram ini membuka ruang dan peluang untuk mengangkat martabat kaum wanita serta memberi keyakinan kepada mereka untuk terus berjaya,โ ujarnya.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program termasuk jualan makanan, minuman dan kraftangan selain demonstrasi masakan tradisional Sarawak yang berjaya menarik perhatian peserta.
Objektif utama program adalah bagi mewujudkan sinergi strategik antara KEMAS dan platform WHI dalam memperkasakan ekonomi wanita luar bandar, di samping mempromosikan kursus serta program kemahiran KEMAS kepada masyarakat secara lebih meluas.
Turut hadir ialah Puan Juliana Binti Mohamad Ali, Penolong Pengarah Pejabat KKDW Negeri Sarawak, Encik Franky A/L Mias, Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan) INFRA Kampus Samarahan serta Puan Fatimah Rosli, Timbalan Pengarah Unit Kewangan dan Pembangunan KEMAS Sarawak.
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat