Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak

Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS)

17/04/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› | ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› (๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ) ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan kepimpinan terhadap pengalaman serta kredibiliti beliau dalam memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia, khususnya dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Maritim Malaysia komited untuk terus memperkasakan kesiapsiagaan operasi, mempertingkat kecekapan penguatkuasaan serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi demi menjamin keselamatan komuniti maritim dan kesejahteraan negara.

Semoga pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan organisasi ke arah penguatkuasaan maritim yang lebih efektif, bersepadu dan berimpak tinggi.

๐ผ๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘  ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž;
๐พ๐‘’๐‘ก๐‘ข๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ขโ„Ž ๐‘ค๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘”๐‘Ž
๐ด๐‘”๐‘’๐‘›๐‘ ๐‘– ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘ข๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘ข๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘€๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ก๐‘–๐‘š ๐‘€๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ ๐‘–๐‘Ž

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Gema takbir bergema tanda kemenangan, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat keamanan.Saya, Laksamana Pertama (M) Hj. Mohd K...
20/03/2026

Gema takbir bergema tanda kemenangan, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat keamanan.
Saya, Laksamana Pertama (M) Hj. Mohd Khairi bin Abd Aziz, mewakili seluruh warga Maritim Negeri Sarawak ingin mengucapkan โœจ๏ธSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batinโœจ๏ธ kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Bumi Kenyalang๐ŸŒ™

โ€‹Di saat kita bergembira menyambut Syawal, ingatlah bahawa keselamatan di laut tetap menjadi keutamaan kami. Marilah kita menyambut perayaan ini dengan penuh kesyukuran dan semangat perpaduan yang jitu.

โ€‹Ingatan tulus ikhlas,
Laksamana Pertama (M) Hj. Mohd Khairi bin Abd Aziz
Pengarah Maritim Negeri Sarawak

Maritim Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia!โ€‹Semoga semangat perpaduan ini...
17/02/2026

Maritim Negeri Sarawak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia!
โ€‹Semoga semangat perpaduan ini terus memperkukuh keharmonian kita. Sambil bergembira bersama keluarga, jangan lupakan keselamatan jika berada di perairan. Kami sentiasa bersiap siaga untuk anda.
โ€‹Ikhlas daripada:
Pengarah Maritim Negeri Sarawak & Seluruh Warga Maritim Negeri Sarawak.

โ€‹

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”Pada tarikh 15 Februari 2026, mencatat satu lagi detik bermakna buat Age...
13/02/2026

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Pada tarikh 15 Februari 2026, mencatat satu lagi detik bermakna buat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam meneruskan amanah menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Sempena Hari Ulang Tahun ke-21 ini, Maritim Malaysia kekal komited memperkukuh kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan aset serta memperhebat penguatkuasaan demi memastikan perairan negara terus selamat dan terpelihara.

โ€œ๐‘ด๐’‚๐’“๐’Š๐’•๐’Š๐’Ž ๐‘ซ๐’Š๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚, ๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’–๐’…๐’†๐’“๐’‚ ๐‘ป๐’†๐’“๐’‘๐’†๐’๐’Š๐’‰๐’‚๐’“๐’‚โ€

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ
12/02/2026

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ฃ๐— ๐—  ๐—ง๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—”๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿด.๐Ÿฒ ๐—๐—จ๐—ง๐—”

KUANTAN, 12 Februari 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang, khususnya kru KM SEBATIK, atas kejayaan menumpaskan kegiatan jenayah maritim yang amat serius di perairan Timur Laut Kuantan.

Operasi Khas yang telah dilaksanakan menyaksikan kejayaan penahanan dua buah kapal, iaitu Kapal Tangki Kamal Bangkok dan Kapal Kargo Sail Fish 09, berserta rampasan 76 guni dadah disyaki jenis syabu seberat 1.572 tan yang dianggarkan bernilai RM78.6 juta, serta 50,000 liter minyak diesel dan lain-lain barangan kes.

Paduka Baginda bertitah, kejayaan besar ini telah membuktikan tahap kesiapsiagaan, keberanian dan komitmen tinggi pasukan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan atas tindakan tegas dan profesional dalam membanteras aktiviti penyeludupan dadah, pelanggaran undang-undang perkapalan serta kesalahan imigresen, selaras dengan peruntukan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan undang-undang berkaitan.

Sesungguhnya kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan operasi dan risikan APMM, malah memberi mesej jelas bahawa Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman keselamatan, khususnya yang melibatkan dadah yang boleh merosakkan masyarakat dan generasi masa hadapan.

Kebawah Duli Paduka Baginda berharap agar APMM Negeri Pahang terus mempertingkatkan usaha penguatkuasaan dan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi demi memastikan perairan negeri ini kekal selamat, terkawal dan bebas daripada sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan. -KESULTANAN PAHANG

28/01/2026

Friendly Match bola Sepak๐Ÿšจ๐Ÿ“Œ

โœจBomba Tanjong Manis vs APMM zon Tanjung manis
Petang ini di padang bola sepak Tanjong Manis ๐Ÿ”ฅ

๐—ข๐—ฃ ๐—ก๐—”๐—š๐—” | ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” Sejak Mei 2019, Op NAGA digerakkan secara berterusan bagi menge...
16/01/2026

๐—ข๐—ฃ ๐—ก๐—”๐—š๐—” | ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Sejak Mei 2019, Op NAGA digerakkan secara berterusan bagi mengekang pencerobohan Vesel Nelayan Asing (VNA) yang menjalankan aktiviti perikanan haram dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

โš“ 628 vesel ditangkap
๐Ÿ‘ค 5,329 kru ditahan
๐Ÿ’ฐ Nilai rampasan mencecah ratusan juta ringgit

Operasi ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan negara, melindungi sumber perikanan dan mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.

