Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya

Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dibina pada tahun 2002. Siap sepenuhnya dan beroperasi pada tahun 2005. Fire Station

Keluasan kawasan jagaan adalah 97 kilometer persegi. Berkhidmat 24 jam sehari, 365 hari setahun dengan anggota dan pegawai seramai 52 orang.

Selamat Hari Gawai 2026Gayu Guru Gerai Nyamaidari Kami Warga BBP Tabuan Jaya
31/05/2026

Selamat Hari Gawai 2026
Gayu Guru Gerai Nyamai
dari Kami Warga BBP Tabuan Jaya


27/05/2026

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
dari Warga kerja BBP Tabuan Jaya

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026dari kami Warga BBP Tabuan Jaya
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026
dari kami Warga BBP Tabuan Jaya

Semoga Cepat Sembuh Hero๐Ÿ’ช๐Ÿป Mohd Faizie Redzuan
22/05/2026

Semoga Cepat Sembuh Hero๐Ÿ’ช๐Ÿป Mohd Faizie Redzuan

KEEP FIGHTING..HERO!๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿš’๐Ÿ’ช
Pagi ini, salah seorang wira merah kita, Pegawai Bomba Mohd Faizie Bin Mohd Redzuan [BBP TABUAN JAYA], akan menjalani pembedahan.
Mari kita sama-sama titipkan doa agar pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi dan beliau kembali pulih seperti sediakala.
Kekal kuat, Tuan! Sumpah Setia Perwira sentiasa menyertai anda. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‘จโ€๐Ÿš’

Kebakaran belukar di Jalan LCDA Tower Jalan Ithmus
21/05/2026

Kebakaran belukar di Jalan LCDA Tower Jalan Ithmus

Taklimat Ketua Balai Bilik Inventori Sementara (BIS) bagi memperkasakan Aset Alih Kerajaan di BBP Tabuan Jaya
21/05/2026

Taklimat Ketua Balai
Bilik Inventori Sementara (BIS) bagi memperkasakan Aset Alih Kerajaan di BBP Tabuan Jaya


PROGRAM LATIHAN FIREDRILL DAN MENGHAPUS BAHAYA KEBAKARAN Pada 21 Mei 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi, telah berlangsung Pro...
21/05/2026

PROGRAM LATIHAN FIREDRILL DAN MENGHAPUS BAHAYA KEBAKARAN

Pada 21 Mei 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi, telah berlangsung Program Latihan Firedrill dan Menghapus Bahaya Kebakaran bertempat di Tadika Sri Mawar.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada warga pendidik dan anak-anak tadika mengenai aspek keselamatan kebakaran, tindakan ketika kecemasan serta langkah-langkah asas menghadapi situasi kebakaran. Selain itu, demonstrasi kebombaan turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang pentingnya keselamatan diri.

โ€œCepat dan Mesraโ€

Selamat Bertugas di Tempat BaharuTerima kasih buat PPgB Mohd Adib Ibrahim atas segala tunjuk ajar, kepimpinan dan kenang...
18/05/2026

Selamat Bertugas di Tempat Baharu

Terima kasih buat PPgB Mohd Adib Ibrahim atas segala tunjuk ajar, kepimpinan dan kenangan sepanjang bersama warga BBP Tabuan Jaya.

Warga balai mengucapkan selamat maju jaya atas perpindahan ke Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak. Semoga terus sukses dan dipermudahkan segala urusan. Walau berpindah tempat bertugas, jasa dan kenangan bersama tetap terpahat.

โ€œJauh di mata, dekat di hati. Semoga terus cemerlang, tuan.โ€ ๐Ÿš’๐Ÿ”ฅ




#

04/05/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting yang dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

โ€œAl-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,โ€ titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (4 Mei).



04/05/2026

Address

Jalan Setia Raja
Kuching
93350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya:

Share

Category