Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Government Organization, Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Kuching.
(1)

Sedang berlangsung | Promosi dan Pameran buku terbitan DBP bersempena dengan Bulan Membaca Kebangsaan anjuran Pejabat Se...
26/08/2026

Sedang berlangsung | Promosi dan Pameran buku terbitan DBP bersempena dengan Bulan Membaca Kebangsaan anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak yang sedang berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2026 di Kompleks Persekutuan Kuching.

DBP menawarkan diskaun istimewa dalam setiap pembelian buku terbitan DBP. Ayuh temui kami di sini hari ini! πŸ“šπŸ“š




Syabas dan tahniah diucapkan kepada Surau Darul Islam, Kampung Tengah Hulu, Gedong telah dinobatkan sebagai Juara Keselu...
25/08/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Surau Darul Islam, Kampung Tengah Hulu, Gedong telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sambutan Maulidur Rasul Daerah Gedong 2026.



ππŽπ“πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 πŠπ„πƒπ€πˆ ππ”πŠπ” 𝐃𝐁𝐏 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€π‘π€π–π€πŠ ππ„π‘π’π„πŒππ„ππ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 1448𝐇/2026𝐌
24/08/2026

ππŽπ“πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 πŠπ„πƒπ€πˆ ππ”πŠπ” 𝐃𝐁𝐏 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€π‘π€π–π€πŠ ππ„π‘π’π„πŒππ„ππ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 1448𝐇/2026𝐌

Pengarah dan seluruh karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada...
24/08/2026

Pengarah dan seluruh karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Pengarah dan seluruh karyawan DBP Cawangan Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam....
24/08/2026

Pengarah dan seluruh karyawan DBP Cawangan Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan membanyakkan selawat serta mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

KUCHING, 24 Ogos 2026 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2026...
24/08/2026

KUCHING, 24 Ogos 2026 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2026 bertempat di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak.

Majlis yang melibatkan semua staf DBP Cawangan Sarawak turut diserikan dengan pelbagai pengisian, antaranya taklimat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Dewan Bahasa, bacaan doa, persembahan puisi kemerdekaan serta amanat oleh YBrs. Dr. Azizul bin Haji Ismail, Pengarah DBP Cawangan Sarawak.

Selain itu, turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan Sekalung Seni 2026, persembahan lagu patriotik serta gimik pelancaran Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menyampaikan maklumat dan amanat kepada setiap karyawan, malah turut memperkukuh semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara yang akan menyambut kemerdekaan dan hari Malaysia tidak lama lagi.

PUISI | Memikul Matahari, karya Zamhari Baktiβ€”Puisi ini terbit dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa 24 Ogos 2026, dengan ...
24/08/2026

PUISI | Memikul Matahari, karya Zamhari Bakti

β€”
Puisi ini terbit dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa 24 Ogos 2026, dengan kerjasama Utusan Borneo.

RENCANA | Dilah Tuah menelusuri tiga sajak mutakhir Jong Chian Lai dengan melihat cara penyair mengolah perkara-perkara ...
24/08/2026

RENCANA | Dilah Tuah menelusuri tiga sajak mutakhir Jong Chian Lai dengan melihat cara penyair mengolah perkara-perkara sederhana melalui citra, diksi dan perlambangan untuk menemukan makna yang lebih mendalam.

β€”
Rencana ini terbit dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa 24 Ogos 2026, dengan kerjasama Utusan Borneo.

2026-08-24T08:16:48+08:00 Ogos 24, 2026, Isnin - 8:16am Oleh: Dilah Tuah JONG CHIAN LAI dikenali sebagai cerpen*s dan novelis yang banyak mengangkat kehidupan masyarakat Sarawak, khususnya masyarakat Iban dan Cina. Namun, dunia kreatifnya bermula dengan puisi. Sajak pertamanya, β€œSepintas Pandang.....

TahniahYAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIMPERDANA MENTERIatas pengurniaanDARJAH KERABAT LAILA UTAMA YANG AMAT DIHORMATI (D....
22/08/2026

Tahniah

YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI

atas pengurniaan

DARJAH KERABAT LAILA UTAMA YANG AMAT DIHORMATI (D.K)

daripada
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH
IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDUEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Cawangan Sarawak

21 Ogos 2026, ​BELAGA – Dalam usaha memelihara dan memulihara khazanah warisan bahasa sukuan Sarawak, Unit Penyelidikan ...
21/08/2026

21 Ogos 2026, ​BELAGA – Dalam usaha memelihara dan memulihara khazanah warisan bahasa sukuan Sarawak, Unit Penyelidikan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah melaksanakan satu kajian lapangan berfokus di Uma Ukit, Sungai Asap, Belaga.

​Kajian ini dilaksanakan khusus untuk menyusun dan melengkapkan senarai daftar kata bahasa Ukit dengan menggunakan instrumen senarai kata Swadesh. Penggunaan metodologi ini amat penting bagi menganalisis kosa kata asas serta mengukur keterancaman dan pertalian linguistik bahasa Ukit dengan bahasa-bahasa peribumi lain di Sarawak.

​Selain pengumpulan senarai kata, pasukan penyelidik turut menjalankan dokumentasi komprehensif merangkumi sejarah lisan, asal-usul penempatan, serta amalan budaya dan adat resam etnik Ukit yang kaya dengan nilai warisan.
​Kajian lapangan ini diketuai oleh Pegawai Penyelidik, Cik Stephanie Lenya Chaong, serta dibantu oleh dua orang ahli pasukan, iaitu Encik Mohamad Faizal Jamil dan Puan Caltinie Jhayssy Manja.

​Kerjasama erat daripada komuniti tempatan amat membantu program ini. Pengumpulan data dan maklumat sejarah disokong penuh oleh empat orang informan tempatan daripada Uma Ukit yang diketuai sendiri oleh Ketua Kampung, KK Ngarit Lijap. Pengetahuan mendalam para informan ini memberikan sumbangan berharga dalam memastikan ketepatan data linguistik dan keaslian naratif sejarah etnik berkenaan.

Melalui pemetaan senarai kata Swadesh dan pengumpulan sejarah lisan secara berstruktur, khazanah bahasa serta asal-usul komuniti ini kini dapat direkodkan secara saintifik dan sistematik.

Address

Jalan Tun Abdul Rahman Yakub
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak:

Shortcuts

Share