๐Ÿšซ Tiada kompromi terhadap pencerobohan.

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป
06/01/2026

๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ ๐Ÿญ๐Ÿฎ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฏ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“ Sebanyak 11,938 pemeriksaan telah dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak sepanjang tahun 2025 menerusi pengoperasian aset laut dalam memastikan keselamatan perairan, pematuhan undang-undang dan kedaulatan maritim negara terus terpelihara.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, dalam tempoh tersebut, Maritim Negeri Sarawak merekodkan 4,276 penggeledahan serta 81 tangkapan melibatkan 353 individu dalam pelbagai kesalahan maritim. Menurut beliau Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi berbanding kesalahan maritim lain yang direkodkan oleh Maritim Negeri Sarawak.

Peningkatan keberkesanan penguatkuasaan itu jelas beliau, dipacu melalui pelaksanaan beberapa operasi utama antaranya OP NAGA SARAWAK, OP MARDOF, OP PERMAI, OP TIRIS, OP TONGKANG BALAK dan OP AMBAL yang memberi fokus kepada mengekang aktiviti haram di perairan negeri, khususnya yang melibatkan pencerobohan Vesel Nelayan Asing (VNA) dari Vietnam.

Kejayaan operasi turut disokong oleh kerjasama strategik pelbagai agensi, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Marin (PGM), Jabatan Perikanan Laut (DOF) Sarawak, Jabatan Laut Sarawak, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Selain penguatkuasaan, Maritim Negeri Sarawak turut mencatat prestasi memberangsangkan dalam operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dengan tindak balas pantas serta koordinasi operasi yang cekap.

Antara kejayaan utama ialah kes CARILAMAT dua warga Amerika Syarikat selepas kapal layar mereka mengalami kerosakan enjin di perairan Miri sebelum diselamatkan oleh Kapal Maritim (KM) SIAGUT.

Maritim Negeri Sarawak juga berjaya menyelamatkan tujuh pemancing dalam kejadian bot karam di perairan Kuching hasil koordinasi pantas bersama Pelabuhan Senari.

Sepanjang tahun 2025, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuching telah merekodkan 21 insiden kecemasan maritim melibatkan 143 mangsa, dengan 122 orang berjaya diselamatkan, 10 disahkan meninggal dunia dan 11 lagi dilaporkan hilang.

โ€œMaritim Negeri Sarawak bukan sahaja menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan, malah memperkukuh kesedaran melalui dialog dua hala bersama nelayan tempatan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kelestarian sumber laut,โ€ katanya.

Menurut beliau, Maritim Negeri Sarawak akan terus memperkasakan pemantauan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) pada tahun 2026 bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan berdaulat.

Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

"Melangkah ke 2026 dengan Tekad Memperkasa Kedaulatan Perairan Sarawak."โ€‹Tirai 2025 dilabuhkan dengan seribu satu pencap...
31/12/2025

"Melangkah ke 2026 dengan Tekad Memperkasa Kedaulatan Perairan Sarawak."
โ€‹Tirai 2025 dilabuhkan dengan seribu satu pencapaian dan cabaran yang mendewasakan. Selaku Pengarah Maritim Negeri Sarawak, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Maritim Negeri Sarawak atas dedikasi tanpa henti dalam menjaga keamanan zon maritim kita.
โ€‹Memasuki tahun 2026, fokus kita kekal utuh, memperkukuh kawalan sempadan perairan dan memastikan keselamatan komuniti maritim sentiasa menjadi keutamaan. Semoga tahun baru ini membawa semangat integrasi yang lebih kuat antara agensi dan masyarakat demi Sarawak yang makmur dan selamat.
๐ŸŽ‰โ€‹Selamat Tahun Baru 2026๐ŸŽ‰
Bersama kita jaga laut kita๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโš“

25/12/2025

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian di Malaysia.

Kita wajib menghargai dengan rasa syukur, kerana apa jua perayaan yang disambut di tanah air tercinta ini dapat diraikan dengan aman, sekaligus membuktikan nilai perpaduan yang utuh telah membawa kesejahteraan kepada rakyat berbilang kaum sekiranya ada rasa hormat menghormati.
. Kerana kemajuan sesebuah negara bukan sahaja diukur daripada kepesatan pembangunan dan taraf ekonomi rakyatnya tetapi dengan amalan nilai-nilai murni.

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ:
๐—Ÿ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—บ ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—น๐—ถ ๐—•๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต
๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต
๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail Shamsul Anuar Nasarah Majlis Keselamatan Negara PMO Malaysia

Selamat Menyambut Hari Krismas๐ŸŽ‰โ€‹Semoga sambutan tahun ini dipenuhi dengan kasih sayang dan keselamatan yang berpanjangan...
24/12/2025

Selamat Menyambut Hari Krismas๐ŸŽ‰
โ€‹Semoga sambutan tahun ini dipenuhi dengan kasih sayang dan keselamatan yang berpanjangan. Marilah kita bersama-sama menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara.
โ€‹

Ikhlas Daripada:
Laksamana Pertama Maritim Hj. Mohd Khairi Bin Abd Aziz
Pengarah Maritim Negeri Sarawak & Seluruh Warga Maritim Negeri Sarawak

Address

Lot 1128 Jalan Bako Muara Tebas
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak:

Share