08/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐ ๐๐๐๐)
๐๏ธ 22 Mei 2026
๐ Kuching, Sarawak
Penyertaan Lembaga Lada Malaysia (MPB) dalam Sambutan Hari TVET Negara 2026 berjaya menarik perhatian pengunjung terhadap potensi industri lada sebagai sektor agrikomoditi yang dipacu teknologi dan inovasi.
Turut mendapat perhatian ialah produk-produk usahawan bimbingan MPB yang dipamer dan dijual sepanjang program, sekali gus memperlihatkan potensi industri lada dalam menjana nilai tambah serta peluang ekonomi kepada komuniti setempat.
Melalui reruai pameran di bawah Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), MPB memperkenalkan pelbagai aplikasi digital, teknologi penanaman, hasil penyelidikan serta peluang pembangunan kemahiran dan kerjaya dalam industri lada.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MPB dalam memperluas kesedaran mengenai industri lada, menggalakkan penglibatan generasi muda dalam sektor agrikomoditi serta menyokong agenda pembangunan TVET negara.