09/06/2026
Lawatan Pemantauan TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT ke Kolej Komuniti Kuching
9 Jun 2026 (Selasa) – Kolej Komuniti Kuching (KKKG) berbesar hati menerima lawatan pemantauan daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini hari ini.
Kehadiran YBhg. Datuk TKSU telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah Akademik, Yang Berusaha Puan Nurul Hidayah binti Yussof yang mewakili Pengarah KKKG.
Dalam sesi lawatan tersebut, YBhg. Datuk TKSU telah meninjau fasiliti sekitar kampus termasuk ruang pelajar, dewan sebaguna, Bengkel CAD, Bilik BIM dan perpustakaan. Pada masa yang sama YBhg. Datuk TKSU turut bertukar pandangan berkaitan kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keprihatinan ini adalah bagi memastikan KKKG terus berdaya saing dan kekal menjadi institusi TVET pilihan utama di Sarawak.
Turut hadir mengiringi delegasi ini adalah Timbalan Pengarah Pengurusan KKKG Puan Elfy Fariza binti Sharkawi, Ketua Jabatan Matematik Sains dan Komputer, Politeknik Kuching, Nik Syahrul Faizal bin Nik Mat, Penolong Pendaftar, Bahagian Perhubungan Alumni UNIMAS, Haziq Nikman bin Hartika serta pegawai-pegawai KKKG.
Semoga lawatan ini dapat terus memperkukuhkan kerjasama strategik antara KPT dan KKKG ke arah memperkasa agenda pendidikan tinggi negara.