11/08/2026
MEMANTAU PERKEMBANGAN PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN DI PEJABAT WILAYAH III, MIRI DAN MENYELAMI ISU-ISU DAN CABARAN PENGOPERASIAN PENTERNAKAN UDANG MARIN DI MIRI*
Pada 11 Ogos, 2026, lawatan kerja Ybrs. Pengarah Kanan JPLS, Encik Abdul Rahman bin Abdul Wahab ke Miri telah diteruskan lagi dengan melawat Projek Menaiktaraf Pagar Premis Pejabat dan Kuarters Wilayah III, Miri. Ybrs. Pengarah Kanan telah melihat sendiri kemajuan kerja-kerja yang telah dilaksanakan disamping melihat status terkini keadaan kuarters yang didiami oleh kakitangan yang bertugas di Pejabat Wilayah III, Miri. Beliau berkesempatan menyantuni para penghuni serta melihat sendiri keperluan-keperluan penyelanggaraan di sekitar kuarters di sini. Beliau berpuashati tentang persekitaran yang bersih dan kemas tetapi menyatakan terdapat masih banyak ruang-ruang bagi peningkatan kondusif persekitaran serta keperluan penyelanggaraan bagi menjaga kebajikan penghuni yang sedang mendiami kuarters. Berkaitan pembangunan menaiktaraf pagar premis, beliau menegaskan perlunya agar pegawai pemantau projek bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan mengikut jadual.
Lawatan kerja beliau seterusnya telah disambung dengan sesi amanat dan interaksi bersama kakitangan daripada semua unit di Pejabat Wilayah III. Pada sesi ini, beliau telah menyampaikan amanat keperluan bagi setiap kakitangan untuk menjaga imej Jabatan dan penjawat awam di dalam setiap gerak kerja terutamanya berkaitan hal ehwal yang melibatkan perkhidmatan kaunter bagi kumpulan sasar. Perkhidmatan perlulah sentiasa ditingkatkan kecekapan dan mematuhi peraturan-peraturan semasa dengan mengekalkan kualiti sistem penyampaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan dan pihak kerajaan. Di sesi ini Ybrs. Pengarah Kanan juga telah berkesempatan menyampaikan sijil tamat latihan industri kepada 2 pelajar universiti awam tempatan yang telah berjaya menamatkan latihan mereka selama enam bulan di Wilayah III, Miri pada tahun 2026 ini.
Disebelah petang, lawatan ke tapak Projek Pembangunan Cakna Madani Lampu yang terletak di Batu 1, Lutong telah diadakan. Dikesempatan lawatan, Ybgh Pengarah Kanan telah menerima maklumat dan status terkini tentang Projek Pemecah Ombak yang telah dibangunkan di sini oleh agensi berkaitan dan melihat sendiri keperluan menambah bilangan lampu pemandu di pintu masuk kawasan yang telah dilindungi oleh benteng pemecah ombak. Sebelum bertolak balik, lawatan singkat ke SM Aquaculture, Kuala Baram juga telah diadakan. Di ladang ternakan udang putih ini, Ybrs. Pengarah Kanan juga telah mendengar sendiri isu-isu operasi ladang dan cabaran-cabaran di dalam meningkatkan pengeluaran udang putih. Pemilik ladang telah menyatakan kepada Jabatan tentang keperluan bantuan kepakaran teknikal dan sokongan input kerana beliau sedang beralih kepada ternakan udang super intensif dalam tangki bulat. Encik Muhamad Saini, Ketua Wilayah III, Miri bersama Ketua Daerah Perikanan Miri, Cik Anis Ariffin telah mengiringi Ybrs. Pengarah Kanan JPLS sehingga ke akhir lawatan kerja beliau ke Wilayah III, Miri
.