DOSM Sarawak

DOSM Sarawak DOSM Sarawak adalah singkatan bagi Department of Statistics Malaysia Sarawak (Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sarawak)

Jom sama-sama berikan sokongan kepada Pejabat Perangkaan Sarikei DOSM Sarawak dalam Apresiasi Digital Kontinjen Maulidur...
02/09/2026

Jom sama-sama berikan sokongan kepada Pejabat Perangkaan Sarikei DOSM Sarawak dalam Apresiasi Digital Kontinjen Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M ๐ŸŒ™โœจ

Setiap tanda ๐Ÿ‘ anda membawa makna sokongan dan penghargaan kepada kreativiti serta semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW yang ditampilkan oleh setiap kontinjen.

Ayuh, berikan sokongan kepada kontinjen pilihan anda! Satu LIKE, satu sokongan!




02/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ง๐—ฆ ๐—ฆ๐—–๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™๐—œ๐—– ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ง๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—›๐—ฆ๐—ก) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ“ฐ

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjemput semua pelajar di seluruh Malaysia untuk menyertai Pertandingan Infografik dan Stats Scientific Poster bersempena Hari Statistik Negara (HSN) Tahun 2026 dengan Tema โ€œStatistik Nadi Kehidupanโ€.

Pertandingan Infografik terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Kerajaan (Darjah 4, 5 dan 6) dan Pertandingan Stats Scientific Poster terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah Harian Kerajaan (Tingkatan 4, 5 dan 6).

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil pengetahuan dan bakat pelajar dalam penghasilan Infografik dan Stats Scientific Poster yang merangkumi gabungan teks ringkas dengan jadual, graf, gambar dan format persembahan yang menarik dengan menggunakan data daripada DOSM. Selain itu, ianya dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman statistik di peringkat sekolah.

๐Ÿ“† Tempoh penyertaan pada 1 โ€“ 30 September 2026

๐ŸŽ Hadiah menarik menanti anda! โœจ

Kategori Pertandingan Infografik
RM300 + sijil tempat pertama
RM200 + sijil tempat kedua
RM100 + sijil tempat ketiga
RM50 + sijil saguhati x10

Kategori Pertandingan Stats Scientific Poster
RM900 + sijil tempat pertama
RM600 + sijil tempat kedua
RM300 + sijil tempat ketiga
RM150 + sijil saguhati x10

๐Ÿ“œ Sijil Penghargaan akan disediakan kepada sekolah yang menghantar penyertaan!

Untuk maklumat lanjut:
๐Ÿ“ž Hubungi: โ€ฌ03-8090 4502/ 03-8090 4507/ 03-8090 4513โ€ฌโ€ฌ
๐Ÿ“ง Emel: [email protected]








Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my

Facebook DOSM:
https://www.facebook.com/StatsMalaysia

X DOSM:
https://twitter.com/StatsMalaysia

Instagram DOSM:
https://www.instagram.com/statsmalaysia

TikTok DOSM:
https://www.tiktok.com/

YouTube DOSM:
https://www.youtube.com/

LinkedIn DOSM:
https://www.linkedin.com/company/statsmalaysia

SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026! Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpadu...
31/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026!

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan terus berganding bahu dalam membina sebuah Malaysia yang maju, sejahtera dan berdaya saing.

"MALAYSIA MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Ikhlas daripada:
Pengarah dan warga kerja
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak

"Statistik Nadi Kehidupan"








SESI SEMAKAN KAWALAN KUALITI DATA BANCI EKONOMI 2026KUCHING, 26โ€“28 Ogos 2026 | Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawa...
28/08/2026

SESI SEMAKAN KAWALAN KUALITI DATA BANCI EKONOMI 2026

KUCHING, 26โ€“28 Ogos 2026 | Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak (DOSM Sarawak) telah menerima kunjungan pegawai dari Ibu Pejabat bagi melaksanakan Sesi Semakan Kawalan Kualiti Data Banci Ekonomi 2026.

Sesi semakan ini bertujuan untuk memastikan kualiti data Banci Ekonomi 2026 melalui semakan konsistensi dan silang, pengesanan serta pembetulan ralat, dan pengesahan maklumat bersama pegawai DOSM Sarawak.

Semoga sesi semakan ini dapat meningkatkan kualiti dan ketepatan data Banci Ekonomi 2026 serta menyokong penghasilan statistik yang berkualiti untuk perancangan pembangunan negara.

"Statistik Nadi Kehidupan"








Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my

Facebook DOSM:
https://www.facebook.com/StatsMalaysia

Facebook BE2026:
https://www.facebook.com/banciekonomi2026

X DOSM:
https://twitter.com/StatsMalaysia

Instagram DOSM:
https://www.instagram.com/statsmalaysia

TikTok DOSM:
https://www.tiktok.com/

YouTube DOSM:
https://www.youtube.com/

LinkedIn DOSM:
https://www.linkedin.com/company/statsmalaysia

MAULIDUR RASUL 1448H | 2026 โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh ikutan yang baik buat kamu, iaitu...
24/08/2026

MAULIDUR RASUL 1448H | 2026

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh ikutan yang baik buat kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah dan (kedatangan) hari akhirat, serta yang banyak mengingati Allah.โ€
โ€” Surah al-Ahzab, 33:21

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak mulia dan sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman dalam kehidupan. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan diterjemahkan melalui amalan, akhlak serta sikap saling menghormati.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini membawa keberkatan, kedamaian dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.

