Jabatan Penerangan Sarawak

Jabatan Penerangan Sarawak Objektif untuk mempertingkatkan kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat Membina Masyarakat Terhubung & Berinformasi.
(5)

Informasi Terkini & Sahih.

16/08/2026

Beberapa penambahbaikan pelaksanaan sistem subsidi diesel bersasar sedang diteliti dan bakal diumumkan kerajaan dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata langkah penambahbaikan itu, merangkumi penyederhanaan proses permohonan, kelonggaran kriteria kelayakan bagi isu kenderaan sambung bayar dan pemindahan kuota kepada ahli keluarga terdekat.

Beritw penuh : https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2595170



16/08/2026

Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata usaha itu termasuk pelancaran beberapa produk integriti kerajaan, seperti Anugerah Integriti dan Governans (AIGA) yang terbukti memberikan impak serta hasil memberangsangkan.

Berita penuh https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2594971


16/08/2026

Program bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kekal sebagai keutamaan kerajaan dalam penyediaan Belanjawan 2027 meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata kerajaan melalui belanjawan itu akan terus memberi ruang peruntukan bagi program bantuan tunai bersasar berkenaan tahun depan demi meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Berita penuh https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2595118



Tradisi penganjuran berskala besar secara bergilir bagi Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang terus diperkasa sebagai platfo...
16/08/2026

Tradisi penganjuran berskala besar secara bergilir bagi Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang terus diperkasa sebagai platform penting untuk memelihara warisan budaya serta mengeratkan ukhuwah masyarakat berkenaan.

Laporan/foto: Sumardi Sugiman (Limbang)

Penganjuran julung kali KCCM Limbang WCF International Cat Show 2026 bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan domesti...
16/08/2026

Penganjuran julung kali KCCM Limbang WCF International Cat Show 2026 bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan domestik, malah menjadi platform berkesan mempromosikan kesedaran kebajikan haiwan peliharaan dalam kalangan komuniti.

Laporan/foto: Sumardi Sugiman (Limbang)

16/08/2026

Salam takziah kepada keluarga mendiang Jaimis Kunjan.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat kehilangan ini.

16/08/2026

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) yang tertumpu pada aspek integriti, akauntabiliti serta tadbir urus institusi, tidak seharusnya dijadikan isu berlandaskan sentimen agama atau bangsa.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban Dr Mazlan Che Soh berkata perkara pokok yang dinilai menerusi RCI ialah bagaimana amanah, wang pendeposit, pelaburan dan pelaporan kewangan diuruskan serta proses membuat keputusan TH dibuat.

Beliau berkata kedudukan TH sebagai sebuah institusi umat Islam yang penting tidak sepatutnya menyebabkan isu berkaitan pengurusan dan tadbir urusnya dibawa kepada sentimen agama, bangsa atau kepartian.

Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2594975


16/08/2026

Lembaga Tabung Haji (TH) perlu memberi tumpuan kepada pulangan pelaburan yang munasabah dan mampan serta setimpal dengan tahap risiko yang boleh diterima, dan memberi keutamaan melindungi simpanan bakal jemaah, kata pakar ekonomi.

Pensyarah Jabatan Ekonomi, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin berkata TH tidak perlu menjadi dana yang paling agresif atau mengejar pulangan tertinggi, sebaliknya mengutamakan perlindungan modal dan kecairan sambil menjana pulangan secara berdisiplin.

“TH masih perlu mengambil risiko pelaburan kerana tanpa risiko, sukar untuk menjana pulangan yang dapat mengatasi inflasi dan menyokong operasi haji.

“Namun, risiko itu perlu dikawal melalui kepelbagaian portfolio, had pendedahan mengikut sektor dan aset, penilaian bebas serta pemantauan berterusan,” katanya kepada Bernama.

Berita penuh https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2594961


16/08/2026

📌Belanjawan 2027: Ekonomi Biru diberi tumpuan khusus bagi rangsang pertumbuhan negara

📌Belanjawan 2027 pastikan subsidi diesel bersasar bantu rakyat dengan lebih berkesan

📌Penambahbaikan pelaksanaan subsidi diesel bersasar sedang diteliti, diumum dalam tempoh satu atau dua bulan

-- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Berita lanjut menyusul.


Address

Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082319702

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Penerangan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Penerangan Sarawak:

Shortcuts

Share