25/08/2026
Salam Maulidur Rasul SAW 1448/2026
Sempena Maulidur Rasul SAW, marilah kita bersama-sama menyuburkan rasa cinta kepada Baginda dengan menghayati sirah, meneladani akhlak serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dilafazkan dengan selawat dan pujian, tetapi dizahirkan melalui akhlak, amanah, ihsan dan amalan yang mencerminkan sunnah Baginda.
Marilah kita bersama-sama membina ummah yang berilmu, berakhlak, bersatu dan saling menyantuni.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI.
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.