โ€œWahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutuskanmu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.โ€
โ€” Surah al-Ahzab, 33:45

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๏ทบ

"Statistik Nadi Kehidupan"








20/08/2026

๐๐š๐ง๐œ๐ข ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐„๐ฏ๐จ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Struktur ekonomi Malaysia terus berkembang seiring perubahan zaman, melalui tiga fasa utama yang mencerminkan transformasi ekonomi negara, bermula dengan Era Pertanian (1970), beralih kepada Era Perindustrian dan Perkhidmatan (1995) dan kini melangkah ke Era Teknologi (2024).

Dalam setiap fasa transformasi tersebut, pelbagai dasar dan strategi pembangunan negara telah dirangka, diperkukuh serta ditambah baik berlandaskan data dan maklumat yang diperoleh melalui Banci Ekonomi. Sebagai sumber data strategik, Banci Ekonomi menjadi kompas dalam memahami landskap perniagaan, mengenal pasti perubahan struktur ekonomi dan membimbing perancangan pembangunan negara.

Kini, Banci Ekonomi 2026 hadir untuk merekod denyut nadi ekonomi semasa serta menyediakan gambaran yang lebih menyeluruh tentang prestasi dan struktur ekonomi Malaysia.

๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง๐œ๐ข ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ฆ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐ž๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š.








Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my

Facebook DOSM:
https://www.facebook.com/StatsMalaysia

Facebook BE2026:
https://www.facebook.com/banciekonomi2026

X DOSM:
https://twitter.com/StatsMalaysia

Instagram DOSM:
https://www.instagram.com/statsmalaysia

TikTok DOSM:
https://www.tiktok.com/

YouTube DOSM:
https://www.youtube.com/

LinkedIn DOSM:
https://www.linkedin.com/company/statsmalaysia

19/08/2026

๐Š๐ข๐ง๐ข ๐Š๐š๐ฅ๐ค๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ž๐ซ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐š๐š๐ง ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐š๐ง ๐–๐š๐ฃ๐š๐ซ (๐Œ๐ฒ๐๐€๐Š๐–) ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ ๐Š๐ข๐ซ๐š ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ! ๐Ÿ“Š๐Ÿค

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengemaskini Kalkulator MyPAKW bagi membantu isi rumah yang mempunyai ahli keluarga berkeperluan khas mengira anggaran perbelanjaan yang diperlukan dengan lebih realistik.

Kategori Kumpulan Berkeperluan Khas yang terlibat meliputi:
โœ… Warga Emas
โœ… Pesakit
โœ… Orang Kurang Upaya

๐Ÿ‘‰ Jom kira dan ketahui nilai PAKW isi rumah anda menerusi portal rasmi MyPAKW.
๐ŸŒ https://mypakw.dosm.gov.my/








Portal DOSM:
https://www.dosm.gov.my

Facebook DOSM:
https://www.facebook.com/StatsMalaysia

Facebook BE2026:
https://www.facebook.com/banciekonomi2026

X DOSM:
https://twitter.com/StatsMalaysia

Instagram DOSM:
https://www.instagram.com/statsmalaysia

TikTok DOSM:
https://www.tiktok.com/

YouTube DOSM:
https://www.youtube.com/

LinkedIn DOSM:
https://www.linkedin.com/company/statsmalaysia

19/08/2026

๐’๐ญ๐š๐ญ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ค ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ƒ๐Ž๐’๐Œ: 19 Ogos 2026

๐’๐ญ๐š๐ญ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ค ๐Š๐š๐ฉ๐š๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐’๐“๐Ÿ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Industri Pembuatan merekodkan kadar 83.7 peratus kapasiti penggunaan pada suku kedua 2026, meningkat 1.2 mata peratus berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya (ST2 2025: 82.5%). Pada suku tahun ini, kesemua subsektor mencatatkan kapasiti penggunaan melebihi 80 peratus.

Laporan penuh boleh didapati melalui:
1. Portal DOSM (https://www.dosm.gov.my/);
2. eStatistik (https://newss.statistics.gov.my/); dan
3. Media Sosial DOSM

18/08/2026
LAWATAN KERJA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA, SARAWAK KE IRIX KUCHING 1 DC KUCHING | 17 OGOS 2026 YBrs. Puan Dayang Rozana ...
18/08/2026

LAWATAN KERJA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA, SARAWAK KE IRIX KUCHING 1 DC

KUCHING | 17 OGOS 2026

YBrs. Puan Dayang Rozana binti Abang Hassan, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Irix Kuching 1 DC .

Lawatan ini memberi peluang kepada DOSM Sarawak untuk lebih memahami pengoperasian aktiviti pusat data di Sarawak. Irix Kuching 1 DC turut merupakan pusat data pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Tier IV daripada Uptime Institute bagi fasiliti yang dibina.

Syarikat turut memberi kerjasama penuh kepada DOSM Sarawak dalam pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 ini.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

โ€œStatistik Nadi Kehidupanโ€






Address

Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sarawak, Tingkat 5, 7, 8 & 9, Bangunan TDPT Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga
Kuching
93514

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6082240287

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSM Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DOSM Sarawak:

Share