GIATMARA Sarawak

GIATMARA Sarawak Laman sosial rasmi GIATMARA Negeri Sarawak. Untuk permohonan latihan secara online, layari
https://giatmara.edu.my/
(1)

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi

membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA. GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (kini dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Pada akhir RMK 10, bilangan GIATMARA dijangka akan bertambah menjadi 231 buah seluruh negara.

21/04/2026

Berita Baik ‼️‼️

Program Training On Demand (TOD) Kembali lagi Di Giatmara Kota Samarahan di Hujung Minggu Anda 🤗🌹

Berminat Boleh Hubungi No Telefon Yang Tertera Atau Boleh Daftar Di Link :

https://forms.gle/YyEKNrUZaX5fRzbE6

Tempat Adalah Terhad !!

🚨 PELUANG KERJAYA MENANTI ANDA! 🚨🔥 JADI TENAGA PENGAJAR GIATMARA NEGERI SARAWAK 🔥Anda ada kemahiran? Pengalaman? Minat m...
14/04/2026

🚨 PELUANG KERJAYA MENANTI ANDA! 🚨
🔥 JADI TENAGA PENGAJAR GIATMARA NEGERI SARAWAK 🔥

Anda ada kemahiran? Pengalaman? Minat mengajar?
💥 Inilah peluang anda untuk melangkah lebih jauh dalam dunia TVET!

📢 Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:

🎯 KUMPULAN PERKHIDMATAN: Pengajar
📌 GRED: GP29
📄 STATUS: Kontrak

🔧 BIDANG KURSUS:
🚗 Teknologi Automotif
🏍️ Teknologi Motosikal
⚡ Pendawai Elektrik
❄️ Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
💻 Teknologi Sistem Komputer

✨ SYARAT KELAYAKAN:
✔ Warganegara Malaysia
✔ Berumur 23 tahun ke atas & sihat tubuh badan
✔ Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
✔ Mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia & Sijil VTO/TVET
✔ Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan
✔ Mempunyai pengetahuan IT & mahir Microsoft Office
✔ Komited, bertanggungjawab & mampu bekerja dengan pengawasan minima

📩 CARA MEMOHON:
Hantar permohonan lengkap bersama resume & salinan sijil ke:

📧 [email protected]

atau pos ke:
📍 Pengarah
GIATMARA Negeri Sarawak
No. 15C, Tingkat 2
Kompleks MARA Satok Parade
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak

📅 Tarikh Tutup: 24 April 2026

⚡ Jangan tunggu peluang datang… ANDA yang kena rebut peluang ini!
💪 Jom jadi sebahagian daripada tenaga pengajar yang membentuk masa depan generasi mahir negara!






🔥 5 HARI LAGI! 🔥Debaran makin terasa!Karnival Pendidikan MARA 2026 kini semakin hampir dan bakal membuka peluang masa de...
13/04/2026

🔥 5 HARI LAGI! 🔥

Debaran makin terasa!
Karnival Pendidikan MARA 2026 kini semakin hampir dan bakal membuka peluang masa depan anda! 🚀

📍 Siri 3
🗓 18 – 19 April 2026

Jangan lepaskan peluang untuk hadir di lokasi berikut:

📌 Sarawak – CityOne Megamall, Kuching

✨ Pelbagai institusi pendidikan MARA menanti anda!
✨ Info pengajian, peluang kerjaya & masa depan lebih cerah!

🎯 GIATMARA juga akan berada di lokasi tersebut!
Datanglah berjumpa kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus kemahiran yang ditawarkan 💪

🤝 Kami tunggu anda di sana! Jangan lepaskan peluang ini!

💡 Jom jadi sebahagian daripada Destinasi Ilmu, Inspirasi Global!





13/04/2026

Nak Mohon GIATMARA? Semak Kelayakan Anda Di Sini.
Permohonan GIATMARA kini lebih mudah, cepat dan mesra pengguna.
Ikuti panduan dalam video ini untuk mengetahui langkah demi langkah termasuk cara semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.
Mulakan langkah anda ke arah penguasaan kemahiran, pembinaan kerjaya dan masa depan yang lebih terjamin bersama GIATMARA.
Jangan sekadar menunggu peluang, ambil tindakan dan cipta peluang anda sendiri.
Tonton sekarang dan ketahui sama ada anda layak untuk menyertai GIATMARA.


✨ Salam Aidilfitri 1447H / 2026M ✨Daripada seluruh Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak, kami ingin mengucapkan Selamat Ha...
20/03/2026

✨ Salam Aidilfitri 1447H / 2026M ✨

Daripada seluruh Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga kerja, pelatih, rakan strategik serta masyarakat.

Kalau ada tersilap kata, terlebih gurau, atau WhatsApp lambat reply 😄, harap dimaafkan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat jangan lupa beraya!

Semoga Syawal ini penuh kegembiraan, rezeki melimpah dan hubungan kita makin erat 🤝

**Ikhlas daripada,
Seluruh Pengurusan GIATMARA Negeri Sarawak** 🌙✨

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙Syawal menjelma, hati kembali bersih, ukhuwah dieratkan, kasih disemai.Di hari yang pe...
18/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Syawal menjelma, hati kembali bersih, ukhuwah dieratkan, kasih disemai.

Di hari yang penuh keberkatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan atas segala kekhilafan.

Raikan kemenangan dengan senyuman,
Hiasi pertemuan dengan kemaafan,
Indahkan Syawal dengan penuh kesyukuran.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna, sejuta kenangan dan keberkatan yang berpanjangan buat kita semua. ❤️

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

17/03/2026

Watch, follow, and discover more trending content.

Majlis Khatamal Al-Quran yang telah dijalankan di GIATMARA Saratok pada 12 Mac melibatkan seluruh Pusat GIATMARA Sarawak...
17/03/2026

Majlis Khatamal Al-Quran yang telah dijalankan di GIATMARA Saratok pada 12 Mac melibatkan seluruh Pusat GIATMARA Sarawak secara bersemuka dan atas talian.

Syukur alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih tuan rumah yang dah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Saratok

Sebelum pelaksanaan majlis ini, atas inisiatif tuan Pengarah sendiri semua pusat telah melaksanakan tadarus al-quran secara beramai-ramai dan berkumpulan sepanjang bulan Ramadan ini.

InsyaAllah, program ini akan diteruskan di masa akan datang. Semoga dengan adanya program tadarus ini, anggota kerja dan pelatih berpeluang untuk memperbaiki/menambahbaik tahap bacaan Al-Quran masing-masing.



Juh OOTD ktk orang di GIATMARA Stampin raya tok.. Book slot whatsapp nombor di iklan k..Confirm puas hati 😍
17/03/2026

Juh OOTD ktk orang di GIATMARA Stampin raya tok.. Book slot whatsapp nombor di iklan k..

Confirm puas hati 😍

Program Semarak Kasih  Ramadan 1447 Hijrah GIATMARA Negeri Sarawak bertempat di GIATMARA Saratok pada 11 Mac 2026. Progr...
11/03/2026

Program Semarak Kasih Ramadan 1447 Hijrah GIATMARA Negeri Sarawak bertempat di GIATMARA Saratok pada 11 Mac 2026. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan berkongsi rezeki bersama komuniti setempat.

Antara pengisian program adalah agihan bubur lambuk dan serahan sumbangan bakul makanan kepada pelatih transit GIATMARA Saratok.

02/02/2026

Address

No 15D, Tingkat 3, Kompleks MARA Satok Parade
Kuching
93400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GIATMARA Sarawak:

Share