14/08/2026
MAJLIS PENYEMATAN PANGKAT & PENYERAHAN SIJIL PELANTIKAN KENAIKAN PANGKAT SSPDRM IPD KUCHING
Kuching, 14 OGOS 2026 (Jumaat), Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sarawak YDH SAC Roselina Binti Daud telah menyempurnakan majlis penyematan pangkat dan penyerahan sijil pelantikan kenaikan pangkat anggota SSPDRM IPD Kuching di bilik mesyuarat IPD Kuching.
Seramai 12 orang anggota SSPDRM telah dinaikkan pangkat atas komitmen, disiplin dan khidmat bakti yang ditunjukkan.
Dalam majlis tersebut YDH KJPJKK Kontinjen Sarawak turut menyampaikan ucapan. Antara intipati ucapan beliau :-
1️⃣ Pangkat yang disemat adalah amanah, sijil yang diterima adalah kepercayaan, dan kedua-duanya menuntut tanggungjawab yang lebih besar.
2️⃣ Cabaran kepolisan kini semakin kompleks termasuk jenayah siber dan penipuan dalam talian, justeru anggota SSPDRM perlu sentiasa belajar dan meningkatkan pengetahuan.
3️⃣ Jaga imej dan nama baik PDRM. Pangkat adalah amanah, bukan keistimewaan. Jangan salah guna uniform dan kedudukan.
4️⃣ Patuh arahan, jaga penampilan, fahami tugas dan laksana tugas ikut undang-undang dan prosedur. Bina penghormatan melalui teladan, bukan kerana pangkat.
5️⃣ Jika tidak tahu, bertanya. Jika tidak pasti, belajar. Anggota yang baik sentiasa bersedia memperbaiki diri.
6️⃣ Layan masyarakat dengan sopan, profesional dan berhemah, tetapi tegas, adil dan berlandaskan undang-undang apabila berlaku pelanggaran undang-undang.
7️⃣ Pakailah pangkat dengan rasa bangga, tetapi pikullah amanahnya dengan penuh rendah hati. Jaga nama baik diri, keluarga, SSPDRM dan PDRM.
Turut hadir pada majlis ini YDH ACP Dasuki Bin Che Driss, Timbalan KJPJKK Kontinjen Sarawak; Supt Merbin ak Lisa, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching; Supt Dennis Philipson Phang, Komandan SSPDRM Kontinjen Sarawak; Ketua-ketua Bahagian; Ketua-Ketua Polis Balai; Pegawai Kanan Polis/SSPDRM dan Pegawai Rendah Polis/ SSPDRM.